Wednesday, November 4, 2009

Cerita hari ini ...

Pagi tadi bangun ajer dari tidur, kepala aku sakit lagi pastu sendi2 aku pun sakit jugak. Tambah lagi dengan loya2 .. apasal pulak ni? Nak tak nak g klinik jugak sbb aku tak tahan sbb dah hampir seminggu keadaan aku macam ni.

Sampai aje kat klinik aku kena tahan dulu kat kaunter depan tu. Aku bgtau lah aku demam, pening kepala, selsema, sakit tekak dan seangkatan dengannya lah. Pastu aku kena pegi kat Klinik Infeksi, aku tgk kat situ tak ramai sangat orangnya. Aku duduklah tunggu giliran aku sambil2 tu aku rasa macam nak pitam .. tak larat sangat2 rasa macam badan aku ni dicucuk2. Bila nombor aku naik, g jumpa MA dalam bilik tu. Dia tanya dah berapa hari demam? Aku cakaplah dari hari Jumaat lepas .. sekejap elok, sekejap tak. Pastu dia tanya sakit2 sendi tak? Aku kata aah .. pastu dia suh g amek darah.

Aku bab2 amek darah ni failed .. bukan sebab aku takut, tapi sure nurse tu susah nak cari urat hehehe .. Bila nurse tu nak cucuk aje, dia tanya 'dah biasa ambik darah?' aku jawablah 'dah biasa .. lagipun 3 bulan sekali mmg kena ambik darah kat hospital'
pastu dia tanya lagi .. 'kenapa? puan ada sakit apa2 ker' aku jawablah pasal sakit aku tu kan. Dok belek2 lengan aku dia kata tak jumpa urat .. hehehe .. aku cakaplah kat hospital pun mmg mcm tu susah nak cari. mula2 dia cucuk tak kuar darah .. last2 dia cucuk kat tempat lain .. baru boleh kuar





lepas ambik darah aku pegi balik duduk kat tempat aku tunggu tadi. Tak sampai 5 minit nama aku kena panggil balik. Alhamdulillah result darah aku ok tapi yg tak sedapnya MA tu kata maybe aku saspek denggi .. huhuhu .. dia bagi aku mc hari ni pastu dia pesan kalau dah makan ubat, badan still sakit2 lagi dia suh datang balik ambik darah lagi sekali. Selalunya lepas 3 hari sbb en bard dulu pun pernah kena denggi, lepas 3 hari kena ambik darah lagi sekali. Tapi aku harap2 segalanya ok .. Insyaallah

Monday, November 2, 2009

Sukan Tadika Along

Baru2 ni hari Sabtu 31 Oktober, ada sukan tadika/taska Putrajaya
Along masuk acara .. bersemangat lah dia nak pergi sukan.
Tapi kebetulan ayah dia pun ada gak sukan Kementerian kat Inspen, Bangi
pening camne aku nak pergi padang ni.
Pastu en bard aku cari nombor teksi dia suh tipon, g naik teksi ajer
So sabtu tu cikgu dia janji 7.15 so kami 3 beranak pun turun sekali hujan ..
dekat pukul 8 baru cikgu dia sampai pastu cikgu dia ajak aku naik sekali ngan dia.
alhamdulillah ...

sampai kat padang hujan still turun lagik .. aduhhh macam mana nak bersukan ni? dah lah masa tu aku masih tak sihat lagi .. Kul 9 baru ahli parlimen putrajaya sampai rasmikan, sian kat budak2 lah sbb berdiri dalam hujan gerimis tu.
So tengok aje lah gambar2 yg sempat aku amek dlm keadaan hujan tu ..









Along masuk 1 acara ajer .. :( aku frust jugaklah sbb banyak acara yg dipertandingkan. Along masuk terompah kura2 .. sib baik dpt nombor 3 .. Org lain aku tgk dpt gak 2,3 acara, aku pun tak tau kenapa cikgu dia macam anti ajer ngan dia.







yg ni pulak bila dah abis sukan .. suma berposing sakan hahh .. hehehe .. gambar ngan piala tak dpt nak amek sbb dorang silap bagi hadiah so esok baru aisyah dpt piala dia. Dah lah budak2 tu hari sabtu lepas merengek2 nak bawak balik piala



Setelah sekian lama ...

Aku rasa macam dah bersawang blog aku ni. Bukan tak nak update, tapi kadang2 tak leh bukak .. tak tau naper? try kat opis pun tak leh .. kat rumah pun kadang2 ok kadang2 tak ok. Hari ni sib baik dapat, lagipun faktor masa pun menjadi satu halangan jugak.

Sebenarnya banyak benda yang nak aku tuliskan disini tapi satu persatu lah aku tuliskan dulu. Aku dari hari Khamis lepas badan aku tak sihat, mula2 kena migrain pastu tekanan darah rendah, demam semua ada lah, complete! Hari ni pun aku tak sihat jugak, tiba2 pulak sakit perut time solat subuh. Sekejap2 masuk toilet, lama2 aku naik letih .. tertido balik. Sib baik aisyah hari ni cuti sbb sabtu lepas ada buat sukan tadika.

Aku puasa hari ni tapi badan aku lembik mcm ni, insyaallah aku cuba kuatkan badan. Kejap lagi nak masak, baru tadi en bard aku antar lauk. Aku ingat nak masak sup ayam ajer lah, lagipun tekak aku sakit lagi tak leh nak telan benda2 keras. Sekarang ni pun tengah hujan .. hujan panas. Kesian anak2 aku nak tgk tv tapi siaran tergendala, biasalah kan .. Astro kalau time hujan lebat. Bayar mahal2 tapi servis macam hampeh!

Tuesday, October 13, 2009

Misi menurunkan berat badan

Aku sekarang nih tengah susah hati sbb berat badan aku makin lama makin naik. Berat asal aku masa sebelum peknen 2nd 50kg .. baru2 ni masa aku g check up berat aku dah naik sampai 63kg!! huhuhuhu .. pelik aku sbb sebelum puasa berat aku 59kg lps puasa jadi 63kg ...13kg naik dari berat asal .. dgn ketinggian aku yg hanya 147cm .. mana seimbang.
Mana2 aku pegi ramai tegur .. "ehh yatie, ada lagi sorang ker?" .. huhuuhu camne aku nak jawab!!! aku akui berat aku naik kat bahu,dada ngan perut. Aku segan dgn badan aku ni bila keluar mana2 aku rasa macam org keliling ni dok ejek2 aku ajer.
Oleh sebab itu aku dah nekad untuk diet, tapi bukan diet yg bukan2 ... cuma aku nak cuba satu produk ni yg makin ari makin dapat sambutan ni dan lagipun member satu opis aku tu ada perubahannya. Lagipun hasben aku pun dah cuba dan aku akan cuba ...
Korang semua bagilah semangat kat aku yer !!!

