Showing posts with label CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

PENGKALAN BALAK, MELAKA

assalamualaikum ..

kali ni nak cerita pasal kami bercuti di Pengkalan Balak, 8&9 Februari lepas. percutian kali ni disponsor oleh adik aku :) kami menginap di Seraya Pantai Chalet .. ambik chalet satu katil queen dengan harga RM90 semalam.

kami gerak agak lewat sikit hari sabtu tu dalam pukul 10 pagi .. berhenti rehat dekat RnR Seremban untuk minum pagi .. hari tu kami pegi Linggi kami ikut Alor Gajah, Melaka tapi kali ni kami masuk ikut tol PD. Kami sampai chalet dlm pukul 2.15 macam tu lah .. kira ngam2 untuk check in :) Lepas dapat kunci kami terus pegi chalet kami .. sebelah menyebelah ajer. dah siap turunkan beg2 ngan barang semua .. rehat2 kejap, solat semua .. lepas tu keluar cari makan .. lapar. makan laksa aje sebab petang tu nak buat bbq tepi pantai. sedapnya makan laksa tepi laut dengan angin laut ..

balik bilik rehat lagi sebab janji dengan anak mandi lepas asar .. so golek2 lah atas katil dulu dan dalam pukul 5 baru kami turun laut. anak2 dengan hasben saja mandi, aku tak ... main2 air ajer :) hasbenlah yang layan anak2 mandi, aku tengok dari tepi aje sambil snap2 gambar. lepas tu adik aku baru turun laut so dia pulak mandi dan tengok anak2 aku. hasben pulak sediakan barang untuk bbq, nak buat macamana tak dibenarkan apa2 aktviti masak di dalam kawasan chalet.

dalam pukul 7 baru panggil anak2 makan .. aku beli pulak nasi lemak kat gerai2 tepi tu .. time lapar semuanya sedap kan?? hehehe .. kami makan cepat2 sebab hari dah nak gelap, lampu jalan mula2 pasang lepas tu padam pulak .. nak dekat pukul 8 baru balik chalet, chalet ni ada pintu terus ke bilik air so anak2 masuk ikut pintu bilik air so tak ada lah basah bilik nanti.

nanti nak datang sini lagi kalau teringin nak bercuti .. lagipun sini kedai makan banyak :)













ni no contactnya

SERAYA PANTAI CHALET
KG HAILAM
PENGKALAN BALAK
MASJID TANAH 78300
MELAKA
TEL       : 012 6188499/06 3540314
E MAIL :  chaletseraya@gmail.com

Saturday, April 6, 2013

JALAN-JALAN PULAU PANGKOR part 2

okay .. kita sambung lagi cerita percutian kami ke Pangkor ..
dah penat-penat mandi laut malam tu kami ke Teluk Gedung semula sebab ada buat makan BBQ. sementara nak tunggu semua bahan sedia, kami pergi jalan-jalan ke Kota Belanda dengan Batu Bersurat yang tempatnya dekat sahaja dengan rumah saudara en bard .. kami jalan kaki dalam 100-200 meter je rasanya.
so kita tengok gambar-gambar dulu yer ...

ni namanya ikan buntal yg telah diawet .. sampai skrg terfikir mcm mana dorang keluarkan isi2 dalam perut ikan tu ..
 macam-macam saiz ada

tu batu nya

kota belanda





 BBQ time !!



dalam pukul 10 malam kami balik semula ke chalet .. kemas-kemas baju semua sebab esoknya nak balik dah ... cukuplah percutian 3 hari 2 malam kami ke Pulau Pangkor dan kalau jadi tahun depan kami nak ke Langkawi pula :) insyaallah ... kena berjimat dan mengumpullah lepas ni

Friday, April 5, 2013

JALAN-JALAN PULAU PANGKOR part 1

assalamualaikum ...
lamanya tak update blog ni .. siannya dah bersawang. nak buat macam mana mood mengarang dah hilang.

hari ni nak cerita pasal percutian family besar en bard aku ke Pulau Pangkor masa cuti sekolah baru-baru ni, 28-30 Mac 2013. rombongan kami seramai 19 orang .. kami naik bas ekspress transnasional dari Hentian Duta ke Lumut. bas kami pukul 10.45 pagi dan alhamdulillah memang menepati masa :)

 bas yang macam ni lah kami naik

seat dalam bas .. kami aje kongker separuh bas hahahaha ...

* gambar ehsan en google ^_^

ikutkan perjalanan mengambil masa 4 jam ... so dalam pukul 11 pagi bas pun bergerak dari Hentian Duta. dah lama tak merasa naik bas ekspress ni .. ye lah selalu naik kereta, train atau flight. en bard kata lepas ni nak merasa naik cruise pulak hihihihi. seronok lah masing-masing dalam bas .. anak aku syahmi sepanjang perjalanan tak tido punya excited naik bas.

sepanjang hiway PLUS tu aku tido-tido ayam ... nak tengok bas ni susur mana :) bas ni susur ke Sungkai, aku ingatkan ikut Bidor. Dah masuk jalan lama .. apa lagi masing2 tido lah ... Bas ni memang tak berhenti mana2 RnR tapi masa dekat Teluk Intan driver tu berhenti dekat stesen minyak pastu dia bagi kebenaran siapa2 nak turun pergi toilet. Lepas tu teruskan perjalanan ke stesen bas Manjung, ramai yang turun kat situ.

