Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

LATIHAN KEBAKARAN


assalamualaikum ..

penat ni .. baru lepas latihan kebakaran, pergghh macam gempak ajer dengan asap keluar berkepul2 dari bangunan belah selatan nun huhuhu.

masa kitaorg turun kat tempat perhimpunan .. alah kat tengah2 jalan besar Presint 2 tu masih ramai lagi kat atas so dapatlah tengok 'suasana' sebenar bila ada kebakaran. tak sampai berapa minit bunyi loceng kecemasan kat opis ni bomba dah datang .. bunyi sirennya macam betul2 ada kebakaran besarrr punya. Ada 2 jentera datang pastu yang kelakarnya driver jentera tu boleh pulak lambai2 kat kitaorg tepi jalan ni hahh .. siot jer sempat lagi ko lambai2 yer ...

jalan dah kena block masa tu so byk kenderaan yang nak ke jalan sepanjang P2-P6 sangkut so dorang pusing kat roundabout depan AG tu masuk balik jalan belakang kuar kat traffic light ke KPDNKK. Tak lama lepas bomba sampai polis pulak sampai terus tutup jalan .. cehhh macam ye-ye je kan. Tengoklah bomba dok padamkan asap 'foging' tu sampai abis tapi aku cakap kalau betul2 lah ada kebakaran ramai kot terbakar kat atas tu .. abis dah semuanya jalan melenggang lengguk je aku tengok hihihihi.

kesian kat budak2 taska lah .. mana yang dah pandai berjalan berlari tu bolehlah pengasuh2 dorang pegang kan, ini yang baby sorong lah dalam baby coat. nasib baik ramai yang membantu adik2 ni, mana yang parent memang keje sini doranglah pegang anak2 sendiri.

jangan lepas ni ada kata MOF terbakar pulak yer ... just latihan sahaja :)

Thursday, December 22, 2011

SBPA DITANGGUHKAN

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari. Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

Sumber : Utusan Online 22/12/2011



* alhamdulillah .. thanks CUEPACS. harap2 lepas ni dapat diperjelaskan dengan lebih terang lagi. bab2 kerja ni tak kisah tapi orang gred tinggi lagi bertambah2 gaji tapi kami grup pelaksana ni ... macam tak terbela

Wednesday, December 21, 2011

Hari ni ambik anak

Assalamualaikum ...

Dah hampir seminggu lebih anak2 kat umah mak mertua, hari ni nak pegi ambik dorang baliklah .. Ikutkan memang nak tinggal lama sikit sebab aku ada kerja urgent sepanjang bulan ni so senanglah kalau aku nak balik lewat ke apa ke sebab tak payah nak fikir sapa nak jaga anak2.

Lagipun malam ni en Bard aku akan ke Perlis ada sukan MAKSWIP sampai hari Sabtu, nanti anak2 peneman aku lah sepanjang dia tak ada. Sangaplah dok umah .. nasib baik Isnin cuti sebab foward krismas ahad ni so bolehlah bawak anak2 berjalan. Sian pulak dorang sebab cuti sekolah ni tak pegi mana2 .. cuma awal cuti hari tu ajer balik Kedah.

Barang2 sekolah anak pun belum beli lagi .. nak wat macam mana kami berdua sibuk ajer ..

Friday, December 9, 2011

REHAT SEKETIKA

assalamualaikum semua ..

lama tak update blog, so ni gatal2 tangan lah .. hehehe sebenarnya tengah sibuk sangat2 ni tapi sempat lagi nak berblog bagai .. ate kata nak update kan .. sebaris ayat pun kira update jugak ekekek

so bulan ni memang kena extra kerja sikit .. aku ada 2 keje yang bagi aku memang menyeksa jiwa dan batinku huhuhu .. semua kena setel sebelum end of Disember ni, harap2 lah yer .. mana taknya orang kat sana buat 1 ke 2 bulan pastu ramai staffnya tapi bila sampai part aku, sorang2 ajer hah .. mau tak juling mata aku, kena siap dalam beberapa minggu ajer ni. mana yang tau aku keje kat mana, buat keje apa .. so faham2 ajer lah yer

tak apa .. skang ni fokus pada kerja pastu dah setel semua bulan depan nak cuti panjang, boleh???

Thursday, December 1, 2011

1 Disember 2011

assalamualaikum semua ..

hari ni 1 Disember 2011 bersamaan hari Khamis .. hmm dah masuk hujung tahun, tak lama lagi nak masuk tahun baru 2012.

banyak benda dalam bulan Disember ni antaranya pelaksanaan skim baru SBPA yang sampai sekarang ni tak nampak apa2 pun lagi hanya romours sahaja, kejap kata macam ni kejap kata macam tu .. member2 pun ramai tanya, nak jawab macam mana dah kami kat sini pun tak tau apa2 lagi huhuhuhu.

bulan ni pun dapat bonus setengah bulan gaji .. jangan lupa tau masuk sekali ngan gaji 19hb ni. alhamdulillah rezeki, mmg bonus tu tuk anak2 ajer .. tahun depan aisyah dah darjah 2 syahmi pulak dapat masuk pra, sama sekolah dengan kakak dia. Yuran syahmi dah tau lah berapa so bleh tolak ketepi awal2 lagipun 29hb ni hari orientasi untuk pra-sekolah maknanya kena bayar teruslah.

bulan ni jugak mana2 yang pendapatan isi rumah RM3 ribu ke bawah bolehlah apply RM500 bantuan yg PM umumkan ari tu. Kami pun nak cuba2 nasib, mana tau kot2 lepas ke hehehe tapi kalau tak dapat tak apa lah .. tak ada rezeki tapi kalau tak cuba mana kita nak tau kan?

aku pun baru balik dari bercuti baru2 ni .. tapi tak sempat nak update cerita cuti2 tu, bz sket arr maklumlah keje tengah banyak. nanti ada masa kita gebang2 k

Thursday, November 24, 2011

CERITA HARI INI

assalamualaikum semua ..

pagi tadi dapat surat dari BPP (housing loan) .. alhamdulillah dorang dah keluarkan bayaran kedua RM11k. projek rumah kitaorg ni laju ajer prosesnya dan baru2 ni dorang launch satu lagi projek apartment dekat ngan stesen ERL Salak Tinggi, bawah satu syarikat tapi pemaju lain. Harga dari RM186k dan ada 4 blok semuanya .. lupa pulak nama projek tu dulu Warisan Heights skang dah tukar nama.

tak lama lagi jadi orang Dengkil lah kami hehehe bukan orang Putrajaya dah .. hilanglah pengundi tetap kami berdua ni. anak2 still sekolah putrajaya lagi .. ye lah kan rumah kami ni tak ada sekolah lagipun siapa nak jaga dorang nanti. Selalu pegi sekolah pukul 7.30 nanti sebelum pukul 7 dah keluar rumah .. kena biasakan diri lah nanti.

macam tak ada mood pulak nak buat kerja, rasa mengantuk aje lah huhuhu .. malam ni nak jalan jauh, 5 ke 6 jam perjalanan ... aku ni kalau jalan jauh tak reti nak tido dalam kete, mata mesti terjegil ajer temankan en bard aku lah .. sian pulak kalau dia sorang2 bawak kereta tak ada teman nak borak2 dan harap2 janganlah ujan malam ni ..

semoga perjalanan kami selamat semuanya .. insyaAllah

Wednesday, November 23, 2011

DAH OK

assalamualaikum semua ..

alhamdulillah setelah hampir seminggu kejadian yang berlaku pada aku tu berlalu, kesihatan aku bertambah baik dan semalam aku dah boleh makan nasi. Hari ni pun aku dah boleh bertutur dengan baik dan berhati-hati tapi kalau cakap dalam telefon mesti orang pelik dgr suara aku hehehe .. org ingat aku tgh mengunyah makanan huhuhu

insyaAllah malam esok kami satu family nak gerak ke Utara nun .. cuti2 Malaysia :) nak bawak anak2 bercuti dan aku pun nak gak release tension .. tapi sekarang ni musim hujan kan, risau gak nak berjalan jauh time hujan ni.

setelkan keje opis dulu ..

Friday, November 18, 2011

DIA DATANG LAGI !!!

assalamualaikum semua ..

hari selasa baru2 ni lepas maghrib aku diserang penyakit lama .. dah 2 tahun lebih ko dendiam tiba2 pulak datang balik yer. masa tu aku baru letak cerek air atas dapur sebab en bard aku suruh jerang air nak buat air teh. Lepas tu aku ke belakang ingat nak sidai baju tiba2 aku rasa pening kepala teramat sangat, aku terus ke depan dan yg aku ingat aku panggil en bard, terus aku tak sedar apa2.

bila aku sedar aku dah terbaring kat hall masa tu kepala aku sakiittt sangat2, en bard pulak tak bagi aku pejam mata .. dia kata jgn pejam mata .. bukak mata tu. yang aku pulak masa tu memang tak ingat apa2 lepas tu aku rasa aku pejam mata balik. Adalah dalam 2,3 kali macam tu lepas tu baru aku perasan apa yang jadi kat aku. Aku tanya pada en bard kenapa dengan aku? en bard kata aku kena balik macam dulu .. masa tu baru aku perasan dalam mulut aku sakit, kancing gigi lah tu huhuhu pastu en bard tunjuk tuala yang berdarah. memang aku tak ingat apa2 pun masa tu .. kepala pun jangan cakaplah sakit teramat. dah lah syahmi demam pulak malam tu, MIL pulak admit kat HKL ... kesian aku tgk en bard, dugaan betul hari tu.

mula2 aku ok lagi baring ajer tak leh gerak2 sebab bila aku gerak sikit ajer kepala aku pening pastu rasa nak muntah. tak terfikir pun nak pergi hospital masa ni .. tapi bila aku tengok darah pekat kuar dari mulut aku terus aku ajak pegi hospital, mau aku tak takut .. dah lah pekat, banyak pulak tu kuar dari lidah aku yang luka tu. Dalam pukul 9mlm macam tu kami pergi hospital, masa ni mmg aku tak larat nak berjalan .. sampai emergency minta kerusi roda. en bard g parking aku pulak MA kat situ tolak masuk triage. lepas tanya itu tanya ini lagipun aku mmg ada rekod kat situ senang sikit keje dorang refer kat dalam sistem je lah. tu yang senang kat sini semua ada dalam sistem, tak yah nak cari2 rekod. Setel semua tu terus tolak masuk wad, dapat kad kuning .. kalau kad kuning kena buat rawatan serta merta.