Friday, October 9, 2009

kesiannya blog aku ...

alahaii .. sedih tuk tgk blog aku yg dah bersawang nih ... huhuhuhu
nantilah aku take time nak bersihkan ye ...
skang ni mmg tak ada masa nak update ...

Monday, September 14, 2009

migrain !! migrain !!

dah 3 hari aku kena migrain .. tak larat rasanya.
hari ni pun kena lagi .. mana tak nya
aku dah tido pastu en bard balik keje kul 12.30
aku terjaga terus tak leh tido ..

masuk bilik mata terkelip2 .. tgk jam dah kul 2 pagi
aku terus sahur ngan en bard
pastu terus tdo ... bangun tdo terus sakit kepala
sampai skang nih

dah tu pulak ditambah ngan angin gastrik
adehhh ...
en bard pulak g berbuka ngan member2 dia
anak2 tak ada kat rumah
aku berbuka sorang2 lah hari ni ...

tiba2 aku rasa emo pulak ari ni

Thursday, September 10, 2009

Berbuka Di Secret Recepi

Hari ni aku and the gang berbuka puasa kat secret recepi, alamanda. Aku pun dapat green light dari en bard .. heheheh .. anak2 en bard jaga, dia berbuka ngan member2 kat opis .. alahaii sayang abang .. hehehehe. Sebenarnya en bard aku cuti hari ni so dia bawaklah anak2 g opis sekali. Malam karang lps berbuka terus amek aku.

Ni first time berbuka ngan anak2 dara ni .. hehehe suma pangkat adik2 ngan aku. Nak berbuka tempat lain kena datang awal2 reserved tempat. Kami abis keje kul 5 .. tggu bas nak ke sana mesti dah penuh meja .. Sbb tu g SR sbb adik aku keje kat situ .. awal2 dah bagitau suh reserved tmpt duduk. Nak tggu waktu berbuka tu bolehlah jalan2 cuci mata sekejap, gaji pun dah masuk. Alah setakat window sopink aje teman dorang kalau2 nak membeli. Sib baik aku ni termasuk dalam golongan bukan suka sopink.
Membeli apa yg perlu ajer, yg lainnya aku ske cuci2 mata ajer.

Wednesday, September 9, 2009

Berita gembira kakitangan gomen

hehehhee .. poyo ajer tajuk entry aku ni kan?
ekekekek ...

korang tgklah berita malam ni yer ..
insyaallah ada biter yg menggembirakan

aku just boleh cakap setakat tu ajer
takut cakap lebih2 karang tak betul aku yg kena gedebushhh!!!


* dah kuar paper online pun .. balik rumah tgk internet dah masuk dah beritanya .. alhamdulillah ....

Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Kumpulan Sokongan


KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.

Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

-- BERNAMA

Cuti Raya

Cerita bab cuti raya .. hmm untuk tahun ni pertama kali selama 9 tahun aku bekerja aku tak amek cuti huhuhuhu .. Sebab?? sbbnya hasben aku keje waktu raya ni. So aku pun kejelah start ari rabu tu. Lagipun rumah mak ngan mak mertua aku dekat2 .. so tak ada masalah.
Aku dah biasa tak extend cuti raya ni, masa aku keje sales assistant dulu2 aku cuti raya 2 hari tu aje. Kalau kedai tutup tambah satu ari lagi .. cuti lah. Lagipun sian tgk dorang yg duduk jauh nak balik kampung kan? Kita ni dok KL tak ke mana pun raya ni. Tapi waktu tu paling best aku rasa sbb jalan sekitar KL mmg lengang giler!! hehehe tak ada gangguan apa2. Tapi aku rasa tahun ni penuh ngan mat2 indon, bangla, african lah kot .. huhuhuuhu .. apa dah jadi negara aku.
Esok gaji, mggu depan dapat kuih raya. Baju melayu en bard ngan syahmi pun dah siap. Baju aku ngan aisyah awal2 dah siap .. tema kami tahun ni kaler hijau :)Hmm bonus pun tak tau ada ke tak ada ... Dengar2 dapat duit raya ajer. Duit tu pun cukuplah nak bayar duit kuih yg aku tempah ... huhuhuuhuh ...

Sunday, September 6, 2009

Ayah aku sakit

Pagi semalam tgh rehat2 dalam pukul 11.30 ada call .. tgk nombor, ayah aku punya. Aku angkat tapi sore mak aku. Mak aku cakap dia dekat hospital, ayah aku kat emergency ward, sakit dia datang balik. Aku tanya mak aku g ngan sapa? mak cakap adik aku yg kat sabak bernam tu balik jumaat malam sbb ayah aku call suh balik. Sbb ayah aku tak nak g hospital so adik aku gegas balik bawak alat2 perubatan dia tu.

Aku tanya ayah aku masuk hospital mana? Mak aku bgtau hospital hal ehwal orang asli kat bt12 sbb kwn adik aku jaga sana. Pastu aku siap2 lah kat rumah, sambil2 tu telefon adik2 aku yg keje kat secret resepi ngan care4 tu ajak dorang balik skali. Sib baik adik aku yg keje care4 tu dpt balik, ye lah dia cashier pastu pulak punya ramai umat manusia pulak pagi tu. Adik aku cakap dari dia bukak kaunter kul 9 sampai kul 12 dia tutup kaunter collection sampai 5 ribu dah.

On the way nak g gombak, adik aku call kata tak yah dtg hospital JHEOA tu sbb nak refer g HKL. Sbb JHEOA tu tak ada wat CT scan, x ray pun tak boleh buat. So kitaorg terus g HKL .. huhuhu aku tgk jalan nak masuk KL jem giler .. Giler kentang betul jalan area KL semalam. Apa lah salahnya dowang ni naik pengangkutan awam ke?

Sampai kat HKL aku msg adik aku, dia kata dia pun baru sampai. Pastu x sampai 5 minit aku tgk adik aku baru sampai emergency ward ngan ayah aku jalan tak larat. Aku terus suh adik aku mintak kerusi roda. Untung ada adik aku tu sbb dia MA so dia lah yg uruskan semuanya .. Mak aku cite ayah aku tiba2 sebelah badan mcm tak leh gerak pastu ayah aku rasa muka dia macam senget sebelah. Tapi bila wat ujian darah kat jheoa result ok cuma darah tinggi ngan kencing manis ayah aku tggi.

Sampai kat HKL kena amek darah lagi sekali pastu wat xray. Doktor kat c2 nak bergaduh ngan adik aku sbb dia kata ayah aku ok .. tak ada masalah apa2. Adik aku berkeras suh buat ct scan takut ada darah beku kat kepala. Pastu baru lah ayah aku g wat ct scan. Kitaorg kat situ dari pukul 1 tghari pastu kul 3.30 ayah aku kena tahan wad sbb doktor nak pantau.

