Tuesday, October 18, 2011

TAK SIHAT

assalamualaikum ..
dah seminggu aku tak berapa sihat

selasa lepas aku kena cirit birit ngan muntah2 .. aku rasa tak pernah aku kena teruk mcm tu sekali, muntah2 pun aku rasa tak seteruk aku kena morning sickness. bila atas bawah keluar badan aku sakit2, lemah .. malam tu aku sampai nangis sebab tak tahan sangat, sib baik en bard ada kat rumah.

esoknya aku ada appointment klinik, kebetulan dah g klinik aku mintak nurse tu transfer aku jumpa doktor. pagi tu pun berapa kali aku membuang .. mmg lemah sangat2 aku masa tu, nak berjalan pun tak larat nak angkat kaki. sib baik semua urusan pagi tu senang dan cepat, g amek injection depo pun kul 8.30 dah siap pastu jumpa doktor, ambik ubat semua dekat2 kul 9 jugaklah habis. Lega sebab doktor bagi mc hari tu .. lagipun aku mmg tak tido malam sebelum tu.

ubat yang doktor bagi tu memang betul2 power .. ubat tu 2-2 ngantuk. Aku baru makan tak sampai berapa minit mata pun dok kuyu jer ... terus zzzzzzzz ... 2,3 hari jugaklah aku berhati-hati bila nak makan, takut salah makan lagi.

semalam ngan hari ni pulak aku batuk2, sakit tekak ngan selsema. Aisyah pun sama jugak .. badan pun sakit2 gak ni. Agaknya mandi laut sabtu lepas kot .. baru terasa kesan2 dia.

5 comments:

  1. Ani doakan Yati cepat sihat ye... :-)

    ReplyDelete
  2. thanks ani & k.ty
    k.ty~ tak dpt baca blog akak kalau kat opis, kena blocked huhuhu

    ReplyDelete
  3. ct~ thanks :) ni pun sore dah garau hahaha .. camne ni sok kena main bolatampar pulak, terus ilang sore agaknya

    ReplyDelete