masuk wad emergency tu ada 2 org doktor datang tanya macam2 .. aku cuma cakap aku tak ingat apa2 lepas tu dia tanya siapa yang ada masa aku tak sedar .. aku cakaplah hasben pastu terus dia panggil en bard masuk. lepas doktor tu tanya macam2 en bard aku keluar .. aku kena ambik darah dalam 3 botol pastu check gula. dlm masa tu ada kes emergency, ada sorang brother tu transfer dari Hospital Ipoh .. dah lah tu dorang letak sebelah katil aku. aku dengarlah dia cerita ngan doktor ngan MA kat situ. Dia konvoi motor nak ke utara pastu accident kat area tol Jelapang tu. Dia accident kul 1 tghari tapi sampai kul 5 ptg orang sana tak buat apa2 pun kat dia sebab tu dia mintak transfer putrajaya lagipun dia duduk kat puchong. doktor tu kata mgkin hospital sana sibuk kot .. aku yang duduk sebelah dia naik seriau masa dorang nak pindahkan dia ke katil .. terjerit2 brother tu tahan sakit, ye lah tangan, kaki patah .. balut sana sini.

dalam pukul 12.15 macam tu baru dapat result darah dan doktor kata semuanya ok .. mungkin sebab aku ada tertinggal makan ubat sebab tu jadi balik tu. aku mintak mc doktor tu suruh mintak esoknya sebab kebetulan aku ada appointment kat hospital. apa2 lah doktor. balik dari hospital pegi klinik pulak sebab syahmi demam, panas gak badan dia. malam tu 4 beranak tidur kat hall .. aku jangan cakaplah, balik dari hospital memang pengsan dah. aku kalau lepas kena sakit tu memang badan aku letih, sakit2, penat.

esoknya appointment hospital doktor naikkan balik dos ubat .. huhuhu .. lepas ni jangan tinggal2 lagi makan ubat tu tau!!! ohh ye masa sebelum aku tak sedar malam tu aku dapat rasa 'benda' tu nak jadi .. doktor tu panggil 'aura', ohh jadinya aura lah yer namanya. Memang sebelum ni aku dapat rasa aura tu tapi aku boleh kontrol sendiri tapi malam tu tak tau lah .. benda nak jadi kan?
sekarang ni seksa sikit nak bercakap, nak makan .. abis luka teruk sikit kali ni sampai bengkak2 agaknya tergigit kuat sangat.

bila fikir2 balik tiap kali aku kena serangan tu alhamdulillah en bard aku ada kat rumah so tak ada lah lama sangat aku tak sedar sebab en bard aku cepat2 kejutkan aku, bila kancing gg pun cepat2 dia pegang tak nak bagi aku gigit kuat. aku terfikirlah kalau tak ada orang macam mana aku agaknya? kalau masa tu aku tgh berdiri, terjatuh .. terhantuk ke bucu ke apa ke? pastu kalau tak sedar berapa lama pulak .. huhuhu .. takutnya aku.

semoga aku dipermudahkan segalanya.

Tuesday, November 15, 2011

cerita esok dan cuti2

assalamualaikum semua ..

baru nak hapdet blog, minggu lepas ada kursus ms excel 2010 3 hari. semalam baru masuk opis banyak keje pulak nak setelkan sebab bos nak pegi kursus so kena setellah sebelum dia pegi.

semalam apply cuti 2 hari .. 25hb ngan 29hb sebab nak balik Kedah, cuti sekolah dah mula jom lah cuti-cuti. alhamdulillah lulus .. aku ni jarang amek cuti lama tp selalu EL hahahaha. Nak balik Kedah ni tak tau lah apa agendanya, rasa macam nak ajak naik Gunung Jerai ajer. Lepas tu nak makan laksa perlis .. yumm yumm. Ada gak rasa nak pegi Langkawi tapi ayah mertua kata kalau time cuti sekolah susah sket.

esok aku ada appointment kat hospital .. harap2 result darah hari tu ok lah. aku risau ni sebab sejak akhir2 ni aku kuat makan, jgnlah gula aku naik balik huhuhu .. berat pun kena jaga ni, aku dah menten 2 bulan-58kg berat yg dietitien nak bila jumpa dorang. aku rasa macam dah berat ajer ni. harap2 semua yang positif lah esok.

esok jugak kena pegi sekolah aisyah ambik report card ngan duit bantuan RM100 pukul 10 pagi, mcm mana nak g ekk sebab aku g hospital pukul 10 pagi, en bard pulak ada rehearsal perbarisan kat Bangi start pukul 8. tak apa lah biar en bard aku g sorang ajerlah, suh lah dia balik awal sebab budak2 ni lepas parent datang dorang boleh balik awal.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

assalamualaikum semua ..

salam pagi jumaat yang indah .. 11.11.11, wahh cantik tarikh hari ni ..
pada mereka2 yang melangsungkan pertunangan dan perkahwinan, tahniah yer.
sama gak pada yang dapat baby baru .. mesti seronok kan?? :)

lepas ni kita tunggu pulak 20.11.2011 :)

Tuesday, November 8, 2011

bz .. sibuk ... jgn stress yer!!!!

assalamualaikum semua ..

wahh tajuk tak hengat ekekeke .. tapi itulah yg sebenarnya. hujung tahun ni kami semua sibuk nak setel macam2 benda. nama pun kerja kan? mana ada surutnya :)

ni pun aku tengah setelkan kerja sebelum g kursus .. kalau sempat siapkan hari ni ok gak tapi aku rasa tak boleh .. tak apa dateline 10 hari bekerja, buat pelan-pelan ok .. jgn tension2, buat kerja tu sambil tersenyum :)

esok sampai Jumaat aku g kursus Excel .. alhamdulillah cukup dah 7 hari berkursus aku, harap2 lah tak ada gangguan sepanjang berkursus ni. Ikutkan aku nak g kursus luar kat Kuala Selangor pastu nak tukarlah kira kursus excel ni aku nak bagi partner sebelah aku sbb dia tak boleh pergi kursus luar. tapi disebabkan semuanya nak kena setelkan hari ni, kelulusan pun hari ni sebab timbalan kami cuti .. terpaksalah tolak, macam tergesa2 pulak kan .. ye lah pastu nak fikirkan anak2 nak sekolah macam mana kan sebab en bard aku sibuk ngan training pagi.

so selamat bekerja :)

Wednesday, November 2, 2011

November

assalamualaikum semua

pejam celik dah masuk bulan November kan?? sekejap je masa berlalu.
hujung minggu ni hari raya haji .. budak2 pun start cuti sekolah bulan ni jugak.
besday en bard pun bulan ni jugak :) dan anniversary parent aku pun bulan ni gak

lepas ni sibuk pulak nak cari barang2 sekolah anak2 .. bulan ni start beli sikit2
bulan depan dapat bonus ngan imbuhan RM100 yg kjaan bagi tu boleh tambah lagi
mcm syahmi tuk pra-sekolahnya dah tau berapa kena bayar masa pendaftaran nanti
cuma aisyah lah .. mmg yuran sekolah dah dimansuhkan tp tak tau pulak nanti ada apa2 bayaran kan?? yuran KAFA lagi .. harap2 tahun depan uniform KAFA sama colour lagi lah, jenuh pulak nnt nak cari colour lain sbb tahun lepas kainnya colour biru nila, tahun ni coklat.

jumaat ni dah kena hantar buku teks ke sekolah .. malam ni kena check betul2 semua buku teks tu sbb kalau hilang kena ganti. tahun depan Aisyah dah darjah 2 .. besar dah anak dara aku ni.
cuti sekolah ni mesti ramai dah planning nak g bercuti kan? insyaAllah kami nak ke utara, ke mana lagi rumah ayah en bard lah .. mmg tiap2 tahun sekarang ni kami balik. merasalah jugak balik kampung hahahaha

Tuesday, November 1, 2011

MENGGEMPARKAN???

Budak 7 & 8 tahun pecah 26 rumah

31 Oktober 2011

PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di sini, sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama.

Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40 dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di dalam kasut.

“Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.

“Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit terutama ketika penghuni keluar bekerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan telefon bimbit.

“Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan mereka,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta nasihat kepada kanak-kanak terbabit.

Kami bimbang dengan usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kami tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan menghancurkan masa depan kanak-kanak itu.

“Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu tahu kegiatan anak mereka. Justeru, kami menasihati ibu bapa lain supaya prihatin dan peka tingkah laku anak mereka,” katanya.

Abdul Razak berkata, secara purata setiap bulan polis menerima lapan kes membabitkan pecah rumah penduduk di sini. “Kami menasihati penduduk di Putrajaya supaya tidak sesekali meletakkan kunci di dalam kasut ketika meninggalkan rumah.

“Perbuatan ini sering dilakukan penduduk di sini kerana mahu memudahkan anak mereka sekiranya pulang dari sekolah, tetapi ia menjadikan kediaman mereka sasaran penjenayah,” katanya.



* pagi2 dah baca cerita ni, sebelah blok umah aku pulak tu .. budak2 lagi dah pandai mencuri, aku tumpang simpati kat parent budak2 ni. nak salahkan parent pun tak tau lah .. tu lah kan bila parent sibuk bekerja anak2 terabai kat rumah. yang dorg pun kenapa tggl kunci dalam kasut depan rumah? tak leh wat kunci pendua ke tuk setiap anak?

tingat kes pecah masuk umah aku tahun 2004 dulu .. aku balik tghari tak ada apa2 .. bila balik petang tgg umah dah bersepah2 huhu sib baik dorg tak amek apa sgt sbb jenis dorang ni masuk terus tuju bilik pastu amek apa yg ada. yang hilang duit raya aisyah ngan cincin risik, tunang aku .. pelik gak mcm mana dorang ni boleh masuk umah kan .. pas2 jiran sebelah try masukkan kunci grill dia kat grill kami, sekali boleh masuk huhuhu .. bila aku try kunci grill aku kat umah dia pun sama gak .. cuma kat pintu tu mmg nampaklah macam dah longgar sikit

cabaran tuk parent sekarang ni .. budak2 sekarang ni bukan macam zaman kita dulu2 .. tugas kita ni lebih berat dari ibu bapa kita dulu

Monday, October 31, 2011

CORETAN ISNIN

assalamualaikum semua ..

hari ni tak tau nak cerita apa, biasalah hari isnin kan hehehehe. cuma rasa penat aje lah sebab malam tadi balik dari Pahang sampai rumah pukul 10 malam.

