Thursday, February 20, 2014

PENGKALAN BALAK, MELAKA

assalamualaikum ..

kali ni nak cerita pasal kami bercuti di Pengkalan Balak, 8&9 Februari lepas. percutian kali ni disponsor oleh adik aku :) kami menginap di Seraya Pantai Chalet .. ambik chalet satu katil queen dengan harga RM90 semalam.

kami gerak agak lewat sikit hari sabtu tu dalam pukul 10 pagi .. berhenti rehat dekat RnR Seremban untuk minum pagi .. hari tu kami pegi Linggi kami ikut Alor Gajah, Melaka tapi kali ni kami masuk ikut tol PD. Kami sampai chalet dlm pukul 2.15 macam tu lah .. kira ngam2 untuk check in :) Lepas dapat kunci kami terus pegi chalet kami .. sebelah menyebelah ajer. dah siap turunkan beg2 ngan barang semua .. rehat2 kejap, solat semua .. lepas tu keluar cari makan .. lapar. makan laksa aje sebab petang tu nak buat bbq tepi pantai. sedapnya makan laksa tepi laut dengan angin laut ..

balik bilik rehat lagi sebab janji dengan anak mandi lepas asar .. so golek2 lah atas katil dulu dan dalam pukul 5 baru kami turun laut. anak2 dengan hasben saja mandi, aku tak ... main2 air ajer :) hasbenlah yang layan anak2 mandi, aku tengok dari tepi aje sambil snap2 gambar. lepas tu adik aku baru turun laut so dia pulak mandi dan tengok anak2 aku. hasben pulak sediakan barang untuk bbq, nak buat macamana tak dibenarkan apa2 aktviti masak di dalam kawasan chalet.

dalam pukul 7 baru panggil anak2 makan .. aku beli pulak nasi lemak kat gerai2 tepi tu .. time lapar semuanya sedap kan?? hehehe .. kami makan cepat2 sebab hari dah nak gelap, lampu jalan mula2 pasang lepas tu padam pulak .. nak dekat pukul 8 baru balik chalet, chalet ni ada pintu terus ke bilik air so anak2 masuk ikut pintu bilik air so tak ada lah basah bilik nanti.

nanti nak datang sini lagi kalau teringin nak bercuti .. lagipun sini kedai makan banyak :)













ni no contactnya

SERAYA PANTAI CHALET
KG HAILAM
PENGKALAN BALAK
MASJID TANAH 78300
MELAKA
TEL       : 012 6188499/06 3540314
E MAIL :  chaletseraya@gmail.com

Monday, February 10, 2014

RUMAH KAMI - WARISAN BESTARI

assalamualaikum ..

hari ni rajinlah pulak nak update blog hahahaha .. kali ni nak cerita pasal rumah kami yang kami beli di Dengkil, Selangor. Nama taman ni Taman Warisan Bestari bawah projek GemaPadu. Rumah ni kami beli tahun 2011 dan dapat kunci bulan Julai 2013. Harganya RM195k kami share loan guna pinjaman perumahan. Aku ambik loan lebih dari hasben sebab kelayakan aku RM160k. Rumah kami single storey saja dan keluasan 20X70.

sebenarnya dah ramai jiran2 berpindah masuk .. kami aje belum lagi, banyak benda nak buat. kami buat sikit2 aje, orang kata buat yang penting2 dulu. kami buat kitchen kabinet ngan grill dulu... 

jom kita layan gambar 



grill ni kami dapat harga RM2,100 ... depan saja berukir2 macam ni tapi belakang grill biasa aje .. kami ikutkan nak ambik yang simple aje sebab budget bawah RM2k saja. nasib baik brother yang buat ni boleh bawak berunding :) 



kitchen kabinet pun kami ambik simple2 aje .. table top melamine .. yang ni semua bawah RM4k. kebetulan masa kami pegi survey kedai ni buat promo akhir tahun .. kabinet 10 kaki atas bawah RM2,900 dpt free hood, dapur, sinki ngan dish rack. Lepas tu kami tambah meja bar dalam RM700 dan upah semua dalam RM3,600.. Kedai ni di Kedai Mara Kajang, sebelah dengan Metro Kajang .. nama kedainya Anggun Kabinet rasanya .. lupa huhuhu. Kat kedai ni pun boleh buat bayaran ansuran mudah :)

