Wednesday, September 9, 2009

Berita gembira kakitangan gomen

hehehhee .. poyo ajer tajuk entry aku ni kan?
ekekekek ...

korang tgklah berita malam ni yer ..
insyaallah ada biter yg menggembirakan

aku just boleh cakap setakat tu ajer
takut cakap lebih2 karang tak betul aku yg kena gedebushhh!!!


* dah kuar paper online pun .. balik rumah tgk internet dah masuk dah beritanya .. alhamdulillah ....

Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Kumpulan Sokongan


KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.

Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. insyaallah kty .. bolehlah buat duit raya
    tunggu je lah berita malam ni kalau kuar lah
    kalau tak jgn marah ekkkk ..

    ReplyDelete