Jumaat lepas kami sekeluarga ke Chini, Pahang ke rumah saudara en bard .. pakcik saudaranya kawin, kira menyambut menantu lah. Pengantin pompuannya orang Banting, hari tu kenduri kat banting kami tak dpt pergi sebab en bard aku keje, so yang ni MIL ajak kami pergi je lah. lagipun aku memang tak pernah jumpa opahnya yang ni.

Kami semua kumpul kat hiway lepas tol Gombak .. gerak dalam pukul 9.30 malam lebih kuranglah. Pastu berhenti kat Temerloh, berkelah kat sana .. heheheh makan2 ajer. Aku jarang ke pantai timur ni lagilah waktu malam2 kan .. lainlah belah utara nun, dah biasa. Hiway gelap, bukit .. hutan kiri kanan pastu ngan berkabusnya. Masuk exit Gambang .. dari situ nak ke Chini jauh gak ... kami sampai Chini dalam kul 2 pagi .. huhuhu letihnya. Biasalah kan konvoi ramai2 kalau kami ajer berdesup je kot.

Kendurinya hari Sabtu ... best jugak kat area kampung ni. pagi2 dengar ayam berkokok pastu sejuk ajer :) maklumlah aku ni mana ada kampung, merasa kampung orang ajer lah. hari ahad gerak balik kul 3 petang .. ikut jalan lama, nyusur sg. pahang yang besar tu ... jalan siang best sikit sbb boleh tgk pemandangan kiri kanan. Kami kuar kat tol Temerloh .. sampai Gombak kul 7.30 pastu berenti rehat semua .. lepas sesi bersalam2an kami terus berdesup balik putrajaya sbb nak anta makcik balik Kajang dulu. Ikut jln kuching-sg. besi, malas ikut mrr2 sebab gerenti jem kan ..

en bard aku sampai rumah ajer mandi2 semua terus siap sebab nak masuk keje kul 11 malam, aku kata tak yah lah keje sbb OT je pun kan .. tapi nak kojo gak, nak buek camno. aku je lah ni cam weng2 sikit, bangun pagi tadi pun kepala berat je sbb pening.

gambar2 kat sana nnt lah aku upload

Friday, October 28, 2011

STESEN RADIO PILIHAN ANDA !!!!

assalamualaikum semua yang membaca ..

hari ni nak cerita pasal stesen radio, boleh?? hehehhe
aku ni sebenarnya suka dengar radio .. dari sekolah lagi

zaman sekolah dulu mana ada stesen radio swasta kan?? hadaplah radio RTM. Dulu2 aku suka Radio Muzik :) malam aje ada slot Pilihan Bersama, masa tu lagu2 semuanya best2. Aku dulu siap letak kaset kosong dalam radio sebab nak record lagu hahahah. Lepas tu pukul 8 pagi ngan 8 malam aku turn ke Radio Tamil pulak sebab nak dengar lagu2 hindi hihihihi .. Syiokk woooo lagu2 time tu, masa tu aku baru nak injak sekolah menengah tahun 93.

Agak2 lama lepas tu beralih pulak ke RMKL - Radio Malaysia Kuala Lumpur. Layan gak .. lagu2 dia pun best tp sayanglah aku dah lupa nama DJ2 masa tu huhuhu .. aku minat sorg DJ laki ni suara dia macho ajer. Kalau pompuan aku suka Prema :) dan aku pernah dapat on air tau time Prema jadi DJ .. masa tu aku keje baru lps SPM, dia bukak topik Hari Pekerja sbb hari tu aku kena keje so saja2 je lah call tak sangka dapat on air heheheh. Gabra gak pada mulanya tp kontrol ... hehehhe. Esoknya org2 opis dtg kecoh2 sbb dengar aku on air .. mana aku tau tak leh call luar huhuhu. Time ni pun aku suka THR - Time Highway Radio, masa ni DJ ni Nasa, Isma Rockers tu. Masa ni mmg happening arr.

Sekarang ni dah banyak pilihan radio kan sbb ada Astro .. mula2 dulu layan gak lah ERA. tapi lama kelamaan boring sebab banyak iklan pas2 lagu2 semua dorg edit. Aku balik semula kepada radio RTM - KLfm hehehe yang dulunya RMKL. DJ2 dorang masa ni semua jenis gila2, aku siap daftar jadi ahli sms dorang lagi .. tiap kali kuar jalan2 selalulah melaporkan keadaan trafik hahahaha. DJ2 dorang yg aku suka DJ Pool, DJ yg suka sebut abang kan ada aku lupa nama dia .. pastu DJ Azlan Omar.

Dekat opis pulak aku suke dengar radio THR-Gegar Pantai Timur, dengar online aje lah sebab radio ni untuk Pantai Timur ajer .. kalau kat rumah selalu dengar kat chanel 863 Astro. Aku suka sebab radio ni tak banyak iklan pastu lagu2 dorang memang semuanya best2. Kadang2 lagu2 yg dorang perdengarkan tu tak ada kat radio2 Era ke, Sinar ke, Suria semua tu. Aku ni jenis suka lagu lama2 .. THR Gegar ni lagu2 dorang variety .. boleh dengar lagu2 rock kapak, dangdut, hindi .. radio lain ado??? Kadang2 layan lagu Kelantan, syiok gak :)

So ... korang punya pilihan ???? :)

Friday, October 21, 2011

TONSIL

assalamualaikum,
coretan petang Jumaat ...

hari Rabu malam tiba2 telinga aku berdesing lepas tu sakit sangat macam berdenyut2 .. bawak tidur ingat bangun hilanglah sakitnya tapi makin menjadi2 .. aku rasa sangkut paut ngan sakit tekak aku agaknya.

tak pernah aku rasa sakit macam tu, bila berdenyut je meleleh air mata aku menahan sakit. Malam tu jugak pegi klinik sebab dah tak tahan sangat. Kat sini yg 24 jam klinik Sri Permai kat Presint 9 tu lah. Nasib baik masa pergi tu tak ramai patient sbb aku dah tak leh tunggu dah .. berdengung ajer, tak sanggup bila datang denyut tu.

bila masuk jumpa doktor, tanya sakit apa .. aku cakap sakit telinga terus doktor tu wat muka pelik pastu dia cakap patient saya hari ni semuanya sakit telinga. ohh ye ker, aku cakaplah aku sakit tekak then doktor tu suh aku nganga suluh kat dalam tu ada tonsil sebelah kiri sebab tu telinga aku sakit. bla..bla..bla dapatlah segala macam ubat .. sampai 6 jenis .. hadap semua k!!

pagi esoknya aku demam pulak .. telinga pun still berdenyut, nak g ambik mc aku tak larat dah .. en bard aku pun demam, kesian gak kat dia. semalam dia keje petang 2-2 kat rumah tidor je lah yang aku dah mamai sebab makan ubat kan .. tgh2 baring tu aku rasa mcam ada benda kuar dari telinga rupa2nya air.

hari ni pun telinga aku still berdengung lagi .. en bard aku pulak kena tonsil. baru check kat klinik tadi .. huhuhu dugaan .. dugaan

Wednesday, October 19, 2011

DEMAM

bila aku dah nak elok, en bard aku pulak demam ... aku risau sikit sebab en bard aku ni jarang jatuh sakit tapi bila dah kena memang teruk. tak silap aku demam paling teruk masa en bard aku kena denggi, berapa tahun dah ... syahmi pun tak ada lagi masa tu

aku yang kat opis ni pulak risau .. mana taknya dalam tak sihat tu sempat lagi training pagi tadi pastu petang ni turun main takraw pulak. aku bebel pun bukannya jalan pun .. bila suruh pergi klinik tak nak pulak. Harap2 en bard aku tak turunlah petang ni, lagipun hujan lebat sekarang ni. Aku pun ntah2 tak turun game bola tampar .. ye lah hujan kan.

tengahari tadi aku belikan bihun goreng makan berapa suap ajer, katanya tekak sakit .. badan pun tadi panas.

CERITA HARI INI

assalamualaikum.

dah 2 hari aku batuk2, mlm tadi tekak aku bengkak pulak .. aku rasa tonsil sebab nak menelan sakit. dah tu pulak efek ke telinga aku, berdenyut2 malam tadi. seingat aku pernah sekali aku kena telinga berdenyut ni masa pregnant kan syahmi. masa tu mmg sakit sgt, aku pulak ada kursus kat PD nak tak nak tanggung sorang2 .. dah tak tahan sangat aku sapu minyak angin kat tepi telinga pastu aku baring mengiring, bila dah sapu tu dalam telinga tu aku rasa macam meletup2 ajer.

tu yang malam tadi aku sapu minyak angin, rasa okay sikit. en bard suh aku g klinik tapi aku tak nak huhuhu. pagi ni tak rasa sakit sangat tapi rasa mcm ada benda nak keluar ajer, macam cecair. cuma tekak sebelah kiri aku ni je lah, still tak leh menelan lagi .. rasa sakit sikit.

petang ni ada game bola tampar pulak .. aduh mcm mana ni, harap2 okaylah petang ni sebab aku jadi bidan terjun dah tak ada wakil dari sektor kami ni .. gasaklah, aku bukannya reti main bola tampar ni .. pegawai2 kat opis ni pun kata tak apa, main ajer yang penting ada orang heheheh

Tuesday, October 18, 2011

TAK SIHAT

assalamualaikum ..
dah seminggu aku tak berapa sihat

selasa lepas aku kena cirit birit ngan muntah2 .. aku rasa tak pernah aku kena teruk mcm tu sekali, muntah2 pun aku rasa tak seteruk aku kena morning sickness. bila atas bawah keluar badan aku sakit2, lemah .. malam tu aku sampai nangis sebab tak tahan sangat, sib baik en bard ada kat rumah.

esoknya aku ada appointment klinik, kebetulan dah g klinik aku mintak nurse tu transfer aku jumpa doktor. pagi tu pun berapa kali aku membuang .. mmg lemah sangat2 aku masa tu, nak berjalan pun tak larat nak angkat kaki. sib baik semua urusan pagi tu senang dan cepat, g amek injection depo pun kul 8.30 dah siap pastu jumpa doktor, ambik ubat semua dekat2 kul 9 jugaklah habis. Lega sebab doktor bagi mc hari tu .. lagipun aku mmg tak tido malam sebelum tu.

ubat yang doktor bagi tu memang betul2 power .. ubat tu 2-2 ngantuk. Aku baru makan tak sampai berapa minit mata pun dok kuyu jer ... terus zzzzzzzz ... 2,3 hari jugaklah aku berhati-hati bila nak makan, takut salah makan lagi.

semalam ngan hari ni pulak aku batuk2, sakit tekak ngan selsema. Aisyah pun sama jugak .. badan pun sakit2 gak ni. Agaknya mandi laut sabtu lepas kot .. baru terasa kesan2 dia.

