Saturday, January 30, 2010

update!!update!!

hehehe ... bukan apa, nak update gambar2 masa konvokesyen aisyah bulan November 2009 yg lepas. Kan sebelum ni tak berkesempatan hehehe .. so kat sini aku nak letaklah gambar2 yg sempat diambil masa acara tu. Oh ye tadika aisyah buat persembahan nyanyian nasyid. Tadika2 lain pun ada gak buat macam persembahan tarian, coral speaking.

so enjoy !!!

yg ni masa mula2 sampai .. posing kat tepi jual bunga2 tuk konvo, dah macam konvo u pulak hahh


selepas dipakaikan tudung oleh cikgunya




waktu persembahan pembukaan dengan semua tadika/taska KEMAS dun Putrajaya .. nyanyi lagu Negaraku, KEMAS, Wilayah Persekutuan




waktu persembahan nasyid. ada gambar blur sbb dorang lupa nak pasang spotlight, pertengahan baru pasang






gambar2 sewaktu nak ambil sijil dan selepas




Tuesday, January 26, 2010

Sudah cukup @ ditangguhkan dulu?




itulah persoalan yg bermain di fikiran aku sekarang .. sebenarnya mcm ni, tadi aku baru balik dari hospital pasal temujanji dgn doktor. so far result darah aku ok dan kesihatan aku pun ok cuma doktor nasihatkan aku jgn tension, stress sgt .. sbb itu salah satu punca ke arah serangan sawan ke atas aku.

masuk bab ke2, pasal pregnant .. aku tanya kat doktor bolehkah kalau aku preggy dlm waktu terdekat ni dan jawapan doktor is NO!! Sepatutnya tahun lps dos ubat aku dah dturunkan tp disebabkan aku kena lagi serangan epilepsi bulan April 2008 doc extend kan lagi ke thn ini. Maknanya tambah lagi setahun aku kena teruskan ubat dgn dos skrg. Dan tahun lps atas nasihat doktor jugak aku kena ambil family planning dan doc suggest injection depo sbb senang 3 bulan sekali ajer.

td doc tu tanya, 'akak mmg nak anak lagi ke?' aku angguk tp aku katalah, tp bkn masa terdekat ni. aku katalah anak no.2 aku dah 4 thn, umur pun dah masuk 30 huhuhuhu .. doc tu bg nasihat klu aku preggy aku kna stop mkn ubat skarg ni selama 3 bulan sbb ubat tu mempengaruhi pembentukan janin .. ye lah ubat tu ada drugs sket dan klu aku stop mkn ubat tu andai kata aku diserang epilepsi semasa preggy kemungkinan oksigen tak sampai ke baby dan kesannya sama ada baby itu cacat atau meninggal. gerun gak aku dgr .. sbb tu doc tu kata tggu aku betul2 bebas dari epilepsi baru boleh fikir pasal anak. tggulah dlm 2@3 tahun lagi.

dan en bard pun mmg dah awal2 kata cukuplah 2 org ni lagipun kami dpt sepasang. dia kata tak sanggup tgk aku sakit bila serangan tu dtg, sebulan dua baru boleh recovery balik kesihatan aku. lgpun dia tak nak ada apa2 risiko di kemudian hari, biar doc kata betul2 sihat baru fikir pasal tambah anak ... tp tak tau pulak masa tu umur aku dah berapa???

hari ini aisyah demam :(

hmm dari mlm tadi lagi aisyah mcm tak sehat, selsema ngan batuk. pastu ayahnya belikan ubat selsema. Pagi tadi masa nak kejutkan pegi sekolah dia kata tak nak pegi sekolah tp bila dipujuk2 baru dia nak g mandi
pastu masa nak pakai baju tak nak pulak g sekolah .. aduhh mcm mana ni? check temperature dia 37.5 pas2 aku bagi mkn ubat, nak pulak g sekolah hmm ... bila antar si sekolah pagi tadi muncung aje mukanya .. selalu bawak botol air g sekolah tp tak nak hari ni. Bukan apa, nak suh dia minum air masak banyak bg ada tenaga sket.
Itulah perangai anak dara aku sorang tu

Monday, January 25, 2010

makan2 durian

@kuala kangsar
sebenarnya xtvt ni tahun lepas punya. kami 2 kereta berkonvoi ke rumah member opis ni, mmg seronok .. tggu durian jatuh pastu mandi sungai huhuhuuhu ...
buat Nor, insyaallah tahun ni kalau dusun berbuah lagi kita g lagik yer ..
gambar tgh mkn buah tak sempat nak amek .. suma tgh kusyuk makan durian heheh



First entry on 2010

assalamualaikum semua ... makk aihh lama betullah aku tak menghapdet blog ni, entahlah kemalasan melanda lps tu dibebani ngan beban tugas seharian mau di pejabat atau di rumah.

cerita tahun 2010? aisyah dah pun memasuki pra-sekolah 6 thn dan apa yang aku nmpk dia lebih ceria tahun ni berbanding sebelum ni di tadika KEMAS. Tiap2 hari balik bercerita seronok kat sekolah baru dan lagipun dia jumpa balik kawan2 lama dia masa di taska opis aku dulu .. baguslah budak2 ni dorang still ingat lagik kawan2 lama dorang. :)

cerita syahmi pulak?? hmm anak kecik aku tu dah pun nak masuk 4 thn tp perangainya hanya Tuhan yg tahu .. huhuhu agaknya inilah cabaran nak membesarkan anak lelaki yg tengah meningkat naik. Selalu saja cari gaduh ngan alongnya dan akhirnya along lah yg selalu mengalah. Kalau nak kan sesuatu tu, selagi tak dpt selagi tu lah dia mengamuk .. kami suami isteri mmg tak layan pun. Bila pk2 balik nak ajer aku bg adik kat dia hehehehe biar hilang sikit sikap manja dia tu.

aku? hmm aku still macam ni, makin membesar ekekekek nak wat camne kan?