Pagi semalam tgh rehat2 dalam pukul 11.30 ada call .. tgk nombor, ayah aku punya. Aku angkat tapi sore mak aku. Mak aku cakap dia dekat hospital, ayah aku kat emergency ward, sakit dia datang balik. Aku tanya mak aku g ngan sapa? mak cakap adik aku yg kat sabak bernam tu balik jumaat malam sbb ayah aku call suh balik. Sbb ayah aku tak nak g hospital so adik aku gegas balik bawak alat2 perubatan dia tu.
Aku tanya ayah aku masuk hospital mana? Mak aku bgtau hospital hal ehwal orang asli kat bt12 sbb kwn adik aku jaga sana. Pastu aku siap2 lah kat rumah, sambil2 tu telefon adik2 aku yg keje kat secret resepi ngan care4 tu ajak dorang balik skali. Sib baik adik aku yg keje care4 tu dpt balik, ye lah dia cashier pastu pulak punya ramai umat manusia pulak pagi tu. Adik aku cakap dari dia bukak kaunter kul 9 sampai kul 12 dia tutup kaunter collection sampai 5 ribu dah.
On the way nak g gombak, adik aku call kata tak yah dtg hospital JHEOA tu sbb nak refer g HKL. Sbb JHEOA tu tak ada wat CT scan, x ray pun tak boleh buat. So kitaorg terus g HKL .. huhuhu aku tgk jalan nak masuk KL jem giler .. Giler kentang betul jalan area KL semalam. Apa lah salahnya dowang ni naik pengangkutan awam ke?
Sampai kat HKL aku msg adik aku, dia kata dia pun baru sampai. Pastu x sampai 5 minit aku tgk adik aku baru sampai emergency ward ngan ayah aku jalan tak larat. Aku terus suh adik aku mintak kerusi roda. Untung ada adik aku tu sbb dia MA so dia lah yg uruskan semuanya .. Mak aku cite ayah aku tiba2 sebelah badan mcm tak leh gerak pastu ayah aku rasa muka dia macam senget sebelah. Tapi bila wat ujian darah kat jheoa result ok cuma darah tinggi ngan kencing manis ayah aku tggi.
Sampai kat HKL kena amek darah lagi sekali pastu wat xray. Doktor kat c2 nak bergaduh ngan adik aku sbb dia kata ayah aku ok .. tak ada masalah apa2. Adik aku berkeras suh buat ct scan takut ada darah beku kat kepala. Pastu baru lah ayah aku g wat ct scan. Kitaorg kat situ dari pukul 1 tghari pastu kul 3.30 ayah aku kena tahan wad sbb doktor nak pantau.
Sampai kat wad kan ada doktor yg akan periksa ... bengang ajer ngan doktor tu dah lah sampai2 tak tanya kabar ayah aku tu terus g sembur ayah aku, marah2 kata kenapa dah sakit macam ni tak nak pegi hospital? dia tanya ubat tak makan ke? ayah aku kata tak sbb ubat dah abis .. dia marah lagik ayah aku. Dia tak tau ayah aku tu kepala angin, kepala batu apa semuanya ada. Stail doktor ni bila ayah aku jawab, dia provoke lagi .. provoke .. provoke. Aku geram ajer. Pastu dia nak marah adik aku pulak sbb dia tau adik aku MA tapi tak ambik tau pasal sakit ayah aku. Padahal adik aku baru 2 thn jadi MA. Lagipun ayah aku tu jenis degil tak nak g klinik@hospital bila sakit.
Last2 ayah aku geram dia kata tak nak ddk hospital nak kuar. Doktor tu kata ok nak kuar tapi esok pastu apa2 jadi dia suh ayah aku tanggung sendiri .. huhuhuhu pastu adik aku kata tak apa sbb dia ada.
Tengahari tadi kul 1.30 adik aku tpon bgtau ayah aku boleh kuar wad so adik aku terus bawak mak ayah aku datang umah aku. AKu tgk ayah aku dah ok, jalan pun dah ok. So aku nasihat tak payah merokok lagik .. NI dah serangan ke2 .. adik aku ckp lama2 boleh jadi serius .. jadi strok. Moga2 tak ada apa2 yg berlaku .. insyaallah
semoga ayah dinda cepat sehat ye..amin
ReplyDeletetima kasih kty
ReplyDelete