Monday, October 10, 2011

MONDAY BLUES

blues lah sangat .. ekekek
dah petang2 baru nak update blog
kenapa hari isnin kat monday blues??
entahlah .. mood cuti tak ilang lagi kot

hari ni topik best kat opis mestilah pasal kenaikan gaji yg PM umum masa Bajet 2012 Jumaat lepas. macam2 spekulasi lah yang kuar .. takpe2 kita tunggu pekeliling dari JPA, k?? sebab sekarang ni masih samar2 lagik dan satu lagi pasal pencen 60 tahun ..
huhuhu .. nak sain ke hah?? aku sain 58 tahun tp kena fikir betul2 gak ni, waktu tu masih larat lagi ke nak bekerja atau umur masih panjang lagi?? insyaAllah

tapi yang pasti bonus dapat hujung tahun ni .. alhamdulillah
bonus masuk dengan gaji bulan Disember yg mana gaji bulan Disember 19/12/2011.
aku dapatlah separuh gaji .. syukur ..

malam tadi aku mimpi dapat anak tapi anak angkat, baby lelaki .. comeellll sangat2
dalam mimpi tu baby tu dibuang kat area umah kami ..
sampaikan hasben aku tak nak lepas baby tu kat tangan orang lain
dia nak ambik, jaga baby tu :)
hahaha .. nak tambah anak ke??

Sunday, October 9, 2011

JUST A PHOTO


ada nampak apa-apa perubahan tak???
atas nasihat doktor aku kena turunkan berat badan
alhamdulillah dah nampak hasilnya
tp yg ketara nampak pada muka lah
aku kena dptkan berat ideal aku - 54kg

Friday, October 7, 2011

THE BIGGEST LOSER

pagi Jumaat yang indah :)

pagi2 tadi pukul 8 - 8.30 kami ada aerobik sempena pertandingan 'The Biggest Loser' anjuran kelab keluarga bahagian kami.

aku semangat nak aerobik kekdahnya .. hehehe .. nak join gak pertandingan tu tapi untuk suka2 jer, bukan nak menang pun. lagipun aku sekarang ni on diet so nak tau lah dalam masa beberapa bulan ni berapa kg aku dapat turunkan berat badan.

dah lama tak buat senaman, berpeluh jugak lah tadi
baru rasa segar badan semua .. tu lah malas nak buat exercise kan

jumaat depan kita beraerobik lagi yer

Thursday, October 6, 2011

CABUT GIGI!!!


petang tadi bawak Along cabut gigi .. sampai klinik kul 2.15 nasib baik tak ramai sangat.
gigi Along dah goyang yang belah atas tu tapi dia takut nak cabut.
ikutkan kami berdua nak aje tarik bagi cabut .. tapi kesian takut sakit

so petang tadi lah agendanya .. klinik gigi untuk kanak2 setiap hari Selasa dan Khamis
dari kul 2 sampai 4.30 ptg.

mula2 risau gak takut Along menangis sebab budak2 yang sebelum dia
semuanya nangis .. sampai kami kat luar ni dengar naik seriau huhuhu
sorang je amek dekat 15-20 minit rawatannya

bila turn Along, masuk2 je Along cakap
'ibu, dulu Along g tempat mcm ni lah'
sbnrnya dia pernah cabut gigi tapi kat klinik swasta

sbb aku first time datang, kena pulak sign borang keizinan
nurse tu check dia kata kena cabut 2-2 gigi kat atas
aku kata tak pe lah lagipun dah goyang
sekejap ajer kerjanya hehehehe
pastu nurse tu kata 'bijak adik ni .. tak sakit pun kan'

next week kena datang balik nak cabut gigi bawah pulak
sbb yg bawah dah tumbuh 2 kat belakang
so nak buang gigi kat depan tu
tp nurse tu cakap sakit sikitlah sbb kena injek
tadi dia sapu2 jer benda apa tah warna pink tu

dah lah rongak anak aku tu hihihi
tapi aku cakap kat dia
'along nak gigi cantik tak?'
hehehe terus angguk kepala

KUALA LUMPUR

hari ni nak bercerita sikit boleh tak?? hehehe

sebut pasal Kuala Lumpur semua orang tahu kan .. ibukota Malaysia.
macam-macam ada kat sini.

aku ni lahir kat Gombak yang hanya beberapa km ajer dari KL
kg aku kat Batu 8 Gombak, Chow Kit tu kira Batu 2 lah, KL Batu 1

dalam banyak2 tempat kat KL ni tempat yang aku tak sampai lagi
Menara KL. Teringin nak naik tapi aku ni gayat orangnya hehehe

Ingat lagi masa pembukaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1999
*gambar - Suria KLCC

aku g lah sana dengan en bard .. ramai giler sangat masa tu .. masing2 macam terpukau ajer
ye lah masa tu bangunan tertinggi kan
masuk dalam Suria KLCC macam 'wahhhh'
tapi seingat aku sampailah sekarang ni
boleh kira berapa kali ajer g sana hehehe
berapa kali dah anak2 ajak g sana tapi tak bawa2 pun lagi
nanti2 lah yer :)

yang gambar atas tu tau tak bangunan apa?? hehehe .. itulah SOGO
shopping complex yang paling glamer skang ni
masa pembukaannya pun aku ada g gak tapi lupa tahun bila
yang aku ingat waktu tu still sekolah lagi
waktu2 remaja gitu hehehehe

sebelum wujudnya SOGO ni, yang terkenal macam Globe, Batu Road Supermarket, Keramat Supermarket .. aku dulu selalu ke Batu Road .. kira Batu Road dulu paling glamer lah, berdepan ngan pasaraya ni Hankyu Jaya tapi macam tak jalan lah bisnes dorang tu.
orang lagi prefer ke Batu Road ni

la ni 2-2 dah bankrap .. bangunan Hankyu Jaya tu kira ok lagi sbb dah jadi Plaza Tar tempat pemborong. aku dulu sebelum Hankyu Jaya tutup, aku pernah keje sana .. kira kami lah staff terakhir Hankyu Jaya tapi dorang pakai nama lain .. Basic Store rasanya.
yang bangunan Batu Road tu tinggal macam tu ajer

* ni Globe Silk Store

masa zaman sekolah dulu aku rasa port lepak yang paling terkenal Central Market (CM).
sebabnya dorang ramai ambik tuisyen kat sana .. nama pusat tuisyen tu Kasturi
ramai budak2 sekolah aku amek tuisyen kat sana.

syarikat2 bas yang paling glamer kat KL dulu Len Seng, Bas Mini yang kini tinggal kenangan semuanya tu :)

* bas Len Seng

sekarang ni bas Len Seng beroperasi untuk kawasan Setapak ngan Wangsa Maju saje.
korang kalau naik bas Len Seng, nampak ada konduktor perempuan
hehehe itulah my mom .. my mom sorang ajer tinggal konduktor
yang lain2 kan dah pakai tabung

laluan bas 174 - Gombak - KL
169 - Sri Gombak - KL
172 - Danau Kota - KL
170 - Zoo Negara - KL
191 & W12 - Wangsa Maju


rasanya cukup kot setakat tu ..
nanti kalau aku rajin aku cerita lagi yer

Wednesday, October 5, 2011

GUA KELAM TUTUP

Gua Kelam ditutup hingga tahun depan

PADANG BESAR: Gua Kelam yang menjadi antara tujuh tarikan utama negeri ini akan ditutup kepada pengunjung sehingga pertengahan tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Penguatkuasaan negeri, Datuk Mat Rawi Kassim. Beliau berkata, penutupan itu dibuat berikutan kerosakan teruk dialami Gua Kelam membabitkan kemudahan atau infrastruktur terutama di dalam gua terbabit susulan banjir terbaru yang melanda Perlis, pertengahan bulan lalu. Selain keadaan fizikal Gua Kelam yang tidak sempurna dan mendatangkan risiko bahaya kepada pengunjung, katanya, penutupan terbabit turut dibuat untuk memberi laluan kepada kerja membaik pulih kawasan serta kemudahan gua, sekali gus mengembalikan semula keindahan tarikan.

“Kita dapati banyak kemudahan rosak termasuk jambatan kayu sepanjang kira-kira 370 meter yang menjadi laluan utama merentasi gua yang terputus akibat dihempap batu ketika banjir.

“Selain itu, sampah sarap serta longgokan kayu turut memenuhi ruangan gua sehingga mencacatkan keadaan, dipercayai akibat banjir yang turut menenggelamkan laluan gua berkenaan,” katanya selepas meninjau keadaan Gua Kelam, di sini.

Berita Harian, semalam melaporkan Gua Kelam ditutup buat kali kedua selepas jambatan sepanjang 370 meter yang menjadi laluan ke tarikan utama negeri itu rosak dan kegagalan pihak pengurusan memaklumkan mengenai kejadian itu menyebabkan pengunjung hampa.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian ke lokasi itu mendapati masih ramai pelancong terutama rakyat tempatan mengunjungi Gua Kelam. Bagaimanapun, masing-masing pulang dengan hampa selepas ia ditutup.

Difahamkan, Gua Kelam yang dilapor menjana kutipan tiket sehingga RM3 juta setahun, dibuka kurang tiga bulan lalu selepas kerja membaik pulih kemudahan serta infrastruktur yang rosak akibat banjir besar pada November 2010 dan Mac lalu membabitkan belanja kira-kira RM500,000, selesai.

Kini, selepas banjir sekali lagi melanda Perlis termasuk Wang Kelian bermula 11 September lalu, segala kemudahan terbabit kembali rosak, lebih-lebih lagi apabila Gua Kelam sendiri dilapor tenggelam susulan peningkatan mendadak paras air Sungai Pelarit, di sini.

Mat Rawi berkata, buat masa sekarang Gua Kelam terpaksa ditutup dan pihaknya akan menggunakan baki peruntukan RM500,000 yang masih ada untuk membaik pulih kerosakan dialami yang dijangka bermula dalam tempoh dua minggu.

