Monday, September 14, 2009

migrain !! migrain !!

dah 3 hari aku kena migrain .. tak larat rasanya.
hari ni pun kena lagi .. mana tak nya
aku dah tido pastu en bard balik keje kul 12.30
aku terjaga terus tak leh tido ..

masuk bilik mata terkelip2 .. tgk jam dah kul 2 pagi
aku terus sahur ngan en bard
pastu terus tdo ... bangun tdo terus sakit kepala
sampai skang nih

dah tu pulak ditambah ngan angin gastrik
adehhh ...
en bard pulak g berbuka ngan member2 dia
anak2 tak ada kat rumah
aku berbuka sorang2 lah hari ni ...

tiba2 aku rasa emo pulak ari ni

Thursday, September 10, 2009

Berbuka Di Secret Recepi

Hari ni aku and the gang berbuka puasa kat secret recepi, alamanda. Aku pun dapat green light dari en bard .. heheheh .. anak2 en bard jaga, dia berbuka ngan member2 kat opis .. alahaii sayang abang .. hehehehe. Sebenarnya en bard aku cuti hari ni so dia bawaklah anak2 g opis sekali. Malam karang lps berbuka terus amek aku.

Ni first time berbuka ngan anak2 dara ni .. hehehe suma pangkat adik2 ngan aku. Nak berbuka tempat lain kena datang awal2 reserved tempat. Kami abis keje kul 5 .. tggu bas nak ke sana mesti dah penuh meja .. Sbb tu g SR sbb adik aku keje kat situ .. awal2 dah bagitau suh reserved tmpt duduk. Nak tggu waktu berbuka tu bolehlah jalan2 cuci mata sekejap, gaji pun dah masuk. Alah setakat window sopink aje teman dorang kalau2 nak membeli. Sib baik aku ni termasuk dalam golongan bukan suka sopink.
Membeli apa yg perlu ajer, yg lainnya aku ske cuci2 mata ajer.

Wednesday, September 9, 2009

Berita gembira kakitangan gomen

hehehhee .. poyo ajer tajuk entry aku ni kan?
ekekekek ...

korang tgklah berita malam ni yer ..
insyaallah ada biter yg menggembirakan

aku just boleh cakap setakat tu ajer
takut cakap lebih2 karang tak betul aku yg kena gedebushhh!!!


* dah kuar paper online pun .. balik rumah tgk internet dah masuk dah beritanya .. alhamdulillah ....

Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Kumpulan Sokongan


KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.

Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

-- BERNAMA

Cuti Raya

Cerita bab cuti raya .. hmm untuk tahun ni pertama kali selama 9 tahun aku bekerja aku tak amek cuti huhuhuhu .. Sebab?? sbbnya hasben aku keje waktu raya ni. So aku pun kejelah start ari rabu tu. Lagipun rumah mak ngan mak mertua aku dekat2 .. so tak ada masalah.
Aku dah biasa tak extend cuti raya ni, masa aku keje sales assistant dulu2 aku cuti raya 2 hari tu aje. Kalau kedai tutup tambah satu ari lagi .. cuti lah. Lagipun sian tgk dorang yg duduk jauh nak balik kampung kan? Kita ni dok KL tak ke mana pun raya ni. Tapi waktu tu paling best aku rasa sbb jalan sekitar KL mmg lengang giler!! hehehe tak ada gangguan apa2. Tapi aku rasa tahun ni penuh ngan mat2 indon, bangla, african lah kot .. huhuhuuhu .. apa dah jadi negara aku.
Esok gaji, mggu depan dapat kuih raya. Baju melayu en bard ngan syahmi pun dah siap. Baju aku ngan aisyah awal2 dah siap .. tema kami tahun ni kaler hijau :)Hmm bonus pun tak tau ada ke tak ada ... Dengar2 dapat duit raya ajer. Duit tu pun cukuplah nak bayar duit kuih yg aku tempah ... huhuhuuhuh ...

Sunday, September 6, 2009

Ayah aku sakit

Pagi semalam tgh rehat2 dalam pukul 11.30 ada call .. tgk nombor, ayah aku punya. Aku angkat tapi sore mak aku. Mak aku cakap dia dekat hospital, ayah aku kat emergency ward, sakit dia datang balik. Aku tanya mak aku g ngan sapa? mak cakap adik aku yg kat sabak bernam tu balik jumaat malam sbb ayah aku call suh balik. Sbb ayah aku tak nak g hospital so adik aku gegas balik bawak alat2 perubatan dia tu.

Aku tanya ayah aku masuk hospital mana? Mak aku bgtau hospital hal ehwal orang asli kat bt12 sbb kwn adik aku jaga sana. Pastu aku siap2 lah kat rumah, sambil2 tu telefon adik2 aku yg keje kat secret resepi ngan care4 tu ajak dorang balik skali. Sib baik adik aku yg keje care4 tu dpt balik, ye lah dia cashier pastu pulak punya ramai umat manusia pulak pagi tu. Adik aku cakap dari dia bukak kaunter kul 9 sampai kul 12 dia tutup kaunter collection sampai 5 ribu dah.

On the way nak g gombak, adik aku call kata tak yah dtg hospital JHEOA tu sbb nak refer g HKL. Sbb JHEOA tu tak ada wat CT scan, x ray pun tak boleh buat. So kitaorg terus g HKL .. huhuhu aku tgk jalan nak masuk KL jem giler .. Giler kentang betul jalan area KL semalam. Apa lah salahnya dowang ni naik pengangkutan awam ke?