Sampai kat wad kan ada doktor yg akan periksa ... bengang ajer ngan doktor tu dah lah sampai2 tak tanya kabar ayah aku tu terus g sembur ayah aku, marah2 kata kenapa dah sakit macam ni tak nak pegi hospital? dia tanya ubat tak makan ke? ayah aku kata tak sbb ubat dah abis .. dia marah lagik ayah aku. Dia tak tau ayah aku tu kepala angin, kepala batu apa semuanya ada. Stail doktor ni bila ayah aku jawab, dia provoke lagi .. provoke .. provoke. Aku geram ajer. Pastu dia nak marah adik aku pulak sbb dia tau adik aku MA tapi tak ambik tau pasal sakit ayah aku. Padahal adik aku baru 2 thn jadi MA. Lagipun ayah aku tu jenis degil tak nak g klinik@hospital bila sakit.

Last2 ayah aku geram dia kata tak nak ddk hospital nak kuar. Doktor tu kata ok nak kuar tapi esok pastu apa2 jadi dia suh ayah aku tanggung sendiri .. huhuhuhu pastu adik aku kata tak apa sbb dia ada.

Tengahari tadi kul 1.30 adik aku tpon bgtau ayah aku boleh kuar wad so adik aku terus bawak mak ayah aku datang umah aku. AKu tgk ayah aku dah ok, jalan pun dah ok. So aku nasihat tak payah merokok lagik .. NI dah serangan ke2 .. adik aku ckp lama2 boleh jadi serius .. jadi strok. Moga2 tak ada apa2 yg berlaku .. insyaallah

Friday, September 4, 2009

Baju Raya Anak2 Tersayang

hmm .. tak tau nak apdet apa .. so nak letak lah baju raya anak2 ku yg kami beli awal bulan 8 ari tu. Saja beli awal, malas nak kuar time bulan poser .. Dapatlah beli sket utk dowang .. aku ni kalau dah sampai tkt 5 sogo tu mmg berjam2 lah cari baju dorang berdua. Lagipun kalau sale mmg murah2 harga bajunya. Cuma seluar2 ni lah mahal sket .. lagi2 suar jeans tuk aisyah .. lagipun dia tak ske pakai dress atau skirt pendek .. malu dia kata .. terpaksalah aku ikut kehendak dia sbb belajar dari tahun lepas lah, aku belikan dress tuk aisyah .. hmm raya tu sekali ajer pakai sudahnya dalam almari tempatnya.


Thursday, September 3, 2009

Bonus .. Bonus

Sekarang ni sana-sini kita baca paper kakitangan kjaan nak minta bonus. Orang2 pun bercakap pasal bonus. Kalau baca kat internet ramai bertelagah pasal bonus kjaan ni. Biasalah orang kjaan kata mcm ni private sector kata mcm tu. Kalau ikutkan 2-2 sektor ni menjana ekonomi negara. Kdg2 terasa gak dorang kata perkhidmatan kjaan teruk, sbb tempat aku ni .. huhuhuu kalau tiba time 'pack' mmg tak sempat nak mengadap internet ke nak apa ke. Tempat aku ni start bulan Mac sampailah PM umumkan Bajet tahunan, barulah kami relaxx ... Bygkan tgh tahun kena wat OT. Lagi parah kalau figure yg kita isi tak telly dgn apa yg kementerian bg. Huhuhu kalau kurang singgit dua tak apa jugak. Ni ada yg terkurang berjuta2 .. kenalah buat balik cari kat mana kurangnya. Aku dah 9 tahun keje dok ngadap benda ni ajer ...

Balik pada isu bonus ni, asal nak dekat2 ajer ramailah yg menelefon kami2 kat sini tanya pasal bonus, pastu tanya apa yg naik, turun ... manalah kami tau .. kami jaga duit ajer .... Buat sekarang ni mmg tak ada apa2 wpun romuours kata ada. Entahlah kami kat sini tak mengharap sgt sbb kami tau kedudukan kewangan negara kita macam mana. Sib baiklah persiapan raya tuk anak2 dah ada dan juga untuk sekolah.

Kalau dulu hasben keje private kencang gak nak dekat raya, tapi semenjak dia masuk gomen, kami kena belajar berjimat cermat maklumlah gaji dia teramatlah kecik dibandingkan ngan gaji dia kat private. Walaupun hanya seorang despatch .. gaji dia tetap tinggi. Ditambah lagi dengan keje part time yg dia buat, tapi opis tu tak nak pakai dah despatch lagik sbb masalah ekonomi. So pendapatan sampingan hasben yg hampir 3 tahun tu hilang mcm tu ajer. Mungkin tak ada rezeki kami.

So skarang ni hasben aku selalu amek OT, nanti tengah bulan kami ada lah duit untuk menjelang akhir bulan.

Wednesday, August 26, 2009

Rindunya ....

tajuk .. huhuhu tak hengat !!!
aah aku tengah merindu ni ... rindu kat anak2
dorang skang kat umah opah dorang yakni mak mertua aku
dari hari sabtu lepas aku tinggalkan kat sana

mula2 aisyah yg nak pergi sbb cuti sekolah kan
sekali syahmi pun cakap "adik pun nak pegi umah opah"
aikk?? selalu tak nak ikut.
aku tau sbb kat sana dia suka kawan ngan anak adik ipar aku
rasanya 8 bulan lebih kot anak adik ipar aku tu

tu yang rasa sunyi aje aku beberapa hari ni
ditambah pulak ngan en bard aku tu amek OT sampai kul 12 mlm
daripada hari Ahad lepas. Hari ni last dia OT
esok bolehlah aku ajak dia berbuka kat luar.
Nak pujuk2 dia g secret recepi alamanda
lagipun esok adik aku keje, bukan apa .. kalau dia ada boleh dpt diskaun
huhuhuhu.

hmm .. malam ni aku kesunyian lagik
bila anak2 aku ada aku jadi tarzan, bila dorang tak ada sunyi pulak
hehehehehe

tak apalah .. hari jumaat ni balik rumah mak aku pulak
so lps balik keje terus amek anak2 kat umah opah dorang

Monday, August 24, 2009

Zoo Negara - Gambar2

Disini aku letakkan gambar2 masa g zoo .. huhuhu .. rasa dah lemau gambar2 nih .. ekekekek

adik bergaya ngan spek mata nya .. heheh


along pun nak bergaya gak ..


aku pun nak gak interprem .. hehehe



Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN

hari ini hari terakhir bulan Sya'aban, maka esok bermulalah bulan Ramadhan kita semua umat Islam akan mula berpuasa. rasanya tahun ni first time tak dpt sambut poser .. huhuhu .. faham2 ajer lah kan atas sebab apa. Kitaran tak betul bulan April ari tu last bulan ni datang plak.

so atas kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kengkawan.
hari ni kat opis ada wat makan2 sempena nak sambut bulan poser.
ada nasi lemak, ayam goreng, sambal udang, kuih karipap, kek .. hmm rezeki

Tuesday, August 18, 2009

Jom kita ke zoo negara !!

haa .. mula2 tgk dulu gambar en bard aku tu bg makan kat rusa. Jinak2 sungguh rusa2 itu. Anak2 aku takut2 nak dekat, itupun syahmi malu2 ajer nak dekat hehehehehhee ..
actually kami pergi zoo masa hari ahad lepas 16.8.2009.
Lain2 gambar aku tgh upload .. lembab arr aku pun tak tau naper .. lagipun aku pun tak berapa sihat ni, kepala asyik pening ajerk.