“Selain kerja baik pulih, kita juga merancang untuk membina dua kolam takungan di Wang Kelian dan Gua Kelam untuk mengelak limpahan Sungai Pelarit yang turut menjadi punca utama banjir yang menjejaskan Gua Kelam,” katanya.


- alahai .. baru cadang nak g Gua Kelam bila balik Kedah hujung tahun ni sebab dulu pergi tak leh masuk gak sbb baru lepas banjir, ni pun banjir gak

PROJEK PR1MA

Mesti korang pernah dengar pasal Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA)
yang PM lancarkan bulan April lepas.

Baru2 ni dah keluar iklan pasal permohonan rumah tersebut
dekat Presint 11, Putrajaya
harga dari RM120k hingga RM150k

SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

Warganegara Malaysia.
Malaysian Citizen.

21 Tahun Ke atas.
21 Years old and above.

Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
Working OR Living in Putrajaya.

Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
Household income (Single / Husband and Wife) does not exceed RM6,000.

Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)
Registered Voter in Putrajaya Parliament Constituency (P.125)

kalau rasa2 korang layak, try lah isi borang kat

itulah kan, dah beli rumah lain baru kuar projek2 kat Putrajaya ni
tapi dah rezeki ke lain kan
mmg ikutkan nak beli rumah kat Putrajaya ni
tak kiralah apartment ke rumah teres ke
janji dalam Putrajaya

ikutkan syarat2 tu insyaAllah mmg layak ..
kalau ada yang berminat try lah isi
tapi kalau dah dapat rumah tu
10 tahun kena duduk, tak leh nak sewakan kat orang lain

Tuesday, October 4, 2011



SEMAKAN STATUS PENEMPATAN MURID PRA SEKOLAH

SESI KEMASUKAN : 2012
NAMA : AMIRUL SYAHMI BIN BADIRULZAMAN

Sekolah Ditempatkan
( Selepas 1 Oktober 2011)

Permohonan Ke Pra Sekolah ditempatkan di :
WBA2005
SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2)
62250 PUTRAJAYA
Telefon : 0388888290
Fax : 0388888289


alhamdulillah Syahmi dapat pra-sekolah di sekolah aisyah ..
minggu lepas cikgu pra SKPP8(1) call kata Syahmi dapat kat sana,
aku heran gak sebab minta kat SKPP8(2) ..
memanglah ikutkan tak jauh dari rumah tapi ke dalam sikit lah
tapi sebab nakkan sama ngan kakak dia aku call balik sekolah yg aku daftar mula2.

rupa2nya dorang ter'key in' nama anak aku 2 kali ..
lega sangat ..

Saturday, October 1, 2011

BONUS?? NAIK GAJI??

sedar tak sedar hari Jumaat ni 7 Oktober 2011 PM akan bentangkan Bajet 2012
di Parlimen

dan macam biasalah waktu2 macam ni ramailah yang bertanya pada kami
'ada bonus tak?' gaji naik tak?
kan macam2 spekulasi yang kita dengar sekarang ni

tanya pada kami, apalah yg kami tahu pun
kami bagi peruntukan ajer
keputusan2 tu semua orang atasan lah yg buat keputusan, kan?

cuma harapan tu tetap yang positif kan?
kenaikan gaji tu .. hopefully ada lah
aku nak kena potong loan rumah huhuhu
bolehlah wat tambah2 perbelanjaan nanti

ada orang kata kenaikan smpai 25% lah, 10% lah
tak kisahlah berapa persen
janji ada kenaikan gaji
dan yang penting BERSYUKUR!!!!

pastu ada lah kata
bila gomen naik gaji
harga barang semua naik
ehh .. bukan ke skarg ni mmg barang2 dah naik??
kami ke penentu harga barang??

entahlah kan .. kalau dengar cakap org ni
memang boleh buat sakit kepala
kita buat dunno ajer ...

Friday, September 30, 2011

HARGA HARTANAH AKAN NAIK

mesti korang dah baca paper dalam minggu ni kan
pasal hartanah nak naik harga
kos barang2 tu semua dah naik katanya

alhamdulillah, nasib baik kami dah beli rumah
kami beli single storey kat perumahan baru
Warisan Bestari kat Dengkil, Sepang

kawasan ni boleh masuk dari Kota Warisan dan dari Dengkil
nanti ada 2 jalan keluar masuk
apa yang aku perhatikan progress rumah ni cepat
dah banyak naik



ni antara rumah yang dah siap - gambar dari forum Kota Warisan

harga rumah ni sekejap je melambung tinggi
masa mula2 launch awal tahun harga Rm176k
bulan Mac mcm tu naik ke RM186k
pas2 dlm bulan April kami g booking rumah tu
harganya dah cecah RM195k

alhamdulillah loan semua dah setel
kami berdua share loan
kalau aku sorang .. tak makan kami satu family
hahahahah

aku rasa kat area sini masih munasabah lagi harganya
area gombak sana tu suma RM200k ke atas
Salak tinggi pun perumahan baru semua RM200k++

tercapai gak impian kami nak rumah bertanah ni :)
senang family nak datang kan
tau lah org tua kita ni mana betah nak duduk umah tinggi ni
dorang biasa nak bertanah gak

Thursday, September 29, 2011

HATI DAN PERASAAN

hari ni aku nak cerita sikit pasal hati dan perasaan

semua orang ada hati dan perasaan kan?? kalau tak ada bukan manusia lah tu hahaha
biar aku cerita pasal aku je lah kan

aku ni berhati 'kecik' .. aku ni mudah sensitif
aku cepat terasa kalau benda2 tu datang dari orang yang rapat ngan aku.
dan hati aku jugak mudah terluka
tapi aku tak pernah tunjuk kat sapa2
andaikata aku tengah frust ker, tengah sedih ke

tapi aku senang memaaafkan seseorang
boleh ker macam tu??
sebenarnya dah macam2 aku tempuhi sekarang
tapi lama kelamaan aku malas nak fikir

walaupun aku senang memaafkan
tapi aku selalu teringat2 jugak
hmm .. nak buat macam mana kan
kalaulah boleh kita delete terus
memori2 hitam dalam hidup kita, kan?

kadang2 aku tengok orang lain
cakap main lepas2 ajer .. sesuka hati ajer nak cakap
tak fikir perasaan orang lain

aku pulak paling takut kalau aku terlepas cakap
sebab aku takut hati orang tu terusik
bukan aku tak pernah diperli, dikutuk
tapi aku diamkan ajer .. cuma aku jawab dalam hati 'Alhamdulillah'
hari ni hari aku, tunggu je lah hari dorang kan

sekarang ni hidup aku nak cari kawan
tak nak cari lawan
sebab tu orang susah nak tengok aku marah2
aku memang tak tunjuk kat orang lain
kadang2 suami aku pun pernah cakap
aku ni terlampau lembut sangat
sampai orang naik kepala

bukan aku tak nak lawan
tapi bagi aku orang yg suka kutuk2, perli2 aku tu
orang tu jealous ngan aku .. hahahaha .. boleh gitu?
buat apa nak balas2 perangai orang ni kan?

apa yang korang semua nampak perangai aku
itulah aku seadanya ..
pemalu (mula2 ajer), tak banyak cakap (kalau dah kenal baru tau)
merendah diri (tau diri tak perfect mcm org lain)
kalau ada masalah apa2 .. insyaAllah aku boleh jadi seorang pendengar yang setia

Thursday, September 22, 2011

PENAMBAHBAIKAN UPSR

hari ni nak cerita sikit pasal penambahbaikan UPSR
sebenarnya nak post dari hari tu lagi tapi tak sempat2

bulan lepas kami2 ibubapa murid2 tahun 1 dipanggil
untuk satu perjumpaanlah kan
ingatkan saja2 datang .. hehehe
rupa2nya ada mesej nak disampaikan.

sebelum tu nak maklumkanlah
sapa2 anak2 yg darjah satu tahun ini 2011
dorang adalah perintis kepada KSSR yang menggantikan KBSR

dalam KSSR ni ada penambahbaikan untuk UPSR nanti
mula2 kan nak dihapuskan UPSR tapi tak jadi
so dorang tambah baik ajer tuk UPSR
yang dorang panggil PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

mula2 macam pening gak nak memahami benda ni
apa yg difahamkan .. pentaksiran ni bermula dari tahun 1
sampailah mereka ni darjah 6
setiap markah2 ujian atau peperiksaan akan direkod dalam satu fail
kalau anak2 korang dah berpindah sekolah
kenalah bawak fail tu .. kira tu rekod tuk anak2 korang
nanti kat sekolah baru sambung aje lah penilaian tu

PBS akan dinilai sepenuhnya bila mereka darjah 6 nanti
so cikgu2 darjah 6 lah nanti penentu tuk 40%
dan baki lagi 60% dinilai melalui UPSR tu lah
so anak2 yang tak dpt keputusan yg tak berapa baik
40% penilaian dari guru nanti boleh tolong dorang

Komponen PBS pulak terdiri dari Sukan, Pentaksiran Pusat, Jasmani, Sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik

lagi satu, penilaian Standard Prestasi mengikut band
ada band 1-6
kira band 6 paling baguslah

bila nak masuk tingkatan 1 nanti, mereka ada 4 pilihan
1- Arus perdana (sekolah menengah biasa)
2- Sukan
3- Seni
4- Kemahiran dan Vokasional

so, terpulanglah pada ibubapa tuk tengok anak2 cenderung ke arah mana .. mungkin selepas ni byk sekolah2 yang akan dibangunkan selaras dgn penambahbaikan ni

huhhh .. ibubapa pulak yg fenin ngan sistem baru ni .. kena sentiasa alert
dengan sistem sekolah sekarang ni. dah tak macam zaman2 kita sekolah dulu

Wednesday, September 21, 2011

KURSUS

hmm .. dah nak hujung tahun ni, kuar citer pasal kursus pulak.
ye lah kan, dah kata kena ada 7 kursus dlm masa setahun
tp aku?? huhuhu sehari pun tak ada lagi

mana taknya .. ada apply tapi tak diluluskan.
nasib baik ada kursus dalaman minggu depan
tapi 2 hari je, mana nak cari 5 hari lagi

aku ni bukannya tak nak apply kursus ke apa ke
banyak nak difikirkan dan ofkos lah
satu2 sebabnya anak2 ..
kalaulah aku dapat kursus luar, siapa nak settlekan
hal anak2 aku tu.
nak kejutkan pagi2, siapkan dorang ..
bab baju sekolah tu aku gosoklah siap2 kan??

