Thursday, September 3, 2009

Bonus .. Bonus

Sekarang ni sana-sini kita baca paper kakitangan kjaan nak minta bonus. Orang2 pun bercakap pasal bonus. Kalau baca kat internet ramai bertelagah pasal bonus kjaan ni. Biasalah orang kjaan kata mcm ni private sector kata mcm tu. Kalau ikutkan 2-2 sektor ni menjana ekonomi negara. Kdg2 terasa gak dorang kata perkhidmatan kjaan teruk, sbb tempat aku ni .. huhuhuu kalau tiba time 'pack' mmg tak sempat nak mengadap internet ke nak apa ke. Tempat aku ni start bulan Mac sampailah PM umumkan Bajet tahunan, barulah kami relaxx ... Bygkan tgh tahun kena wat OT. Lagi parah kalau figure yg kita isi tak telly dgn apa yg kementerian bg. Huhuhu kalau kurang singgit dua tak apa jugak. Ni ada yg terkurang berjuta2 .. kenalah buat balik cari kat mana kurangnya. Aku dah 9 tahun keje dok ngadap benda ni ajer ...

Balik pada isu bonus ni, asal nak dekat2 ajer ramailah yg menelefon kami2 kat sini tanya pasal bonus, pastu tanya apa yg naik, turun ... manalah kami tau .. kami jaga duit ajer .... Buat sekarang ni mmg tak ada apa2 wpun romuours kata ada. Entahlah kami kat sini tak mengharap sgt sbb kami tau kedudukan kewangan negara kita macam mana. Sib baiklah persiapan raya tuk anak2 dah ada dan juga untuk sekolah.

Kalau dulu hasben keje private kencang gak nak dekat raya, tapi semenjak dia masuk gomen, kami kena belajar berjimat cermat maklumlah gaji dia teramatlah kecik dibandingkan ngan gaji dia kat private. Walaupun hanya seorang despatch .. gaji dia tetap tinggi. Ditambah lagi dengan keje part time yg dia buat, tapi opis tu tak nak pakai dah despatch lagik sbb masalah ekonomi. So pendapatan sampingan hasben yg hampir 3 tahun tu hilang mcm tu ajer. Mungkin tak ada rezeki kami.

So skarang ni hasben aku selalu amek OT, nanti tengah bulan kami ada lah duit untuk menjelang akhir bulan.

3 comments:

  1. ada juga ot... boleh juga balun ot... tempat ain ni langsung x da ot.... kecuali.... klu time nak closing tu terkena hari sabtu or ahd.... tapi amat la jarang sekali.....setahun ada la 2/3 kali.....

    kadang kadang kita pikir kita susah... tapi ada lagi org lain yang lebih susah dr kita

    ReplyDelete