Sampai kat HKL aku msg adik aku, dia kata dia pun baru sampai. Pastu x sampai 5 minit aku tgk adik aku baru sampai emergency ward ngan ayah aku jalan tak larat. Aku terus suh adik aku mintak kerusi roda. Untung ada adik aku tu sbb dia MA so dia lah yg uruskan semuanya .. Mak aku cite ayah aku tiba2 sebelah badan mcm tak leh gerak pastu ayah aku rasa muka dia macam senget sebelah. Tapi bila wat ujian darah kat jheoa result ok cuma darah tinggi ngan kencing manis ayah aku tggi.

Sampai kat HKL kena amek darah lagi sekali pastu wat xray. Doktor kat c2 nak bergaduh ngan adik aku sbb dia kata ayah aku ok .. tak ada masalah apa2. Adik aku berkeras suh buat ct scan takut ada darah beku kat kepala. Pastu baru lah ayah aku g wat ct scan. Kitaorg kat situ dari pukul 1 tghari pastu kul 3.30 ayah aku kena tahan wad sbb doktor nak pantau.

Sampai kat wad kan ada doktor yg akan periksa ... bengang ajer ngan doktor tu dah lah sampai2 tak tanya kabar ayah aku tu terus g sembur ayah aku, marah2 kata kenapa dah sakit macam ni tak nak pegi hospital? dia tanya ubat tak makan ke? ayah aku kata tak sbb ubat dah abis .. dia marah lagik ayah aku. Dia tak tau ayah aku tu kepala angin, kepala batu apa semuanya ada. Stail doktor ni bila ayah aku jawab, dia provoke lagi .. provoke .. provoke. Aku geram ajer. Pastu dia nak marah adik aku pulak sbb dia tau adik aku MA tapi tak ambik tau pasal sakit ayah aku. Padahal adik aku baru 2 thn jadi MA. Lagipun ayah aku tu jenis degil tak nak g klinik@hospital bila sakit.

Last2 ayah aku geram dia kata tak nak ddk hospital nak kuar. Doktor tu kata ok nak kuar tapi esok pastu apa2 jadi dia suh ayah aku tanggung sendiri .. huhuhuhu pastu adik aku kata tak apa sbb dia ada.

Tengahari tadi kul 1.30 adik aku tpon bgtau ayah aku boleh kuar wad so adik aku terus bawak mak ayah aku datang umah aku. AKu tgk ayah aku dah ok, jalan pun dah ok. So aku nasihat tak payah merokok lagik .. NI dah serangan ke2 .. adik aku ckp lama2 boleh jadi serius .. jadi strok. Moga2 tak ada apa2 yg berlaku .. insyaallah

Friday, September 4, 2009

Baju Raya Anak2 Tersayang

hmm .. tak tau nak apdet apa .. so nak letak lah baju raya anak2 ku yg kami beli awal bulan 8 ari tu. Saja beli awal, malas nak kuar time bulan poser .. Dapatlah beli sket utk dowang .. aku ni kalau dah sampai tkt 5 sogo tu mmg berjam2 lah cari baju dorang berdua. Lagipun kalau sale mmg murah2 harga bajunya. Cuma seluar2 ni lah mahal sket .. lagi2 suar jeans tuk aisyah .. lagipun dia tak ske pakai dress atau skirt pendek .. malu dia kata .. terpaksalah aku ikut kehendak dia sbb belajar dari tahun lepas lah, aku belikan dress tuk aisyah .. hmm raya tu sekali ajer pakai sudahnya dalam almari tempatnya.


Thursday, September 3, 2009

Bonus .. Bonus

Sekarang ni sana-sini kita baca paper kakitangan kjaan nak minta bonus. Orang2 pun bercakap pasal bonus. Kalau baca kat internet ramai bertelagah pasal bonus kjaan ni. Biasalah orang kjaan kata mcm ni private sector kata mcm tu. Kalau ikutkan 2-2 sektor ni menjana ekonomi negara. Kdg2 terasa gak dorang kata perkhidmatan kjaan teruk, sbb tempat aku ni .. huhuhuu kalau tiba time 'pack' mmg tak sempat nak mengadap internet ke nak apa ke. Tempat aku ni start bulan Mac sampailah PM umumkan Bajet tahunan, barulah kami relaxx ... Bygkan tgh tahun kena wat OT. Lagi parah kalau figure yg kita isi tak telly dgn apa yg kementerian bg. Huhuhu kalau kurang singgit dua tak apa jugak. Ni ada yg terkurang berjuta2 .. kenalah buat balik cari kat mana kurangnya. Aku dah 9 tahun keje dok ngadap benda ni ajer ...

Balik pada isu bonus ni, asal nak dekat2 ajer ramailah yg menelefon kami2 kat sini tanya pasal bonus, pastu tanya apa yg naik, turun ... manalah kami tau .. kami jaga duit ajer .... Buat sekarang ni mmg tak ada apa2 wpun romuours kata ada. Entahlah kami kat sini tak mengharap sgt sbb kami tau kedudukan kewangan negara kita macam mana. Sib baiklah persiapan raya tuk anak2 dah ada dan juga untuk sekolah.

Kalau dulu hasben keje private kencang gak nak dekat raya, tapi semenjak dia masuk gomen, kami kena belajar berjimat cermat maklumlah gaji dia teramatlah kecik dibandingkan ngan gaji dia kat private. Walaupun hanya seorang despatch .. gaji dia tetap tinggi. Ditambah lagi dengan keje part time yg dia buat, tapi opis tu tak nak pakai dah despatch lagik sbb masalah ekonomi. So pendapatan sampingan hasben yg hampir 3 tahun tu hilang mcm tu ajer. Mungkin tak ada rezeki kami.

So skarang ni hasben aku selalu amek OT, nanti tengah bulan kami ada lah duit untuk menjelang akhir bulan.