lagi satu sebabnya hasben aku keje shif
susah gak tu ... kalau hasben aku keje pagi aje tak apa
kalau shif petang, malam ...
siapa nak tengok anak2 kan.
nak import mak aku mmg tak leh arr
sebab mak aku kerja ..
mak mertua pulak dia jaga cucu2 lain

tapi kalau hasben aku kursus kat luar
boleh pulak aku handle semua kan??
hahahahah

hopefully lepas Bajet ni ada lah kursus untuk kami
dalaman pun tak apa .. janji borang LNPT aku tak kosong
tahun lepas pun last minit dapat g kursus

Monday, September 5, 2011

CERITA RAYA 2011

Assalamualaikum ...
Sedar x sedar dah seminggu kita sambut raya. Alhamdulillah raya tahun ni aku dapat sambutnya dengan raya bersyukur. Tiada peristiwa yang tak diingini berlaku sebelum2 tahun ini.
Tahun ni turn beraya di umah parent aku, walaupun parent aku ngan MIL dok dekat tapi ada giliran jugak tau hehehehe. Aku balik umah parent petang Isnin 29 Ogos tapi balik 3 beranak ajer, hasben aku antar sbb dia keje lagi mlm raya tu.
Pagi raya tggu hasben balik dari sembahyang raya .. lepas bersalam-salaman ngan parent, adik beradik ktorg g beraya umah nenek pulak. Dah puas beraya ngan sedara mara kat sana ktorg g beraya pulak ngan keluarga hasben aku. Masa ni semua berkumpul kat umah opah hasben, meriah lah sbb adik beradik hasben aku ramai campur lagi ngan makcik2, pakcik2 nya.
Petang pulak dalam kul 4 kami gerak pulak ke Sabak Bernam rumah adik aku. Dia kena on call hari raya ni so kami tak tau nak g mana so tuju terus rumah dia lah. Kami ikut hiway LATAR yang baru tu, turun kat Ijok tp dah dekat ngan pekan Kuala Selangor dah. Cepat gak sampai sbb makan masa 1/2 jam ajer.
Jalan pulak jem dari Kuala Selangor pas2 kat Tanjung Karang. Pastu kononnya nak cari jalan short cut lah .. hahaha sesat barat kami ekekekek. Aku nampak sawahhhh ajer jalan besarnya tak jumpa2, tp best gak sbb dpt tgk permandangan kampung kan. Pusing2 sampai jumpa Parit2 ni .. area Sg Besar. Aku kata ngan hasben aku ni dah area rumah adik aku so pusing2 lagi last2 kuar gak betul2 kat area rumah adik aku .. Fuhhh sib baik hehehe so pasni bleh lah ikut jalan tu lagi sbb mmg tak lalu langsung jalan besar tu.
Sampai pun dah kul 6 lebih, lepak2 pastu malam tu adik aku bawak beraya g umah mertua dia pulak. Esoknya tengahari g umah mak angkat dia pastu dalam kul 5 petang kami gerak balik Gombak. Jalan pun boleh tahan ... jem gak sbb dah banyak kenderaan.
Dah hantar parent aku balik terus pulak balik umah MIL turn beraya kat sana pulak.
Rasa macam penat sangat so kat umah MIL tak kemana2 pun ..
Hari Jumaat dah keje .. 3 org je yg kerja hari tu. Tengahari time lunch tu dapat call dari mak kata ayah pulak masuk HKL. Aku nak g time tu pun bdk2 tak leh masuk so g opis punch out so amek half day. Balik umah MIL amek anak2 aku pastu MIL ngan adik ipar pun ikut sekali.
Sampai HKL doktor ada so aku tanyalah apa sakit ayah aku .. mula2 kencing manis lah, yg tu aku tau pastu dari brain scan dia kata mcm ada ketumbuhan dlm kepala ayah aku. So dia kata ayah aku kena minor strok, lps ni ayah kena ambik ubat .. tak leh tggl.
time ni ayah aku kat wad kelas 3 pastu ayah aku sorg2 je melayu kat c2. sib baik x lama pastu ayah aku dpt tukar wad, ikut kelayakan adik aku. Bila dah tukar tu selesa sikit sbb dpt 4 katil 1 bilik.
Hari sabtu mlm barulah kami balik Putrajaya .. fuhh rasa letihh sangat2 ... Ni pun g keje ngan badan sakit2, tak cukup tido pun ya huhuhu

Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDILFITRI



Assalamualaikum ...
di atas kesempatan ini daku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri tuk semua yang mengenali diri ini dan kawan2 blog, forum n FB semua.

Semoga lebaran kali ini bawa cahaya kebahagiaan untuk korang sekeluarga.

Maaf Zahir dan batin.

Thursday, August 18, 2011

coretan Ramadhan

assalamualaikum ..
lamanya tak jenguk blog ni .. hmm ntah naper rasa mcm tak ada mood nak menulis
diam tak diam dah separuh Ramadhan kita lalui. x lama lagi kita semua nak sambut raya.

tahun ni aku tak amek cuti raya .. aku cuti yg 3 hari tu ajer .. kenapa? tahun ni aku tak ada mood nak beraya. bayang2 raya sebelum2 ni menghantui aku dan aku takut ia akan berulang lagi kali ini dan sbb itu aku malas nak fikir sgt dan cukup2lah .. aku dah tak sanggup nak berpura2 lagi dan aku nak jadi diri aku sendiri. Cukuplah selama ini aku selalu jaga hati org lain sampaikan hati aku terluka sendiri.

yang penting raya ini aku ada suami dan anak2 yg banyak menyokong aku .. aku nak membahagiakan diaorg selagi nyawa di kandung badan. aku selalu terfikir mcm mana lah kalau aku dah tak ada nanti, siapalah yg nak jaga anak2 aku. Ya Allah berilah aku peluang untuk membesarkan anak2 ku .. aku akan buktikan yang aku tak sia2kan anugerah yang telah Engkau berikan ini.

berikanlah juga kekuatan untuk aku tempuhi segala cabaran dan dugaan dalam hidup aku ini. kadang2 aku rasa lemah .. aku rasa mcm aku tak mampu .. hanya padaMu Ya Allah aku berserah segala2nya.

cukuplah aku rasa terhina selama ini ..

Wednesday, August 3, 2011

Sunat latih kanak-kanak puasa

Perintah tunai ibadah Ramadan sama amalan solat

RAMADAN ialah sesi persekolahan dalam menghasilkan jiwa yang bertakwa. Ia juga satu kesempatan yang telah diberikan oleh Allah kepada ibu bapa dalam mendidik anak menjadi insan yang salih dan salihah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada neraka, sedangkan bahan bakarnya ialah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka.” – Surah Al-Tahrim (66), ayat 6. Banyak amalan yang boleh dipraktikkan mengikut petunjuk Rasul dalam mendidik anak pada Ramadan. Antara yang menjadi amalan ialah dengan mendidik anak yang kecil berpuasa. Hukum berpuasa bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz (iaitu tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk) ialah tidak sah puasanya. Manakala kanak-kanak yang sudah mumayyiz dikira sah puasa mereka apabila ia berniat puasa pada malam hari, walaupun puasa Ramadan itu tidak diwajibkan ke atasnya. Ulama sepakat mengatakan bahawa hukum berpuasa pada Ramadan adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berakal dan baligh. Dengan demikian, kanak-kanak pada asalnya tidak wajib berpuasa kerana mereka belum baligh. (Abd Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala Mazhib al-arba’ah)

Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW bermaksud: “Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Maksudnya kanak-kanak tidaklah berdosa jika mereka meninggalkan puasa Ramadan.

Walaupun kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, ia bukanlah satu larangan kepada ibu bapa melatih anak-anak berpuasa. Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa melatih anak-anak mengerjakan solat walaupun mereka belum mencapai usia baligh. Hadis yang bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Sekiranya arahan Nabi SAW untuk melihat kanak-kanak terbiasa dengan amalan solat sebelum ia diwajibkan ke atas mereka, maka begitu juga dengan amalan puasa. Malah Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni jilid 3 mengatakan bahawa: “Kanak-kanak dikehendaki berpuasa apabila mencapai umur tujuh tahun jika dia secara fizikal mampu melakukannya. Sesetengah ulama berpendapat, dia hendaklah didenda secara fizikal jika tidak berpuasa ketika umurnya 10 tahun. Ia sama seperti tindakan yang diambil jika tidak bersolat.”

Kenyataan ini bersesuaian dengan amalan dalam kalangan anak-anak pada zaman Rasulullah SAW. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ar-Rubaiyyi’ binti Muawwiz bin Afra’ katanya: “Pada hari Asyura, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat ke desa Ansar yang berada di sekitar Madinah dengan katanya: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas kejadian itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat daripada bulu biri-biri. Jika ada antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan berkenaan sehingga tiba waktu berbuka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan sunat bagi ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka berpuasa dengan tujuan melatih mereka sekiranya mereka mampu. Malah sunnahnya amalan ini disokong oleh ulama salaf seperti Imam Syafie, Ibnu Sirin dan az-Zuhri.

Imam Nawawi memperincikan hadis di atas dengan berkata: “Begitu juga keadaan kanak-kanak yang hampir mencecah usia baligh, mereka perlu diberikan pelajaran segala bentuk ketaatan secara berperingkat. Ini kerana urusan Islam juga masuk secara berperingkat. Selagi ada kemudahan bagi mereka, mereka akan melakukannya, malah menambahnya, dan selagi ada kepayahan, mereka belum mampu melakukannya, dan jika mereka menyusahkan diri juga, maka mereka mustahil melakukannya.” (Syarh Sahih Muslim 6/170)

Malah Imam Bukhari membawakan kepada kita satu athar bahawa amalan berpuasa dalam kalangan kanak-kanak sudah lama dilakukan, malah ia menjadi tradisi pada zaman sahabat. Kisahnya suatu hari Umar al-Khattab telah dihampiri oleh seorang lelaki yang mabuk di bulan Ramadan. Lalu dia berkata kepadanya: “Celaka engkau, kamu berbuka sedangkan anak-anak kami berpuasa.” Lalu beliau menyebatnya dengan 80 sebatan. (Fath al-Bari, bab Puasa Kanak-Kanak)

Ada sebahagian ibu bapa yang menawarkan upah atau hadiah bagi anak-anak mereka yang berjaya menghabiskan puasa Ramadan. Amalan memberi upah ini bukanlah suatu yang melanggari syarak. Malah ia sesuai kepada mereka yang masih kanak-kanak.