Monday, August 17, 2009

Ole-Ole Perlis

Hmm .. pukul 8.30 pagi semalam, en bard call dia bgtau dah sampai Putrajaya tp nak g bekpes dulu .. Aku terus kirim belikan nasi lemak .. anak2 masa tu tido lagi. Masa call tu en bard bgtau nak bawak anak2 jalan ker? Aku tanya nak pegi mana?? en bard ajak g zoo negara sbb dari bulan lepas dok janji ngan aisyah sbb aisyah yg beriya nak ke sana. Ikutkan aku mcm malas nak pegi .. ya lah kes H1N1 ni kan?? Tp cite Zoo tu nanti aku cerita yer....

Aku tunggu en bard aku balik dari bekpes .. huhhh kul 10.30, lama betul g bekpesnya?? sampai aku tertido ayam heheheheh ... Bila aku bukak pintu ajer .. hahh!! amek ko penuh tangannya kiri kanan .. hehehhe .. Aku kejutkan anak2 aku kata ayah dorang dah balik .. syahmi sekali kejut ajer terus bangkit dari tempat tido cari ayah dia .. alahaii rindulah tu .. aisyah tdo lagi sbb mlm tu dia teman kan ibu dia tido pukul 3 pagi .. kekekeke.

En bard aku dah rehat2 tu dia suh aku kuarkan benda2 dari beg .. bila bukak ajer .. bestt!!! mcm2 jenis coklat ada ... dia g langkawi hari sabtu hari tu. Bila aku belek2 coklat tu aku cakaplah macam kat sini tak ada coklat mcm ni. Sekali en bard aku sound .. sana murah lah .. hehehehe



pastu en bard bgtau ayah kim salam (ayah mertuaku lah) yg kat kedah nun. Syoklah en bard sbb dpt jumpa ayah dia :) Ayah mertuaku bg buah pelam, buah dokong ngan mata kucing. Ohh lagi satu masa en bard singgah tapah aku suh beli buah jeruk jambu .. sedap buah tu .. bukan jeruk tapi namanya sebegitu .. heheheh ..

Friday, August 14, 2009

Cerita tengahari jumaat

Sebenarnya bukan cerita apa2 pun.
Tengahari tadi aku berkira2 nak balik rumah ke tak. Ye lah bas kat Putrajaya ni nama aje banyak tapi lambat semuanya. Lagi2 hari ni hari Jumaat kan ...
Puas dipikir2kan .. aku balik gak .. sebelum 12 suku aku cabut .. hehehhe aku kuar awal pun bukan kompom dapat bas awal. Sib baik tak lama sangat aku tunggu .. adalah dlm 10 minit.

Balik rumah aku kemas sikit2 rumah yg mmg asalnya bersepah, pastu basuh cadar yg ditumpahkan air oleh anak2 aku mlm tadi yg tak sempat aku basuh. Aku tak sidai pun sbb hari tu dapat memo daripada JPM bhg kuarters kata aku sidai baju di balkoni .. bengkek aje aku padahal kebetulan ari tu aku jemur cadar ngan baju t shirt en bard aku satu ajer. Aku tgk rumah org lain siap buat ampaian lagik kat balkoni .. huhh !! tak patut.

Isskk apa yg aku bebel ni ... hehehhe .. aku rehat2 sekejap sambil2 layang cite Kuliah Cinta, belasah arr ... dalam pukul 1.45 aku bersiap nak balik opis balik. Dalam pukul 2.15 aku kuar rumah, agak2 sampai bas stop dlm 5 minit ajer. Aku malas nak pakai high heel 2 hari ni semenjak en bard aku g perlis. Ye lah nak ke bas stop kena jalan kaki .. letih nanti lagi pun aku tak leh melangkah panjang. heheheheh.

aku tunggulah bas ... namun bayang2 tak nampak langsung. Dah lah tak ada pondok bas .. huhuhu bayangkanlah korang aku berdiri di tengah panas. Sib baik ada pokok2 yg boleh aku teduh, tak cukup ngan tu semut api gigit kaki aku .. Peluh dah memercik dalam badan, sib baik muka aku tak berpeluh .. kering ajer .. hehehhe kalau tak mau berminyak muka aku. Lagi satu bersyukur jugak sbb ada angin yg kuat.

Korang tau bas sampai kul berapa?? huhuhuh .. kul 3 !! bygkan berapa minit aku tggu?? Pasni tak nak arr balik rumah kalau en bard aku tak ada.

Wednesday, August 12, 2009

Minggu boring !!!

huhuhuhu .. tak tau nak tulis apa dalam blog ni
aku pun tak sihat lagi ni .. isnin ngan selasa lepas aku demam
g klinik suhu badan aku 38 .. sib baik tak lepas 39 lagik
tapi demam lah tu, pastu doktor kata ada jangkitan kat tekak aku
patutlah tekak aku sakit sampai tak kuar sore hari ahad baru2 ni

anak aku aisyah pun demam gak .. hari Ahad lepas panas sangat badan dia
en bard aku kan tak ada g johor, sib baik mak aku ada so g klinik ngan mak aku
doktor check suhu badan aisyah dah lepas 39 terus masuk ubat melalui punggung tu
hari ni baru aisyah pergi tadika .. itupun batuk2 lagik
ikutkan aku tak nak bagi dia pegi, tapi ye lah kan .. dah berapa ari tinggal sekolah

dan yang buat aku boring lagi .. en bard aku g Perlis .. huhhuhu .. malam tadi kul 11 dorang gerak naik bas kementerian. Pagi tadi dia call aku kul 6.30, aku tanya dah sampai ke dia kata belum. Alor star pun tak sampai lagik. Kul 8.30 pagi baru sampai Arau, tu pun nak tergelak aku sbb destinasi petama dorang g padang besar .. apa ada pagi2 tu .. hehehehe .. dorang kata tak tau nak g mana sbb check in kan pukul 12 tghari .. Dorang duduk kat hotel yang dekat ngan jeti Kuala Perlis. Hmm .. dpt lah en bard aku tu makan laksa kuala .. hari tu makan tak puas arr ...