lepas ni nak cari lampu2 dan kipas pulak .. harap2 sebelum raya dapatlah pindah rumah baru. tak sanggup potong 2 rumah huhuhu .. dengan potong kuarters lagi .. tapi semuanya bergantung pada hasben aku sebab dia akan berkursus Polis Bantuan. sebab tu kami tak boleh pindah lagi sebab rumah baru kami ni tak ada kemudahan pengangkutan lagi. Lagipun aku kan tak boleh drive .. so tunggu dia habis kursus lepas tu baru pindah. dengar2 nya kursus tu bulan Mac nanti, 2 bulan tak ada di rumah.

MANDI DAN PIKNIK DI BAGAN LALANG


assalamualaikum ..
sebenarnya cerita mandi2 ni dah berlalu seminggu yang lepas :) biasalah mood rajin tu susah sangat nak sampainya .. kami pegi Bagan Lalang ni masa cuti hari wilayah yang ditunda ke 3 Februari 2014 dan jatuh pulak masa harijadi Aisyah .. alang2 tu sambut sekali besday Aisyah sekali. Kami pergi 2 kereta .. sib baik 2-2 mpv boleh sumbat ramai2 hahahaha .. aku satu family, abg ipar satu family, adik ipar satu family, mak mertua ngan adik ipar pompuan. Sorang lagi adik ipar aku yg baru kawin .. dorg datang naik motor. Kami dari Gombak dalam pukul 1 lebih, kami gerak dulu sebab nak singgah Dengkil beli kek .. ingat nak beli kek kat area Sg Pelek atau Sepang tapi takut kedai tutup .. kan still raya cina. Bila sampai je angin teramatlah kuatnya .. sampai2 aje lepas bentang tikar semua terus potong kek sbb budak2 dah nampak laut semua tak sabar2 padahal masa tu air tak pasang lagi.


 HAPPY BESDAY ALONG !!!!





lepas aje potong kek, makan2 semua .. aktiviti kami ke laut lah .. disebabkan air belum pasang lagi kami jalan sampai ke tengah laut .. jom tengok gambar


 my MIL dengan menantu2 perempuannya :) aku tak ada sebab aku tukang ambik gambar hehehe

 aisyah dan kakak sepupunya .. masa ni kami dah kat tengah2 laut

















Thursday, February 6, 2014

MAKAN-MAKAN DI FORT SUPAI

Assalamulaikum ..
Baru-baru ni masa cuti CNY, kami sekeluarga ke Melaka .. nak makan seafood kat Umbai. Kebetulan adik aku baru gaji dan memang tiap2 kali gaji dia ajak makan luar. Bulan lepas dia belanja makan kat Jeram.
So kami gerak dari Putrajaya pukul 1 tengahari dan dah tau hiway PLUS tersangatlah jem, kami ikut hiway belakang (ELITE) keluar ke Nilai.

Belum sampai susur ke Nilai tengok kereta dah start slow .. memang banyak kereta lah. Kami sampai tol Simpang Ampat dalam pukul 3 petang. Ingat nak terus pergi Umbai, lepas tu ternampak signboard Pengkalan Balak .. ke sana pulak nak tengok pantai lah kononnya. Dalam perjalanan ke sana nampak signboard ke Linggi, hasben tiba2 cakap member dia kata ada tempat makan best kat Linggi, nama dia restoran terapung. So kami decide pergi Pengkalan Balak dulu. Sampai2 aje punyalah ramai manusia .. ye lah waktu cuti kan. Anak2 mulalah nak main pantai tapi aku tak bagi sebab aku tak bawa baju, mana tau nak ke pantai. Asalnya nak pegi makan je kan? Bila dah tak bagi mulalah buat muka .. hmm .. last2 hasben bagi idea dia cari chalet kat area situ nak booking untuk 8hb Februari (Sabtu ni) .. dapatlah booking so sabtu ni kita g mandi laut k :)

