Saturday, April 20, 2013

MARILAH MARI .. KITA MENGUNDI

assalamualaikum ...

hari ni sedia kita maklum hari penamaan calon ... lepas ni meriah lah kawasan masing-masing dengan bendera2, lawatan dan ceramah2 ..

tahun ni kali ke 3 aku mengundi .. sama jugak dengan en bard aku. kami mengundi di Putrajaya dan mungkin kali ni kali terakhir mengundi di sini sebab lepas ni mana tahu pindah ke Sepang .. jadi warga Sepang undi kat sana pulak :) rugi dah 2 undi kat kami hehehehe

Parlimen Putrajaya kali ni calon dia antara penyandang BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan calon dari PAS Datuk Husam Musa.

so kepada semua bakal2 pengundi buatlah pilihan yang bijak ok :) tak payah lah sampai nak bergaduh sana sini .. masing2 ada pilihan masing2 kan? orang tu kata macam ni yang kita macam ni tapi orang yang dicalonkan tak ada apa2 kan .. yang sakit diri kita sendiri .. betul tak? :)

Saturday, April 6, 2013

JALAN-JALAN PULAU PANGKOR part 2

okay .. kita sambung lagi cerita percutian kami ke Pangkor ..
dah penat-penat mandi laut malam tu kami ke Teluk Gedung semula sebab ada buat makan BBQ. sementara nak tunggu semua bahan sedia, kami pergi jalan-jalan ke Kota Belanda dengan Batu Bersurat yang tempatnya dekat sahaja dengan rumah saudara en bard .. kami jalan kaki dalam 100-200 meter je rasanya.
so kita tengok gambar-gambar dulu yer ...

ni namanya ikan buntal yg telah diawet .. sampai skrg terfikir mcm mana dorang keluarkan isi2 dalam perut ikan tu ..
 macam-macam saiz ada

tu batu nya

kota belanda





 BBQ time !!



dalam pukul 10 malam kami balik semula ke chalet .. kemas-kemas baju semua sebab esoknya nak balik dah ... cukuplah percutian 3 hari 2 malam kami ke Pulau Pangkor dan kalau jadi tahun depan kami nak ke Langkawi pula :) insyaallah ... kena berjimat dan mengumpullah lepas ni

Friday, April 5, 2013

JALAN-JALAN PULAU PANGKOR part 1

assalamualaikum ...
lamanya tak update blog ni .. siannya dah bersawang. nak buat macam mana mood mengarang dah hilang.

hari ni nak cerita pasal percutian family besar en bard aku ke Pulau Pangkor masa cuti sekolah baru-baru ni, 28-30 Mac 2013. rombongan kami seramai 19 orang .. kami naik bas ekspress transnasional dari Hentian Duta ke Lumut. bas kami pukul 10.45 pagi dan alhamdulillah memang menepati masa :)

 bas yang macam ni lah kami naik

seat dalam bas .. kami aje kongker separuh bas hahahaha ...

* gambar ehsan en google ^_^

ikutkan perjalanan mengambil masa 4 jam ... so dalam pukul 11 pagi bas pun bergerak dari Hentian Duta. dah lama tak merasa naik bas ekspress ni .. ye lah selalu naik kereta, train atau flight. en bard kata lepas ni nak merasa naik cruise pulak hihihihi. seronok lah masing-masing dalam bas .. anak aku syahmi sepanjang perjalanan tak tido punya excited naik bas.

sepanjang hiway PLUS tu aku tido-tido ayam ... nak tengok bas ni susur mana :) bas ni susur ke Sungkai, aku ingatkan ikut Bidor. Dah masuk jalan lama .. apa lagi masing2 tido lah ... Bas ni memang tak berhenti mana2 RnR tapi masa dekat Teluk Intan driver tu berhenti dekat stesen minyak pastu dia bagi kebenaran siapa2 nak turun pergi toilet. Lepas tu teruskan perjalanan ke stesen bas Manjung, ramai yang turun kat situ.

kami sampai Lumut dalam pukul 3 petang .. terus cari kedai makan .. lapar ... lepas makan terus ke Jeti tengok tiket ada yang pukul 3.45 petang so terus ambik ... tapi sedihnya tak dapat tempat duduk dalam feri .. nasib baiklah dekat ajer Pangkor tu. 

sampai Jeti Pangkor dalam pukul 4.15 lebih kurang .. terus ambik teksi ke Teluk Gedung rumah saudara en bard, kami ambik 2 teksi pink :) sampai sana anak-anak syok lah sebab belakang rumah aje laut .. tapi aku tak galakkan anak-anak mandi sebab kotor .. budak-budak kat situ selamba ajer aku tengok mandi2.

 aisyah posing kat tepi laut

tu ler budak tak pernah jumpa pasir hahahaha

lepas lepak2 kat Teluk Gedung .. kami ke chalet yang ditempah last minit .. sib baik ada yang kosong sebab kami datang hari khamis .. kalau wiken memang tak ada lah kosong .. dapat chalet kat Teluk Nipah .. okaylah kan sebab kat situ lah tempat yang happening :) actually kami dah pernah sampai Pangkor masa tu pergi dengan family aku .. lepak kat chalet Teluk Nipah jugak.

aksi aisyah dengan makcik2 saudara dia dekat chalet
* gambar cilok FB mak teh en bard ^_^

esoknya lepas breakfast kami semua terjun laut ... lama jugak aku tak mandi laut .. kalau pergi pun setakat duduk tepi ajer tengok anak2 mandi :) so tak payah cerita banyak kita tengok gambar je lah ye ...

 semua serbu ...


 opah, mak tam n mak teh




 batu bentuk ikan paus

 batu bentuk kepala buaya
 sebahagian dari rombongan kami .. ni snap masa nak naik bot pusing2 pulau .. satu bot RM70

 adik dgn sepupu dia Haziq


 mak su (yg atas) ngan adik ipar aku

 mak teh


 anak bujang ni lah yang paling seronok sekali .. pandai dia mengapungkan diri .. macam2 gaya

 along @ Aisyah

 anak buah .. Haziq ngan Yana

 my MIL ngan aisyah

yeaayyyy ...

stop sampai sini dulu ... nanti sambung lagi k :)