So weekend ni aku 3 beranak duduk kat rumah aje lah .......

Saturday, August 8, 2009

Sakit tekak

Malam tadi aku batuk2 ... sakit tekak dan bangun aje sore aku dah serak .. alahai .. nak jerit2 kat anak2 pun sakit. Bila sms en bard, dia risau dah .. tp aku tak nak bagi dia risau, so aku cakap ngan dia tak ada apa2 nak dibimbangkan. Ye lah nanti berdesup dia dari JB balik gombak ambek aku. Tapi tadi dia bgtau kalau tak baik lagi esok dia balik nak bawak aku g klinik.
Harap2 tak ada apa2lah kan .. Mgkin jerebu kot .. aku kurang minum air masak. Hmm kat umah mak aku ni apa yg aku nak buat selain tido .. hehehhe .. sib baik ada bawak balik keje, aku siapkan ajerlah dulu ...

Friday, August 7, 2009

Jerebu dan H1N1

Hmm .. skang ni 2 benda ni lah yang makin menjadi2 .. Semalam dah ada satu kes kematian sbb H1N1 di Putrajaya .. pastu ada dgr2 kabar angin kata staf imigresen pun ada kena. Risaulah dengan keadaan sekarang ni, nak kuar rumah g jalan2 pun dah tak ada mood.

Jerebu .. hmm makin teruk kat putrajaya ni. Tekak pun sakit, mata pun sakit. Bau asap lagi .. huiishhh ... macam2 lah kan. Kalau duduk kat balkoni rumah aku tu .. nmpak asap ajer. Anak2 pun aku tak bagi main kat luar sekarang ni. Keselamatan keluarga yang penting!

Semalam adik bongsu aku demam, suh dia g klinik tp doktor tak kata apa2 .. demam biasa ajer. Pastu aku tgk dia ok ajer .. malam dah kuar. Harap2 semuanya ok.

Thursday, August 6, 2009

Cerita malam ini

Rasa macam banyak aje aku nak cerita hari ini. Saat ini aku baru abis buat keje opis yang aku bawak balik ... huhuhuhu itu pun tak abis lagik. Sib baiklah ada lappy ni, senang aku tak yah wat OT selalu, lgpun en bard aku tu seminggu ni sibuk aje ngan training tarik tali sbb hari sabtu ni dia ada game kat Johor. Tapi malam ni g lawan bolasepak pulak kat padang MSN, Bukit Jalil. Ingat tadi nak ikut tp pk2 balik malaslah .. dah lah aku bawak balik keje opis tp tak buat, kan rugi namanya tu. Lgpun sok aku balik rumah mak aku, tak apa lah sbb weekend pun en bard aku tak ada kat rumah. Biarlah balik awal2 .. takut nanti tak ada masa nak balik pulak.
Hmm .. mggu depan bulan en bard g Perlis ada sukan MAKSWIP start 12hb sampai 16hb .. yang ni wakil Kementerian pulak acara bola sepak .. huhhh sangap lah aku anak beranak kat rumah. Bila time macam ni rasa rugi pulak tak pandai bawak kereta kan? Nampak gaya aku tak dpt lah pegi Floria tu, tp x per lah dlm keadaan H1N1 ni wat aku tak selesa nak pegi tempat ramai2 orang ni. Lagilah dengan keadaan jerebu yang merunsingkan .. ye lah, dah lah mata aku ni akhir2 ni rasa mcm melekit2, macam ada selaput .. bila tgk jerebu lagilah problem mata aku.
Berbalik kisah en bard aku yang bz aje tu, kadang2 aku terasa macam kitaorg ni dah jauhhh sangat. Ye lah, dia g training .. sampai kat rumah pukul 11 malam. Pastu anak2 ngan aku tido, dia tak tido .. sama ada dia tgk tv atau layan internet. Esoknya bangun pagi g keje, tengahari balik rumah .. dapatlah jumpa sekejap pastu petang g training balik malam. Kesian pulak kat anak2 aku, rasa mcm kekurangan kasih sayang pulak ... (aku pun) hehehehhe .. rasa mcam tak ada ruang dah bagi kami. Macam sebelum2 ni lepas makan, tgk tv sama2 .. main2 ngan anak. Weekend pun dia keje, kalau cuti pulak ada aje agendanya. Sebab tu anak2 aku bila ayah dia ada kat rumah dorang mengada2 .. kononnya nak tarik perhatian lah tu .. tapi mmg betul pun kan?
Minggu depan pulak, g Perlis .. hampir seminggu. Hmmm .. apa boleh buat, dah itu minat dia. Takkan aku nak halang kan?? Sebelum kawin lagi aku dah tau kesukaan dia, lagipun semenjak en bard aku tu keje gomen lah dia aktif balik dalam bersukan. Dengan sukan jugaklah dia dah ke sana sini. Baju anak2 aku tak kemas lagi ni, hehehehhe biasalah ibu dorang ni ske kemas last minit. Esok balik rumah tghari sempatlah aku kemas baju dorang. Baju aku pun bukannya banyak sangat. owhhh nak kemas barang2 en bard lagik .... Hmm anak2 aku ni tak nak lah pulak mata dorang nak tido nih, dah pukul berapa dah ni?? Ok lah itu ajer aku nak bebel malam2 jumaat ni.

Monday, August 3, 2009

Lamanya tak update blog ...

Hmm seminggu dua ni mmg hari2 yang betul2 mencabar diri aku. Ada yang buat aku jadi seorang yg kerdil dalam dunia yang besar ini. Kenapa hati aku disakiti, kenapa aku dianiayai? Bukan kah aku pun manusia biasa juga .. tak lari dari buat kesilapan? Besar sangatkah kesalahan aku itu? Mujurlah aku ada keluarga dan masih ada rakan2 lain yang memberi semangat kepada aku. Biarlah .. mungkin hari ini adalah hari aku, percayalah ... hari mereka akan tiba jua satu hari nanti.

Saturday, July 25, 2009

Bersantai depan tv

hmm .. apa lagi aku nak buat waktu ni?? semua dah setel so tggl lepak2 kat depan tv lah ... heheheh .. tgh tgk live bolasepak Liga Super Selangor lawan Pahang kat tv1 .. kalaulah hasben aku ada kat rumah misti kitaorg turun shah alam .. hehehehe sib baik ada live kat tv.
Tadi baca novel tp baru suku aku dah tutup. Aku ni kalau nak membaca kena tgk mood dulu, sbb kalau nak baca novel ni kena ada feeling2 sikit. Mungkin time nak tdo karang baru aku sambung balik kot. Anak2 aku pulak baru bangun tido tu .. boleh pulak tgh layan tom n jerry kat 616 boleh ttido, masaklah aku kul berapa pulak dorang ni nak tido balik .....
Rasa2 esok mcm nak masak paprik ayam .. esok hasben balik dari kursus tapi tak tau lagi pukul berapa. Tadi aku mesej dia tak balas2 mungkin dalam kelas lagilah kot .. Tak pe lah jap2 lagi dia telefonlah tu. Esok dia balik nak ajak dia g alamanda kejaplah kot, saja2 nak cuci mata .. hehehehe.