Dah abis jalan2 kami nak g Umbai .. masa ni dah pukul 5 petang .. aku cakap dengan hasben nak pegi Umbai jauh nak keluar balik .. check maps 43km lagi huhuhu .. pastu kami buat keputusan redah aje ke Linggi nak cari restoran terapung tu sbb check dalam 17km .. dekat je kot ... Jalan je ikut signboard akhirnya sampai jugak dan nama restorannya Restoran Terapung Fort Supai .. masa kami sampai dalam pukul 6 dorang baru bukak. So kami rileks2 dulu ambik angin kat tepi laut .. Bila tengok dorang dah siapkan ikan2, ketam semua baru pegi order. Kami ambik ketam, sotong, siakap, ikan kembung, cencaru ngan tomyam ayam. So biar gambar berbicara :)

 restorannya di tengah laut

 siakap tiga rasa .. marbeles!!


sotong tepung dia memang sedap .. selain dari Senandung Malam, Bagan Lalang yang memanglah kaw!!

ikan kembung bakar 

inilah set makan kami :)







memang puas hati makan kat sini .. dengan harga yang murah, berpatutan dan yang penting sedap!!! boleh masuk dalam diary kami ni .. maklumlah kami ni suka JJCM hehehe. Balik kami ikut PD sebab Linggi ni kira sempadan dengan PD .. ada masa kami nak repeat lagi :)

Monday, January 20, 2014

MONDAY BLUES ???

Assalamualaikum ..
Hari ni hari Isnin setelah empat hari bercuti dari hari Khamis lepas .. actually cuti am dari Jumaat tapi aku ambik sehari awal so dapatlah 4 hari .. Bukan saja2 ambik cuti tapi ada banyak urusan dan alhamdulillah semua dah settle.

Hmm .. sampai opis tak tahu nak buat apa .. keje tak de.. ye lah tempat aku ni awal2 bulan yang sibuk sebab orang hantar claim, OT semua .. time macam ni memang jaranglah ada kerja .. sistem pun tak berapa nak ok hari ni so semua buat hal sendiri huhuhu .. aku dah sampai menguap2 depan pc ni ..

Tu lah kan tak biasa tak ada kerja .. masa kat tempat lama tu memang bz dengan kerja yang sentiasa ada ..
Tapi pun sini kalau tiba masa banyak kerja tu memang stress jugak huhuhuhu ... Bila banyak baucar2 nak proses kadang2 sampai tak bergerak dari tempat duduk .. setel je datang lagi timbun2 ..

Dalam tak ada kerja ni aku pun godek2 lah internet .. kononnya nak pergi bercuti nanti .. sampai sekarang aku dengan hasben belum terfikir nak pergi mana .. aku nak pergi tempat yang boleh menenangkan fikiran .. boleh relakss .. tengoklah nanti aku short-list kan ..

Sunday, January 12, 2014

SERONOKNYA MEMANCING

Assalamualaikum ...

First entry tahun 2014 .. lamanya tak update blog :)
Alhamdulillah tahun 2013 banyak kenangan .. pahit dan manis. Biarkan semuanya berlalu .. kita buka buku baru :)

Nak cerita pengalaman pergi memancing .. first time bawa anak-anak. Takut juga kalau dorang bosan tapi tak .. lagi mereka suka :) Port kami Laguna Park, Pulau Indah .. Senang saja nak pergi sini, kalau dari Putrajaya ambik hiway SKVE turun ke Tol Pulau Indah dan dari situ dalam 5-10 minit kita dah sampai :)
Tak berapa syok sebab air tak pasang jadi yang dapat anak2 ikan saja ... itu pun dapat memancing tepi2 saja sebab kat tengah2 dah ada orang.

Kali pertama campak joran dah dapat naik anak ikan senangin .. lepas tu anak ikan gelama. Syahmi pun dapat seekor, anak ikan apa tak pasti tapi excitednya dia tak usah cakaplah hehehe .. Yang lain dapat ikan buntal .. hasben kata ikan tu beracun dan bagi kaki pancing kata kalau dapat buntal kira macam bad luck lah. Ada makcik tu dapat naik ikan sembilang .. besar jugaklah .. suka dia suami isteri

Jom kita layan gambar