Thursday, July 7, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH

7/7/2011 - Khamis
genap sudah hari ini usia aku yg ke 31 tahun ... syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada aku selama ini.

tak sedar, angka usia ku dah melewati 30 ... sekejap aje masa berlalu, rasa mcm baru je abis sekolah hehehehe. dengan usia aku, hidup aku dilengkapi dengan suami dan anak2 tercinta .. luv u all!!!! insyaAllah .. dlm planning nak tambah lagi sorang, korang semua doa2kan yer :)

terima kasih kepada semua teman2 disekeliling yg selalu bagi semangat dan dorongan bila ada masalah .. juga kepada keluarga.

Saturday, May 28, 2011

Laporan Kad Kemajuan

Lamanya lah aku tak menulis dlm blog ni .. huhuhu faktor sibuk pun satu hal gak.

Pagi tadi aku dan En Bard g skolah Aisyah sbb nak ambil kad kemajuan (report card). Berdebar2 pun ada gak sbb first time kan, ye lah dulu2 masa aku sekolah tak pernah pun parent aku dtg skolah amek report card aku. Tau aje aku sendiri amek bawak balik umah pas2 dorang akan sign.

ktorg sampai skolah dalm kul 9.30 pagi, dgn hujan lebatnya masa tu. Sampai2 je tgk ramai gak parent lain yg tgh tggu pas2 rupanya kena amek no. giliran dan kami dpt no. 19 .. masa tu baru no.8 .. huhuhu .. menunggu lah pulak.

bila aku tgk Aisyah dekat kelas dia, macam aku ajer masa skolah2 dulu .. Aku dulu suke wat hal sendiri, mcm aisyah tadilah. Kawan2 dia sibuk main2 tp dia ralit dok siapkan keje sekolah yg cikgu dia bagi.

k, kisah report card .. hmm, camne nak cakap yer, kira jatuhlah dari ujian bulan Mac ari tu. Ikutkan klu UPSR gred dia 4A1B dan kedudukan dia dalam kelas pun huhuhu bleh tahanlah tp cikgu dia bgtau nombor tu tak penting, yg penting keseluruhan markah Aisyah gred A .. lega aku bila cikgu kelas Aisyah bgtau mcm tu. PAs2 cikgu dia cakap kelas dorg kira baguslah sbb 30 murid dari 36 dpt markah gred A.

dan untuk masa depan nnt mgkin dah tak ada UPSR lagi dan cikgu Aisyah bagitau dorg akan kumpulkan markah2 periksa murid2 dari darjah 1 sampai dorang darjah 6 dan dorg akan nilai sebanyak 60% rasanya dan lebih nanti nilai cara lain pulak. nampak gayanya mmg kena ambik tuisyen lah ni

Thursday, April 14, 2011

Happy Birthday Syahmi !!!


Hari ni genap umur Syahmi yg ke 5 tahun .. selamat hari lahir dik, sekejap aje anak ibu dah besar .. lepas ni kena jadi big boy :) x leh nak manja2 sangat .. anak lelaki kena kuat!! nanti di kemudian hari boleh jadi pelindung kepada ayah, ibu dan along, ye sayang :) InsyaAllah :)





Thursday, March 24, 2011

Baby Girl !!!

Alhamdulillah, pagi tadi dapat sms member opis dah bersalin .. baby girl 2.6kg
bestnya ... bulan ni aje dah 2 baby, sorg anak buah sendiri yg ni member opis yg aku dah anggap mcm adik sendiri.

Tapi kesian arr sbb sblum bersalin mcm bola kena tolak sana-sini, mula2 g putrajaya hari selasa .. wad penuh dia suh balik, x apa lagi. Mlm tu sakit lagi pegi putrajaya penuh gak, g serdang pulak .. bila check dorg suh balik lagi sbb baru 2cm. Semlm lah sakit lagi g putrajaya penuh gak last2 g Kajang terus masuk wad.

Apa salahnya .. ktorg ni penduduk Putrajaya, utamakanlah ktorg ni .. Abis apa gunanya jadi penduduk sini kalau tak dpt kemudahan kat tempt sendiri? Tapi tak apalah semuanya dah selamat tp terkilanlah dgn semua ni .. mcm dianaktirikan ajer.

So tahniah tuk Ain n suami atas kelahiran Nur Damia Huda yg so cute ..... :)

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM hari ni

hah .. sapa2 yg ada anak ke, adik ke sedara mara yg amek SPM tahun 2010 hari ni result dah kuar. camne ekk result dorang, memuaskan, ok atau terbaik?? harap2 semuanya dpt result yg memberangsangkan.
tingat dulu time nak amek result, bila dah dapat rasa mcm tak percaya ajer ngan keputusan tu ha3 ... siap boleh gelak2 ngan member sbb result yg selalu dpt 9 boleh lulus ekekekeke. Alhamdulillah dgn result mcm tu dapat keje gomen kan?? nak sambung belajar, kekangan wang dan hidup pulak .. tp rezeki kat tmpt lain :)
tuk adik2 tu lps ni pilihlah jalan yg terbaik yer .. nak masuk IPTA ke, poli ke .. kjaan ke swasta ke atau ada hajat nak jadi paramedik .. terpulanglah .. pk baik2, bkan tuk sapa2 tuk masa depan korang jugak.

Tuesday, March 22, 2011

berita baik ... berita buruk

semalam aku ada appointment kat hospital, mcm biasalah kan ..

cepat pulak dpt jumpa doktor, appointment kul 9.30 .. kul 10.30 doktor dah panggil. bila jumpa doktor, dia riview balik result darah yg amek 2 mggu lepas. Sebelum tu dia bgtau sbb aku dah tak diserang sawan lagi, last tahun 2009 dia turunkan dos ubat. Kalau tak aku kena makan 2 biji pagi, mlm .. so start smalam doktor suh makan sebiji pagi, mlm. Tp dia kata klu dah kurang dos ni klu kna balik kna mkn balik 2 biji.

tp berita lain pulak yg dpt ... hu3 .. bila dia review result darah semua ok .. hati, buah pinggang, tiroid pun dah ok cuma satu ni ajer .. kencing manis !! dah 2 kali check, 2-2 tggi .. sblum ni lps 6.75 smalam dlm 7 sumthing yg mmg dah melepasi tuk kencing manis dan aku terpaksa start ubat kencing manis ... huhuhu. doktor tu kata aku tpaksa start dari usia muda .. lgpun ayah aku mmg ada kencing manis, x leh nak wat apalah. Aku dah kurg mnum air manis2, nasi pun sehari skali ajer aku makan, tak pernah bertambah. Tp kalau nak dpt .. nak wat camner kan? lgpun dah mmg keturunan x leh nak larilah.

Semoga Berjaya !!


Semalam last day tuk member opis yg dpt bertukar ke Ipoh .. alhamdulillah, dpt bersama2 ngan suami akhirnya.. Nor, akak ucapkan semoga berjaya di tempat baru .. nnt slalu calling2 ktorg k :)
jaga baby dlm perut elok2 dan semoga selamat semuanya nanti .. insyaAllah

Monday, March 21, 2011

MAPEX 2011

Baru2 ni dari Jumaat-Ahad ada wat Pameran Hartanah kat Midvalley .. MAPEX 2011. So hari Sabtu aku ngan en bard g lah sana sbb mmg hajat dihati nak cari rumah. Harap2 berjumpalah yg berkenan.
Ktorg sampai terus cari pemaju tuk Kota Warisan .. sbb tau ada projek baru naik kat c2. Bila sampai booth tu tinjau2lah sekejap pas2 terus cari staffnya. Tanya punya tanya dah berkenan rumah single storey kat situ, harganya boleh tahan lah .. RM195,300 .. bukanya 20x70. design pun cantik ..
terus booking lot, dan dpt umah nombor 77 .. mula2 nak cari nombor 80 tp yg tu kat fasa 1 .. dah sold out, ktorg punya fasa 2 .. kira oklah 77, besday aku 7 Julai he3. Kalau ikut progressnya siap end 2012 .. harap2 x ada masalahlah sbb setakat ni aku tgk projek2 kat Kota Warisan semua ok.
walaupun perumahan ktorg jauh ke dalam tp x pe lah kan, x kan nak tggu lagi .. harga rumah dgr2nya nak naik 20% by Jun nanti.

Thursday, March 17, 2011

cuti2 malaysia

hmm .. ari ni baru masuk opis setelah 3 hari aku n family g bercuti di Kedah, rumah ayah en bard :) letih pun tak ilang lagi ni .. sampai mlm tadi kul 9.30.

kali ni balik mmg puas berjalanlah .. isnin g tanjung dawai, g beli barang2 kering mcm ikan bilis, ikan masin .. mcm2 jenis ada. Tgk ikan2 pun semua segar2, ye lah nelayan baru bawak naik darat kan? balik tu sggh sg petani sbb teringin sangat nak makan Radix Fried Chicken .. mmm mmg sedap arr, tak ada campur perasa cuma herba .. kira tak muak lah kan. Bilalah nak bukak cawangan kat sini, kata nak bukak besar punya kat Shah Alam.

hari kedua jalan2 area Perlis, mula2 g Gua Kelam .. ada sungai ingat nak bawak anak2 mandi tp airnya kering, cetek. Pas2 nak masuk gua kelam tutup pulak sbb banjir ari tu .. Pas2 chow g Wang Kelian tp tempat tu bukak Jumaat-Ahad .. hari biasa tak byk kedai tp rambang matalah jugak tgk barang2 kat c2 especially brg2 mainan budak yg kat sini jual sampai RM20 sana RM10 ajer.

Lepas Wang Kelian g Padang Besar, kat cni mmg arr ... mcm2 ada jual. Macam2 aku beli kat sini, dptlah rembat toto Narita, tudung2 ngan kraftangan tuk sedara mara. Destinasi seterusnya Bukit Kayu Hitam, saja je lah nak jalan2 ... dapatlah masuk sempadan Thailand tu g Zon Bebas Cukai, tp tak berkenan pulak barang2 kat c2. Nak balik tu kira nak masuk Malaysia balik, huihhh jln sesak ... kat c2 nmpk lah mcm2 gelagat org2 kat c2. Makan malam kat Jeti Kuala Perlis, makan dalam hujan ... he3.

hari Rabu tghari g Gunung Keriang, nak cari souvinier tuk member2 opis .. kat sini mcm2 bentuk kristal ada .. nak yg kecik harga puluh2 sampailah yg besar harga RM6k++. Cantik2 lah, dengar kata dorg panjat gunung tu amek sndiri kristal2 ni. Balik dari gunung keriang singgah pekan rabu beli kuih2 pulak nak bawak balik KL. Beli kuih yg tak pernah nampak kat KL, boleh?? hihihihi.

