lamanya tak update blog ni .. siannya dah bersawang. nak buat macam mana mood mengarang dah hilang.
hari ni nak cerita pasal percutian family besar en bard aku ke Pulau Pangkor masa cuti sekolah baru-baru ni, 28-30 Mac 2013. rombongan kami seramai 19 orang .. kami naik bas ekspress transnasional dari Hentian Duta ke Lumut. bas kami pukul 10.45 pagi dan alhamdulillah memang menepati masa :)
bas yang macam ni lah kami naik
seat dalam bas .. kami aje kongker separuh bas hahahaha ...
* gambar ehsan en google ^_^
ikutkan perjalanan mengambil masa 4 jam ... so dalam pukul 11 pagi bas pun bergerak dari Hentian Duta. dah lama tak merasa naik bas ekspress ni .. ye lah selalu naik kereta, train atau flight. en bard kata lepas ni nak merasa naik cruise pulak hihihihi. seronok lah masing-masing dalam bas .. anak aku syahmi sepanjang perjalanan tak tido punya excited naik bas.
sepanjang hiway PLUS tu aku tido-tido ayam ... nak tengok bas ni susur mana :) bas ni susur ke Sungkai, aku ingatkan ikut Bidor. Dah masuk jalan lama .. apa lagi masing2 tido lah ... Bas ni memang tak berhenti mana2 RnR tapi masa dekat Teluk Intan driver tu berhenti dekat stesen minyak pastu dia bagi kebenaran siapa2 nak turun pergi toilet. Lepas tu teruskan perjalanan ke stesen bas Manjung, ramai yang turun kat situ.
kami sampai Lumut dalam pukul 3 petang .. terus cari kedai makan .. lapar ... lepas makan terus ke Jeti tengok tiket ada yang pukul 3.45 petang so terus ambik ... tapi sedihnya tak dapat tempat duduk dalam feri .. nasib baiklah dekat ajer Pangkor tu.
sampai Jeti Pangkor dalam pukul 4.15 lebih kurang .. terus ambik teksi ke Teluk Gedung rumah saudara en bard, kami ambik 2 teksi pink :) sampai sana anak-anak syok lah sebab belakang rumah aje laut .. tapi aku tak galakkan anak-anak mandi sebab kotor .. budak-budak kat situ selamba ajer aku tengok mandi2.
aisyah posing kat tepi laut
tu ler budak tak pernah jumpa pasir hahahaha
lepas lepak2 kat Teluk Gedung .. kami ke chalet yang ditempah last minit .. sib baik ada yang kosong sebab kami datang hari khamis .. kalau wiken memang tak ada lah kosong .. dapat chalet kat Teluk Nipah .. okaylah kan sebab kat situ lah tempat yang happening :) actually kami dah pernah sampai Pangkor masa tu pergi dengan family aku .. lepak kat chalet Teluk Nipah jugak.
aksi aisyah dengan makcik2 saudara dia dekat chalet
* gambar cilok FB mak teh en bard ^_^
esoknya lepas breakfast kami semua terjun laut ... lama jugak aku tak mandi laut .. kalau pergi pun setakat duduk tepi ajer tengok anak2 mandi :) so tak payah cerita banyak kita tengok gambar je lah ye ...
semua serbu ...
opah, mak tam n mak teh
batu bentuk ikan paus
batu bentuk kepala buaya
sebahagian dari rombongan kami .. ni snap masa nak naik bot pusing2 pulau .. satu bot RM70
adik dgn sepupu dia Haziq
mak su (yg atas) ngan adik ipar aku
mak teh
anak bujang ni lah yang paling seronok sekali .. pandai dia mengapungkan diri .. macam2 gaya
along @ Aisyah
anak buah .. Haziq ngan Yana
my MIL ngan aisyah
yeaayyyy ...
stop sampai sini dulu ... nanti sambung lagi k :)
No comments:
Post a Comment