Tuesday, May 25, 2010

Apa kata doktor?

Semalam aku ada appointment kat Hospital Putrajaya. Biasalah, pasal sakit aku yg satu tu. Tak sangka pulak appointment kali ni resultnya tak menggembirakan hati aku. Sebabnya hasil result darah yg diambil 2 mggu lepas tak berapa ok. Salah satunya kandungan ubat dlm darah yg aku ambik skrg ni rendah. Sepatutnya dpt antara 50-100
tp aku punya 36 saja, separuh dari sepatutnya. Doktor suggest nak tambahkan dos tuk aku, skrg ni aku mkn 2 biji pagi dan mlm dan doktor nak aku amek 3 kali sehari.
Aku bgtaulah doktor tu baru2 ni aku tergigit lidah waktu tidur dan doktor kata itu tanda sawan aku dtg balik. Dan salah satu sbbnya ialah dos ubat dlm darah tu yg rendah.
Doktor tanya aku ada tertinggal makan ubat ke? mmg pun ada tertinggal hari tu .. so dia bg nasihat .. jgnlah aku tertinggal lagi mkn ubat. Lepas tu dia tgk result darah yg lain, dia bgtahu yg kandungan kolesterol aku tggi .. dan bila kolesterol aku tggi bermakna kandungan darah dlm hati pun akan naik. Itu boleh menyebabkan hati aku boleh rosak .. hu3 .. risaunya aku dgr. Doktor tu tunjuk graf result darah aku .. x konsisten. So dia bg nasihat suh aku kontrol mkn benda berminyak, bergoreng ..
Dan lagi 2 bulan aku kna dtg balik tuk ambik darah lagi, nk tgk resultnya mcm mana. Klu still rendah lagi kandungan dos ubat tu aku mgkin dibekalkan ubat lain sbb dos yg aku ambil skrg ni dah maksimum. En Bard aku tanya adakah bila aku makan ubat sawan tu dia akan hilangkan sakit aku, doktor kata tak .. sawan tu ttp ada cuma ubat tu hanya utk kontrol sawan sahaja. Bila doktor ckp mcm tu aku rasa macam tipis saja harapan aku tuk pregnant lagi :(
Doktor ada tanya samaada aku nak pregnant lagi ke? Aku jawab ya .. tp bukan dlm masa terdekat ni, mgkin 2011@2012 .. Dia bgtau kalau aku nak pregnant kna bgtau dorg dulu sbb bila aku dah pregnant aku tak boleh mkn ubat yg aku mkn skrg sbb ubat tu ada drug skit takut effect kat baby. Aku kna tukar dan klu tak serasi tukar lagi ubat. Ya Allah ... dugaan apakah ini. Tapi aku redha dgn semua yg terjadi. Aku bersyukur sbb aku ada suami yg byk menyokong aku selama ini.
So, skrg ni aku kena berhati2 dan x boleh tertggl mkn ubat.