Petang tu dlm kul 5 ktorg gerak dari Alor Star dan alhamdulillah selamat sampai ke rumah :)
gambar2 nnt aku upload kat umah sbb kat opis kabel hp aku tak leh masuk .. tu lah lupa bawak kamera, pakai kamera hp ajer lah ... he3.

Friday, March 11, 2011

-last day sekolah-

hari ni budak2 last sekolah .. sbb sok dah start cuti sampai 20hb Mac 2011. aisyah pun dah abis exam semalam, insyaAllah semoga dia dapat result yg ok sbb exam yang ni penentu kelas sama ada kekal, naik atau turun kelas.

syahmi pun aku dah selesaikan hal pendaftaran tuk masuk praskolah tahun 2012 ngan tahun satu 2013. skrg ni dah tak isi2 borang .. terus klik online www.didik.my/sppm. Tak taulah klu negeri2 lain mcm mana sbb Putrajaya dah start guna online. Pendaftaran ni start 1 Mac 2011 hingga 31 April 2011. Lepas isi online kena print out pas2 kena bawak lah benda2 yg dorg suh bawak dlm slip tu macam surat beranak, surat nikah ibubapa, bil api/air, ic ibubapa.

harap2 lah syahmi dpt masuk prasekolah satu sekolah ngan Aisyah .. senang sket sbb kakak dia dah ada.

Thursday, March 10, 2011

-blog ku bersawang-

sawang ke? ye lah kot .. he3 .. lama betul tak hapdet apa2 dalam blog ni ..
ye lah, kat opis tak nyempat ... kat umah pulak sejak skrin laptop aku tu dah mengong
nak bukak fb pun aku malas!! tu duit tu ... huhuhu

mggu ni sampai mggu depan sibuk sungguh .. cewahh. Sabtu ni g Sungkai ada kenduri kawen sedara en bard aku .. Ahad pulak naik lagi Perak .. ke Tanjung Piandang pulak, yg ni member opis kawen .. Selamat Pengantin Baru Ida !!!! :) yg ni kami pergi rombongan satu bas ...

dan insyaAllah 14-16 Mac kitaorg g Kedah pulak, balik umah ayah en Bard.
ohh ye .. adik ipar aku pun tgh tggu masa nak bersalin .. harap2 semua okaylah

Thursday, January 6, 2011

-hujan lebat dan keletihan-

petang semalam masa nak ambil aisyah dari skolah kafa hujan lebat sangat ... dengan anginnya .. pas2 kesian kat budak2 sekolah yg balik sendiri basah2.
smalam pun aisyah dah dapat uniform kafa dia, tahun ni skolah dia wat kain kaler coklat .. tahun lepas biru nila. buku teks ngan buku tulis pun dah dapat.
lps ambil aisyah dari skolah terus pegi dengkil sbb dah janji nak tgk rumah .. alhamdulillah kami mmg berpuas hati dgn rumah tu dan harap2 adalah rezeki kami nnt nak dptkan rumah tu.
lps maghrib aisyah pegi mengaji, balik hampir kul 9 .. pas2 dia main2, tgk tv kejap ..
x lama pas2 dia ambil bantal, dia cakap 'ibu along nak baringlah' aku kata ok je lah sbb aku pun leka berFB hahahaha ... tau2 ajer aku dgr aisyah tdo berdengkur, alahaiiii siannya anak aku. mesti dia keletihan sangat tu ... nak buat mcm mana, aku buat semua tuk kebaikan dia .. aku takut tgk budak2 zaman skrg ni yg dah terlebih advance. Aku nak anak2 aku berilmu .. cabaran tuk dorg skrg ni amat tinggi. Tak apa lah, mula2 ni ajer lps ni mgkin dia akan biasakan diri.

Wednesday, January 5, 2011

-rumah ku syurgaku-

inilah kuarters yang aku duduk sekarang ..

sekarang ni aku ngan en bard sibuk nak beli rumah .. dah beberapa hari ktorg meronda cari rumah. Kalau boleh nak carilah rumah teres, nak merasalah dok rumah ada tanah ni ... ye lah kan skrg ni dok rumah tggi.

hari tu dah merayau area desa pinggiran putra pas2 dah dapat satu rumah ni harga dia RM175k tp bila dah tgk rumah tu rasa mcm x berkenan pulak sbb kecik. G Dengkil ada satu kondo baru siap - Putra Intan Kondominium so ktorg g lah kondo tu, kebetulan ada org kat c2 ktorg tanyalah. Dia kata unit yg kosong tggl dlm 20 lebih ajer pas2 dia bg no tipon org yg btanggungjawab pasal kondo tu. Bila call dia kata kuota tuk bumiputra tggl 1 unit jer, itupun kat tgkt 9 ... harga dia RM167k dan dia nak deposit RM9k. Hmm .. rumah tu mmg cantik dan aku tgk mcm besar dan lagi satu kondo tu tak tggi .. sampai 9 tgkt ajer. Tapi aku ni gayat tmpt tggi2 ni ...

petang ni ada janji nak g tgk umah kat Dengkil Jaya, nak jual RM145k .. rumah tu dia dah renovate. Tgklah petang nanti mcm mana ... berkenan ke x. Ktorg susah nak cari rumah jauh2 sbb aku tak boleh bawak kereta pas2 en bard aku keje ikut shif. Aku nak amek lesen kereta tp bila pk2 balik pasal sakit sawan aku tu, aku jadi takut. Ye lah sakit aku tu bukan boleh tau dia nak datang ... tau2 ajer datang mengejut. Nak beli rumah yg baru nak buat risau gak ... klu pemaju tu ok x pe .. takut yg jenis penipu ni kan naya.

Tuesday, January 4, 2011

- AISYAH N SYAHMI -

ni posting aku yg pertama di tahun 2011 dan posting pertama ni aku nak cerita pasal 2permata hati aku yang masing2 start bersekolah. Aisyah di tahun 1 dan Syahmi tadika Kemas.

Hari orientasi tuk Aisyah 30hb Disember lepas, sib baik dpt cuti hari Jumaat tu sempena Malaysia menang bola .. x ada lah kelam kabut. So hari pertama tu kena bayar yuran, ambik buku teks pastu ada taklimat tuk parent. Budak2 tu dlm kelas ngan cikgu dorang. Aisyah dapat kelas 1 Angsana dan ramai gak kawan2 dia masa pra-sekolah dulu dpt satu kelas ngan dia. Aku tak amek sgt gambar2 dia .. adalah sket :)







3/1/2011 - hari pertama anak2ku ke sekolah, aku risau dorg susah nak bangun pagi sbb mlm tu tak tau kenapa kami 3 beranak tak leh tdo ... masing2 tdo kul 2 lebih, pastu kul 6pagi dah bangun. Mula2 kejutkan aisyah dulu suh mandi sbb aku cuti, klu aku keje aku wajib mandi dulu he3. Susah gak nak kejutkan tapi lepas tu ok dah .. Lepas Aisyah mandi kejutkan si kecik tu pulak, aku risau gak sbb dia tak pernah bangun awal mcm tu sbb kdg2 angkat dukung g taska aje sbb dia still tdo lagi. Pastu kalau paksa bangun dia kdg2 wat perangai tp alhamdulillah semalam dia ok. Bila dah pakai baju semua semangat nak g sekolah .. he3. Kat bawah ni antara gambar2 yg aku snap sblum g sekolah







mula2 hantar Aisyah ke sekolah dulu sbb dia ada perhimpunan, so kul 7.15 dah kuar rumah .. tp jalan sesak ... en bard benti kat tepi kuarters fasa 4b pas2 aku bawak aisyah melintas ke sekolah. Mula2 igt nak antar sampai pintu pagar ajer, tp biasalah .. ibu kan, naluri nya lain he3. Aku hantar dia sampai ke kelas pastu sblum tgglkan dia mcm2 lah pesanan penaja dari aku ni hi3. Aku tak tggu pun dia sbb aku tahu Aisyah sorang anak yg cerdik, berani, pandai berdikari (mcm aku .. perasan hi3)sbb aku dulu pun sekolah tak pernah parent aku tggu.

lepas hantar Aisyah ktorg patah balik ke rumah nak hantar syahmi pulak ke tadika Kemas bawah rumah tu. Bila sampai tadika belum bukak lagi so lepak2 dulu kat playground pas2 bila cikgu dah sampai aku hantar dia. Aku ngan syahmi ni lemah sket sbb dia manjaaaaaa sangat ... lagi2 ngan aku dan aku rasa mcm susah nak lepaskan dia g sekolah :D tp aku kuatkan hati aku. Lepas aku dudukkan dia aku tgk dia diam ajer, yg lain dah jumpa geng boleh borak2 tapi anak aku sorang ni senyap ajer ... tunduk je muka .. aduhhh tu yg aku lemah. Ikut aku ke pemalu ni?? Lama gak aku nak gerak dari situ, rasa mcm berat je kaki nak melangkah .. he3 ..

Tengahari lain pulak ceritanya, aku mmg tak ambik syahmi dari tadika sbb aku nak ajar dia balik sendiri ke taska yg x jauh dari tadika tu. Lgpun kat tadika ada 5 org satu taska ngan dia, aku jenguk dari jauh ajelah. Aku tggu2 gak dia kuar tp x muncul2pastu nmpklah si kecik aku tu kuar, org last sekali. pastu aku tak nmpk dia .. geng2dia pun sama. Tak lama pas2 ada call masuk, mak kpd budak yg satu taska ngan anak aku dia kata syahmi nangis nak ibu ... aduuhhh aku dah cakap dah !!! mesti akan jadi punya. terus aku g sana, bila nampak aku lagilah dia sedih hahahaha. Puaslah aku pujuk dia .. sib baik dia nak g taska.

Alhamdulillah hari ni hari ke2 semua lancar tuk anak2 aku. Dan tuk syahmi aku dah ckp jgn buat mcm semalam lagi dan aku dah suh dia balik ngan kawan2 dia. Tp aku suh gak en bard aku tgk2kan dia dlm seminggu ni. Tengok dari jauh aje ...