Budak 7 & 8 tahun pecah 26 rumah
31 Oktober 2011
PUTRAJAYA: Usia mereka baru tujuh dan lapan tahun, tetapi bijak mengatur  strategi serta menjadi dalang aktiviti pecah rumah membabitkan 26 rumah  jirannya di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan, Presint 8, di  sini, sejak enam bulan lalu.
Bagaimanapun, kegiatan dua sahabat baik itu terbongkar selepas  memulangkan cakera padat (CD) yang dicuri kepada rakan sepermainan  mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok sama.
Kedua-dua pencuri cilik itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 5.40  dan 6.30 petang, Jumaat lalu, selepas dipercayai mencuri wang RM350 dan  sebuah telefon bimbit Sony Ericsson milik bapa rakan mereka.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis Abdul Razak Abd  Majid, berkata kanak-kanak itu mengaku memecah masuk rumah jiran ketika  penghuninya tiada di rumah menggunakan kunci yang disorokkan penghuni di  dalam kasut.
“Mereka masuk ke dalam rumah terbabit menggunakan kunci yang dijumpai dan mengambil apa saja barang disukai.
“Malah, suspek juga ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan terbabit  terutama ketika penghuni keluar bekerja,” katanya pada sidang media di  Ibu Pejabat Polis Putrajaya di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui  pelbagai barangan berharga termasuk dua kasut yang dibeli dari wang  curi, jam tangan Casio, topi, pemacu pena (pendrive), wang RM14 dan  telefon bimbit.
“Barangan yang ditemui itu dipercayai tidak sempat dijual, malah kami  difahamkan terdapat beberapa barangan yang sudah dipulangkan kepada  pemiliknya oleh ibu bapa mereka selepas mendapati ia bukan kepunyaan  mereka,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan  Masyarakat (JKM) dan pihak sekolah untuk memberikan kaunseling serta  nasihat kepada kanak-kanak terbabit.
Kami bimbang dengan usia yang muda mereka sudah pandai mencuri. Kami  tidak mahu kegiatan mereka berterusan kerana tindakan itu akan  menghancurkan masa depan kanak-kanak itu.
“Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu tahu kegiatan anak mereka.  Justeru, kami menasihati ibu bapa lain supaya prihatin dan peka tingkah  laku anak mereka,” katanya.
Abdul Razak berkata, secara purata setiap bulan polis menerima lapan kes  membabitkan pecah rumah penduduk di sini. “Kami menasihati penduduk di  Putrajaya supaya tidak sesekali meletakkan kunci di dalam kasut ketika  meninggalkan rumah.
“Perbuatan ini sering dilakukan penduduk di sini kerana mahu memudahkan  anak mereka sekiranya pulang dari sekolah, tetapi ia menjadikan kediaman  mereka sasaran penjenayah,” katanya.
* pagi2 dah baca cerita ni, sebelah blok umah aku pulak tu .. budak2 lagi dah pandai mencuri, aku tumpang simpati kat parent budak2 ni. nak salahkan parent pun tak tau lah .. tu lah kan bila parent sibuk bekerja anak2 terabai kat rumah. yang dorg  pun kenapa tggl kunci dalam kasut depan rumah? tak leh wat kunci pendua ke tuk setiap anak?
tingat kes pecah masuk umah aku tahun 2004 dulu .. aku balik tghari tak ada apa2 .. bila balik petang tgg umah dah bersepah2 huhu sib baik dorg tak amek apa sgt sbb jenis dorang ni masuk terus tuju bilik pastu amek apa yg ada. yang hilang duit raya aisyah ngan cincin risik, tunang aku .. pelik gak mcm mana dorang ni boleh masuk umah kan .. pas2 jiran sebelah try masukkan kunci grill dia kat grill kami, sekali boleh masuk huhuhu .. bila aku try kunci grill aku kat umah dia pun sama gak .. cuma kat pintu tu mmg nampaklah macam dah longgar sikit
cabaran tuk parent sekarang ni .. budak2 sekarang ni bukan macam zaman kita dulu2 .. tugas kita ni lebih berat dari ibu bapa kita dulu
No comments:
Post a Comment