Friday, July 24, 2009

emosi ku tak stabil

hati aku tgh sakit ni .. tak sempat rasanya aku nak tulis waktu ni
nantilah mlm2 karang aku nak feeling2 sket. mmg tgh celaru ..

Wednesday, July 22, 2009

Ehh .. betul ke ni??

Jam berapa ni ... apa mimpi pulak aku kat blog aku ni dalam waktu ni .. heheheheh .. nampak gayanya skang ni aku bolehlah berblog dari umah sbb broadband aku dah aktif. Tapi tu lah tak laju jugak sama aje macam kat opis. ye lah kami amek yang bulanan murah punya tu. Sakit ati gak ni sbb susah betul nak display semua. Ni pun aku tgh tunggu hasben aju balik. Dia g ikut member dia kat Presint 15 katanya ada perjumpaan .. alah mcm org2 mlm wat tu. yang ni HiO punya .. aku tanya berminat ke?? kalau aku mmg tak berminatlah. abis tu hasben kata dia nak g tengok dan dengar aje .. ye lah tu .. jgn terpengaruh sudahlah yer ...
hmm .. sambil2 tu aku tgh tggu mesin basuh aku berhenti. Jap lagi nak sidai baju pastu nak tidokan anak2. Dorang ni selagi aku tak masuk bilik dorang tak mo tido. Esok aisyah cuti, aku pun tak tau cuti tuk apa .. hmm . itulah satu masalahnya kalau tadika kemas ni. Tak apalah, bulan 9 ni aku nak daftarkan aisyah tuk pra-sekolah tahun depan. Kesian anak aku tu mcm terpinggir ajer kat tadika tu. Cikgu dia mcm pilih kasih, dia rasa budak2 5 tahun ni tak pandai apa2 .. aku tgk muka cikgu dia tu pun mcm tak mesra rakyat! Aisyah tu aku tgk okay apa .. alhamdulillah lah .. wpun tadika tu tak ada bagi buku apa2 tuk dibawa balik, aku kerap belikan buku2 kerja tuk umur sebaya dia. Aku pantaulah sikit2 .. ok aje aku tengok. Mengira dah boleh sampai 50 (ok lah tu), dah boleh mengeja sikit2 ... entahlah ... tapi yang pasti syahmi nanti aku taknak masukkan dia kat tadika kakak dia. Aku nak daftar terus pra-sekolah tuk 5 tahun punya. Lagipun senang sikit sbb bil kakak dia darjah 1, adik dia pra 2-2 satu sekolah. Tak payah pening2 kepala.
Hmm .. mesin dah berhenti, anak2 aku pun dah mamai so aku nak rehatlah. Hasben pun baru bagi mesej suh tido dulu.

Syukur alhamdulillah ....

Baru tadi dapat slip gaji untuk bulan ni, sekali tgk berlebih2 .. berlebih mcm mana tu ... aku baru dpt kenaikan gaji bulan ni .. kenaikan gaji aku bulan Januari tp dorang baru bayar bulan ni .. yg tu mmg aku tau sbb tiap2 tahun mcm tu .. tau2 aje sekali berderab dorang bagi .. tapi yang satu lagi ni wat aku terkejut sangat2 ... betul ke ni?? 2 kali ganda gaji asal aku ni .. tak puas ati aku call unit gaji .. tak angkat2 dekat 45 minit .. sakit ati aku .. dorang ni tak keje apa? pastu call kakak kat bhg admin kitaorg tanya pasal duit tu. dia kata betul, hhuhuhuhu .. aku ckp 'kak, jgn main2 .. ni bukan seratus dua ratus kak .. nanti kena bayar balik.' ye lah mampuss aku kalau dorang terlebih masuk kat akaun gaji aku.
Pastu dia bagi no tipon org yg jaga bab tanggung kerja ni. Sib baik dpt .. setelah aku cuba kat bhg gaji tadi yg tak angkat2!!! Mamat tu kata betul .. skang ni tak yah tggu memo tamat tanggung kerja. sbb aku bukan tanggung keje orang bersalin, ni tanggung keje tmpt cc aku yg gred lagi tggi dari aku. CC aku meninggal hujung bulan 2 lepas. Pastu aku kena wat keje arwah dari bulan mac sampai september ni. Pastu kalau tak ada pengisian jawatan ni, aku kena sambung lagi tuk 6 bulan lagi. Sbb tu dorang bagi terus elaun tanggung kerja ni. Bulan ni aku dpt tunggakan dari bulan Mac .. 5 bulan dorang bayar sekaligus. So bulan depan ngan bulan 9 aku dpt jugak.
Tapi kalau ada pengisian, elaun aku tamat lah.

Syukur alhamdulillah .. bolehlah aku wat belanja preparation tuk hari raya .. sbb dgr2 tak ada bonus tahun ni .. huhuhuhuhuh

Attention Penggemar Bunga2an !!

Cewahh .. tajuk tak hengat!!! hihihihi .. pada siapa2 yang suka sangat ngan bunga2 ni akan diadakan Pesta Flora Putrajaya 2009 pada 1 Ogos 2009 hingga 9 Ogos 2009 (x pasti lah tarikh last .. im sori!!) dekat mana??? hahh ... di persisiran Putrajaya Presint 2 .. alah mana yang dah tau kat tepi tasik dekat ngan jambatan. Lebih tepat lagik berdekatan ngan tapak pasar tani Presint 2. Kitaorg dpt jemputan untuk perasmiannya pada hari Ahad 2 Ogos tp aku tak dapatlah nak dtg sbb tarikh tu ada wat kenduri tahlil kat umah mak mertua ... aku pernah pegi pesta flora ni .. rasanya tahun 2007 kot .. sebenarnya aku ni bukanlah penggemar bunga tp saja je nak pegi sbb dowang yg dah pegi kata unik2 dekorasi mereka2 ni buat .. ada bergambar dgn chicken little diperbuat dari bermacam jenis bunga ... tunggu aje lah nanti ekk ... bila lalu aje kat tepi tu misti nampak papan tanda countdownnya .. mcm semalam 11 hari lagi ... Jom serbu !!!!!!

boring !!

tah bilalah line tenet kat opis ni nak ok ... semuanya lembab giler. Wahai MAMPU ngan Telekom tak ok2 lagi ker?? dah dekat 2 mggu ni .. tapi tak pe, tak ari ni, esok aku punya broadband aktif .. nampak gayanya aku boleh tenet sakan ngan laptop yang baru beli tu .. hehehhe ... harapkan tu aje lah. opis ni byk benar site2 yg di block nyer ...

hari jumaat sampai ahad ni hasben aku g kursus bina insan kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. hmm .. kursus lagik!! aku tahun ni kursus baru 3 hari .. hasben aku dah lebih 7 hari .. huhuhu .. berpuluh hari kot .. ngan induksi, btn ajer dah 14 hari, induksi khusus 4 hari pastu kursus2 sampingan lain yg berkaitan ngan keje dia. Jangan tahun depan menganga .... tak da kursus heheheheh. Aku nak berkursus boleh kat INTAN berlambak kursus tp tu lah tak ada penginapan disediakan tuk org2 Lembah Klang nih kena ulang alik 3 hari .. huhuu kalau aku pandai drive tak apa lah.

minggu depan pulak 2 Ogos ada wat kenduri tahlil kat umah mak mertua aku .. bz lahhh kat sana nanti.

Tuesday, July 21, 2009

Zoom ......


gambar ni diambil masa buat jamuan perpisahan untuk pegawai2 yang dah bertukar. biasalah pegawai2 ni tak lama ajer nak naik pangkat. cuba cari mana den .. hehehe
yang pakai spek mata kecik molek orangnya kat depan tu adalah timbalan kami ...

Mendung dan sejuk

hmm .. cuaca kat luar mendung pastu terasalah sejuknya kat dlm ni. nak cite apa yer ...
semalam rajin pulak nak masak, selalu masak simple ajer tp entah nape sampai 3 lauk -
ayam masak kurma, sambal sutun ngan sawi goreng tp sayangnya tak dpt nak snap .. sebab ??
sebabnya henset yg baru aku beli ni tak leh nak connect cable kat pc!! huhuhuh geramnya aku!!!
mcm mana lah aku nak letak gambar2 kat blog nehhh ... korang ada idea lain2 tak??

lagi satu aku nak meroyan ngan jadual keje baru hasben aku. mana tak sakit ati, hari ahad masuk kul 11 mlm abis kul 8 pagi pastu isnin (semalam) masuk keje kul 10 pagi balik kul 7 mlm. Hari ni masuk kul 8 pagi sampai kul 5 ptg - normal shif. Yang geramnya pihak atasan tak bagi dah dorang wat OT!! pada2lah sikit berapa sgt gaji KP11 nih .. basic baru RM780++ tambah elaun2 suma berapa baru dapat. Ngan OT lah dorang suma dpt tampung perbelanjaan isi rumah dorang. Kadang2 kesian ngan dorang yg gred rendah ni. Orang2 gred2 tggi ni melampau2 elaunnya.Lepas ni kenalah jimat2 sikit, bukan apa selalu OT dlm RM400 ke atas hasben boleh dpt sebulan, mcm bulan ni tak cukup hasben terpaksa claim tuk cuti. Hmm .. pastu ada gak dgr2 pasal elaun yg nak ditarik balik .. huuaaaaaaaaa. PM kasihanilah kami !!!

Monday, July 20, 2009

Monday bluess ..

Tengah cari mood ni .. tak tau nak update apa kat sini .. line internet disini masih wengg. Pagi2 tadi dah buat keje skang ni tgh tunggu keje pulak dari boss .. hehehe ..

Friday, July 17, 2009

Migrain oh migrain

udah lama tak datang migrain .. la ni tgh sakit
aduhhh ... sakit sebelah ajer .. ubat kat umah pulak
balik nanti kena makan ubat jugak ler

tak tau nak ngomel apa lagi kat sini
huhuhu

Thursday, July 16, 2009

Gambar2 waktu program riadah di UPNM

inilah dik Nor yang baik ati temankan kakak dia ni sampai abis masa mendaki bukit, tima kaseh dik .. jasamu dikenang .. wahhhhh ... heheheh

ni masa sesi penerangan menggunakan senapang M16 .. boleh tahan berat gak benda alah ni .. bila first time tembak, aku terkejut sbb senapang tu melantun balik yg belakangnya kena ke bahu .. tp ske menembak guna M16 sambil meniarap tapi sayang gambarnya masa menembak yang ini tak ada. Lagipun tmpt tu jauh sket ... Lupa pulak .. point aku masa ni dapat 7 heheehe tak apa lah daripada tak ada point langsung.

yang ni gambar masa menembak menggunakan pistol.. Nampak tak belon tu?? hahh .. belon tu lah kitaorg kena tembak bagi pecah .. tp grup kitaorg sorang pun tak kena .. heheheh .. mana tak nya aku terkejut sbb pistol ni lagi berat wpun kecik pastu kelongsongnya kuar betul2 sebelah muka aku. abis lepas tu tangan2 kami berbau mcm karbaid ...


peace .. cantik pulak bergaya bergambar mcm ni .. hehehhe .. masa ni tgh tggu giliran nak menembak guna pistol .. oh ye baju tu upnm bagi so seragam ajer suma kaler biru, mmg my peberet kaler pun ... bertambah lagi koleksi t shirt ku


peace ......
nampak tak yg sebelah kiri aku kat area bukit tu .. yg ada nombor2 tu?? hah kat situlah tmpt menembak M16 ..


masa kat khemah tgk member2 lain menembak


masa ni kat rumah kayak, tapi tak berkayak pun. sbbnya aku ni fobia ngan tasik .. huhuhu sib baik ada member nak temankan. dia pun tak nak berkayak.


masa ni baru abis mendaki bukit .. catat sejarah orang paling akhir sekali sampai .. heheheh .. tapi tak apa sbb kami dpt naik bas ke rumah kayak lepas tu sbb org2 sebelum tu dorang kena jalan kaki ke sana .. boleh tahan gak lah jauhnya








senyum seindah suria

senyum seindah suria
yg membawa bahagia
senyumlah dari hati
dunia mu berseri
hah .. apa lagi kengkawan .. senyumlah semua
heheheh .. semalam hari duka
hari ni hilang segala duka lara
alhamdulillah
hari ni nampaknya line tenet ok
keje pun dah setel pagi2 tadi
sbb hari ni poser ganti
so waktu bekpes gantikan ngan wat keje
rasa2nya hari ni nak upload gambar2 masa g riadah kat upnm sabtu lepas
heheheheh

Wednesday, July 15, 2009

maafkan aku

maaf semua .. hari ni emosi ku tiba2 terganggu .. nak cerita kat sini ibarat membuka pekung di dada .. bagi korang bergelar isteri mesti faham adat rumahtangga .. tak sangka jatuh juga air mataku walaupun aku rasa aku ni sorang yang kuat. tapi sekurang2nya aku dah luahkan semua yang terpendam di dalam lubuk hati ini. Kadang2 aku terfikir layakkah aku jadi seorang isteri dan ibu yang baik? lagi pulak mimpi2 yang sama selalu menyelubungi aku .. kalau setakat sekali aku boleh kata mainan tido tapi bila kerap, mengganggu fikiran aku juga.

maaf sekali lagi kawan2 .. aku tak berniat nak mengheret korang semua dalam masalah aku cuma sebenarnya aku tak ada kawan untuk aku meluahkan perasaan. setakat nak bercerita mmg boleh tapi kawan yang betul2 boleh ketawa, menangis bersama .. aku tiada kawan seperti itu. Kenapa???

