Thursday, August 6, 2009

Cerita malam ini

Rasa macam banyak aje aku nak cerita hari ini. Saat ini aku baru abis buat keje opis yang aku bawak balik ... huhuhuhu itu pun tak abis lagik. Sib baiklah ada lappy ni, senang aku tak yah wat OT selalu, lgpun en bard aku tu seminggu ni sibuk aje ngan training tarik tali sbb hari sabtu ni dia ada game kat Johor. Tapi malam ni g lawan bolasepak pulak kat padang MSN, Bukit Jalil. Ingat tadi nak ikut tp pk2 balik malaslah .. dah lah aku bawak balik keje opis tp tak buat, kan rugi namanya tu. Lgpun sok aku balik rumah mak aku, tak apa lah sbb weekend pun en bard aku tak ada kat rumah. Biarlah balik awal2 .. takut nanti tak ada masa nak balik pulak.
Hmm .. mggu depan bulan en bard g Perlis ada sukan MAKSWIP start 12hb sampai 16hb .. yang ni wakil Kementerian pulak acara bola sepak .. huhhh sangap lah aku anak beranak kat rumah. Bila time macam ni rasa rugi pulak tak pandai bawak kereta kan? Nampak gaya aku tak dpt lah pegi Floria tu, tp x per lah dlm keadaan H1N1 ni wat aku tak selesa nak pegi tempat ramai2 orang ni. Lagilah dengan keadaan jerebu yang merunsingkan .. ye lah, dah lah mata aku ni akhir2 ni rasa mcm melekit2, macam ada selaput .. bila tgk jerebu lagilah problem mata aku.
Berbalik kisah en bard aku yang bz aje tu, kadang2 aku terasa macam kitaorg ni dah jauhhh sangat. Ye lah, dia g training .. sampai kat rumah pukul 11 malam. Pastu anak2 ngan aku tido, dia tak tido .. sama ada dia tgk tv atau layan internet. Esoknya bangun pagi g keje, tengahari balik rumah .. dapatlah jumpa sekejap pastu petang g training balik malam. Kesian pulak kat anak2 aku, rasa mcm kekurangan kasih sayang pulak ... (aku pun) hehehehhe .. rasa mcam tak ada ruang dah bagi kami. Macam sebelum2 ni lepas makan, tgk tv sama2 .. main2 ngan anak. Weekend pun dia keje, kalau cuti pulak ada aje agendanya. Sebab tu anak2 aku bila ayah dia ada kat rumah dorang mengada2 .. kononnya nak tarik perhatian lah tu .. tapi mmg betul pun kan?
Minggu depan pulak, g Perlis .. hampir seminggu. Hmmm .. apa boleh buat, dah itu minat dia. Takkan aku nak halang kan?? Sebelum kawin lagi aku dah tau kesukaan dia, lagipun semenjak en bard aku tu keje gomen lah dia aktif balik dalam bersukan. Dengan sukan jugaklah dia dah ke sana sini. Baju anak2 aku tak kemas lagi ni, hehehehhe biasalah ibu dorang ni ske kemas last minit. Esok balik rumah tghari sempatlah aku kemas baju dorang. Baju aku pun bukannya banyak sangat. owhhh nak kemas barang2 en bard lagik .... Hmm anak2 aku ni tak nak lah pulak mata dorang nak tido nih, dah pukul berapa dah ni?? Ok lah itu ajer aku nak bebel malam2 jumaat ni.

2 comments: