sekarang ni kan musim denggi makin menjadi2 ... dan aku salah sorang mangsanya yang kena .. huhuhu 2 minggu aku demam .. start 1hb ari tu. 3hb aku g klinik masa tu aku baru 2 hari demam, doktor x nak amek darah dulu sbb dia kata aku baru nak demam. Petang tu aku sejuk menggigil2, demam panas wpun dah makan ubat .. aku rasa adalah dlm 3 kali aku kena macam tu. X tahan sgt tgh mlm g emergency Hospital Putrajaya. Yg peliknya bila g spital temperature aku turun, padahal kat rumah dah nak hampir 40 darjah dah. Bila doktor check, dia pun x nak amek darah sbb baru 2 hari tp dia kata klu demam lagi dlm 2 hari datang balik spital.
So aku dpt mc aje pas2 dpt ubat demam. Balik dari spital tu lah bermula penderitaan aku huhuhu .. seksanya kena denggi ni .. bygkan tak lalu nak makan, pas2 asik nak muntah ajer .. bila aku nak bangun, mesti aku rasa melayang nak jatuh. En Bard aku ajak g spital tp hari Ahad tu mcm dah elok sket sbb aku telan ubat migrain sbb x tahan sgt sakit kepala. So Isnin tu aku dtg opis, tapi .... aku lembik balik kat opis. Bygkan dgn muntah ntah berapa kali pas2 sejuk menggigil. Kebetulan ari tu aku ada appointment kat spital sbb nak tau result darah yg aku amek ari tu. G spital semua ok tp aku ada tiroid pulak .. aduh, mcm2 dugaan aku. Pasal tiroid tu lah buat kadar metabolisma aku rendah, sbb tu aku cepat letih, mudah jatuh sakit pas2 berat aku naik. Pas2 aku bgtau pasal aku dah demam dekat seminggu, doktor kuarkan surat rujuk ke emergency. Sib baiklah dia tak suh g klinik kesihatan .. g emergency aku terus masuk wad semi kritikal amek darah pas2 x sampai 5 minit nama aku kena panggil balik. MA tu terus cakap .. 'puan, conform puan kena denggi .. kena tahan wad lah ye' huhuhu ... terus kena masuk air. Pas2 doktor dtg, dia bgtau kenapa baru dtg spital .. sbb platlet aku dah jatuh sampai 36 pas2 darah aku pekat sangat2. Kalau aku lewat dtg kemungkinan besar aku bleh kena denggi berdarah .. Ya Allah ... takut aku dengar.
So Isnin 8hb tu waktu lunch hour aku kena tahan wad .. Wad yg aku masuk tu 3 org kena denggi. Masa tu aku mmg lembik sgt2 .. tak hirau org sekeliling dah .. Dah lah tu minum air kena sukat, buang air pun kena sukat. Kena sorong mesin lagi .. seksanya aku masa tu. Petang tu En Bard aku masakkan sup ketam, org kata bleh naikkan platlet darah. Mmg betul pun sbb esoknya platlet aku naik 40. Hari Rabu 10hb aku dah bleh kuar spital .. lega rasanya. Aku dpt mc sampai 15hb, dpt duduk rehat kat rumah. Aku malas nak ddk spital lama2 .. risaukan anak2 aje. Sib baik masa tu jatuh hari cuti En Bard, dan Aisyah terpaksa ponteng sekolah sehari. Kesian tgk dia sbb masa tu dah nak hujung2 sekolah kan ...
Alhamdulillah, skrg ni kesihatan makin pulih sikit. Sekarang ni aku fobia ngan nyamuk .. huhuhu
No comments:
Post a Comment