Monday, November 2, 2009

Setelah sekian lama ...

Aku rasa macam dah bersawang blog aku ni. Bukan tak nak update, tapi kadang2 tak leh bukak .. tak tau naper? try kat opis pun tak leh .. kat rumah pun kadang2 ok kadang2 tak ok. Hari ni sib baik dapat, lagipun faktor masa pun menjadi satu halangan jugak.

Sebenarnya banyak benda yang nak aku tuliskan disini tapi satu persatu lah aku tuliskan dulu. Aku dari hari Khamis lepas badan aku tak sihat, mula2 kena migrain pastu tekanan darah rendah, demam semua ada lah, complete! Hari ni pun aku tak sihat jugak, tiba2 pulak sakit perut time solat subuh. Sekejap2 masuk toilet, lama2 aku naik letih .. tertido balik. Sib baik aisyah hari ni cuti sbb sabtu lepas ada buat sukan tadika.

Aku puasa hari ni tapi badan aku lembik mcm ni, insyaallah aku cuba kuatkan badan. Kejap lagi nak masak, baru tadi en bard aku antar lauk. Aku ingat nak masak sup ayam ajer lah, lagipun tekak aku sakit lagi tak leh nak telan benda2 keras. Sekarang ni pun tengah hujan .. hujan panas. Kesian anak2 aku nak tgk tv tapi siaran tergendala, biasalah kan .. Astro kalau time hujan lebat. Bayar mahal2 tapi servis macam hampeh!

No comments:

Post a Comment