kami sampai Lumut dalam pukul 3 petang .. terus cari kedai makan .. lapar ... lepas makan terus ke Jeti tengok tiket ada yang pukul 3.45 petang so terus ambik ... tapi sedihnya tak dapat tempat duduk dalam feri .. nasib baiklah dekat ajer Pangkor tu. 

sampai Jeti Pangkor dalam pukul 4.15 lebih kurang .. terus ambik teksi ke Teluk Gedung rumah saudara en bard, kami ambik 2 teksi pink :) sampai sana anak-anak syok lah sebab belakang rumah aje laut .. tapi aku tak galakkan anak-anak mandi sebab kotor .. budak-budak kat situ selamba ajer aku tengok mandi2.

 aisyah posing kat tepi laut

tu ler budak tak pernah jumpa pasir hahahaha

lepas lepak2 kat Teluk Gedung .. kami ke chalet yang ditempah last minit .. sib baik ada yang kosong sebab kami datang hari khamis .. kalau wiken memang tak ada lah kosong .. dapat chalet kat Teluk Nipah .. okaylah kan sebab kat situ lah tempat yang happening :) actually kami dah pernah sampai Pangkor masa tu pergi dengan family aku .. lepak kat chalet Teluk Nipah jugak.

aksi aisyah dengan makcik2 saudara dia dekat chalet
* gambar cilok FB mak teh en bard ^_^

esoknya lepas breakfast kami semua terjun laut ... lama jugak aku tak mandi laut .. kalau pergi pun setakat duduk tepi ajer tengok anak2 mandi :) so tak payah cerita banyak kita tengok gambar je lah ye ...

 semua serbu ...


 opah, mak tam n mak teh




 batu bentuk ikan paus

 batu bentuk kepala buaya
 sebahagian dari rombongan kami .. ni snap masa nak naik bot pusing2 pulau .. satu bot RM70

 adik dgn sepupu dia Haziq


 mak su (yg atas) ngan adik ipar aku

 mak teh


 anak bujang ni lah yang paling seronok sekali .. pandai dia mengapungkan diri .. macam2 gaya

 along @ Aisyah

 anak buah .. Haziq ngan Yana

 my MIL ngan aisyah

yeaayyyy ...

stop sampai sini dulu ... nanti sambung lagi k :)



Sunday, April 22, 2012

FAMILY TRIP - PART 2

assalamualaikum ..


so hari ni aku nak sambunglah cerita cuti2 kami .. kali ni kat Langkawi pulak. Jangan boring pulak sbb gambar2 dan cerita dah basi hahahah .. Kami sampai jeti dlm pukul 1.15 macam tu pastu terus contact kakak yang aku sewa van ngan homestay. Kami sewa van pregio yg boleh muat dalam 15 orang .. rombongan kami ramai, ramai budak2 heheheh. So tukang bawanya En Bard aku ler dan aku jadi co-pilot :)
ni lah van yg kami sewa kat Langkawi

bila dah setel masukkan bagasi2 kami dalam van, so kami terus ke homestay .. yang kelakarnya aku tak tanya pun dekat Kak Ti (nama sama ngan nama aku) homestay kami kat mana .. cuma yg tau 15 minit ke Pekan Kuah je hahahah. So ikut je lah kete Kak Ti tu dan rupa2nya homestay kami kat Kilim, betul2 sebelah ngan Hot Spring Kilim ngan Hidupan Liar. Dah sampai homestay tu rehat2 kejap .. mandi, solat semua. Dalam kul 2 lebih kami g lunch kat kedai yg betul2 depan homestay kami tu. Dah setel makan destinasi kami ke Makam Mahsuri. Aku teruja nak g Makam Mahsuri ni sebab aku ada terbaca kat forum pasalnya. Aku ni kan pembaca forum tegar!! hehehehe .. aku ada baca katanya makam tu bukan makam sebenar hanya replika sahaja. Tapi bila sampai je aku tak ingat apa2 .. ntah lah yg aku tahu nak jalan2 ajer :( lupa apa sebenarnya aku nak buat.


kota mahsuri 

 
happy family :) dalam rumah Mahsuri

along n geng actually pangkat makcik sbb anak2 makcik en Bard

telaga mahsuri tapi mana telaganya?? hihihihi

dah jalan2 kat Makam Mahsuri kami ke tempat lain, seterusnya kami pergi ke tempat Beras Terbakar .. sampai ajer wahhh banyak dah kedai2, dulu aku pergi tak ada lah banyak macam sekarang ni. Tau aje lah kalau lalu kat area kedai2 ni, rambang mata hehehe .. Sambil berjalan nak ke tempat beras terbakar tu mata dok jeling2 kiri kanan.



ini jer beras terbakarnya ...

destinasi kami seterusnya ... jalan2 ajer .. ingat nak naik cable car tapi tak dapat sambutan huhuhu majoritinya tak moh naik so kami pun tak naiklah. terus jalan2 kat Petronas yang tempat kapal layar berlabuh .. ye ke berlabuh?? hahaha







p/s .. sambung lagi ...