Tuesday, July 14, 2009

Update ni dulu ....



ni entry saja tuk try lepas ke tak tuk publish .. tensen arr tenet tak ok .. nak tengok email pun tak dpt .. hmmm ... buring.

gambar ni ambil di depan pintu UPNM, masa ni nak balik dahh .. tgh2 panas terik bergambar hehehehe .. bdk2 UPNM pandang aje kitaorg .. lantak arrr .. hihihihih

hari ni ada problem ...

Problem apa tu ???
hmm .. hari ni ada problem ngan capaian internet kat opis
pagi tadi langsung tak leh bukak
la ni dah okeh tp lemmmmbabbbbbb lah sesangat
nak jalan2 blog kengkawan pun teramatlah susahhhhh
lagi satu sakit kaki .. huhuhu ..
ni gara2 jungle tracking hari sabtu lepas
aku dah rasa semput dah tp alhamdulillah aku dpt habiskan ...
bila jumpa geng lain2 dorang tanya kitaorg dapat abiskan ke
masa tu aku ber2 ngan budak opis - dik Nor yg baik ati temankan kakak dia ni yg semput
heheheh ... ye lah kami org yg terakhirrrr sekali dalam ramai2 orang tu
tp best sbb ada 'abang2' ngan 'adik2' kadet akhir upnm temankan .. ekekekkeke
bila aku benti ajer sbb keletihan, dorang banyak bg semangat .. sampai ada sorang tu aku rasa pangkat besar gak sbb dorang suma panggil dia Dato' . Bila tgk aku mcm keletihan beriya2 dia bg semangat siap buat demo suh aku tarik nafas panjang2 .. hehehhehe
ada gak bergambar tp disebabkan internet bengong ari ni
rasa2nya nanti lah upload .. karang gerenti tak leh upload

Friday, July 10, 2009

Nak g menembak ...


Huhuhu .. jgn terkejut ngan tajuk di atas ekkkk .. hehehehhe ..

Kami kat sini dapat jemputan daripada Kem Pengajian Tinggi untuk Program Riadah Bersama Kakitangan KPT Dengan Kakitangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
esok Sabtu 11 Julai 2009. Bila tengok schedulenya .. macam best ajer sbb ada xtvt mendaki bukit, berkayak dan yang paling best ... menembak .. hehehehhe ..

tapi boleh ke pegang senapang ni?? entah2 senapang tu lagi berat dari aku wakakakakaka ... Ingat nak ajak pak encik aku tu tapi dia tak leh pegi sbb kebetulan sabtu ngan ahad ni Kementerian kitaorg wat Kejohanan Sukan kat stadium UKM Bangi.

Pak encik masuk acara tarik tali pastu kena bertugas pulak kat situ ..
anak2 pulak malam ni kami balik umah mak kat gombak, tinggalkan dorang berdua kat situ
sbb pak encik keje shif malam. so malam ni aku sowang2 arr tido kat umah.

Esok kul 7 pagi dah gerak g kem sg. besi ..
ishh .. tak dapat bayangkan lah esok mcm ner ... heheheh

cerita hari ini


nasi goreng lauk sambal ayam ngan teh tarik .. semua sekali RM3.70 .. ok tak? Entahlah kadang2 kafe kat opis ni mahal .. kadang2 ok ..

tgh boring2 tadi snap gambar sendiri .. ekekekek .. bos2 suma g miting kul 9 tadi .. dah setel wat keje saja aje amek gambar sendiri sbb dah lama tak amek gambar

Thursday, July 9, 2009

Siapakah gerangan awek itu ??


kenal tak??
Itulah Scha ... masa tu dorang wat shooting evolusi kl drift 2 kat area ofis. Kebetulan hasben keje malam dorang lepak2 lah kat situ. Hasben ceritalah Scha ni lawa orangnya (mmg pun) aku pun suka tgk dia dalam Awan Dania :). Walau sibuk shooting pun sempat gak layan peminat nak bergambar ..

Gambar Potong Kek

hah .. seperti dijanjikan ...hari tu letak gambar kek ajer kan
hari ni gambar2 masa potong kek.
terima kasih bos!!!






yang tengah jalan kat belakang tu bos nombor 1


sebelah kiri tu lah bos yg belikan kek .. dia bos nombor 2 (bos kecik)


Wednesday, July 8, 2009

huhuhuuhu

rasanya hari ni tak boleh nak ronda2 ...
kena cherry berry .. huhuhuhu ..
tak larat arrr ... pagi tadi 4 kali masuk toilet
nak g keje tadi 2 kali
sampai opis tadi masuk toilet lagi
sakitnya perutt ......

so hari ni nak relaks ....

Tuesday, July 7, 2009

coretan sebelum balik

hmm .. tak sangka bos wat surprise tghari tadi
dia belikan sebiji kek ..
so tghari tadi makan ramai2
tp disebabkan hp ku tadi hang
pinjam hp member tak smpat nak blutut gambar
yang sempat gambar kek ajer
so tgk gambar kek dulu yer

Kad Besday



SELAMAT HARI LAHIR
DARIPADA
PENAUNG & JAWATANKUASA KECIL
BIRO KEBAJIKAN KKBB





* tadi bukak email ofis, dapat ucapan daripada kelab keluarga ofis.
selalu dorang bg kad .. kali ni kad gak tp kad elektronik tp tak apa lah
kad jugak :D

SELAMAT HARI LAHIR !!!


Alhamdulillah hari ini genaplah usia ku yg ke 29 tahun .. sekejapnya masa berlalu ..
pagi ni aku bawak bubur kacang durian tuk member2 opis ... dan terima kasih tuk kak ty yg pagi2 dah bagi sms :)

Monday, July 6, 2009

Aktiviti petang Ahad - 5.7.2009



petang semalam abang ajak aku gi opis
sbb dia nak basuh keter
pastu bawak aisyah ngan syahmi sekali
boleh main basikal kat situ
lapang sikit .. tak ada org nak kacau





masuk sekali gambar abang tgh cuci keter .. air free kekdahnya yer ... hehehhe



dan last sekali gambar aku .. tengoklah .. abaikanlah pipi ku yang dah tembam dan kulit kusam ku itu ... muka letih ngan penat