Wednesday, November 24, 2010

-Perlis-

hmm .. malam ni kul 10 en bard aku bertolak ke Perlis tuk sukan Makswip kat sana. Aku doakan semoga perjalanan dorang semua selamat pergi dan balik. En Bard ada kat sana sampai hari Ahad, harap2 dapatlah jumpa ayah dia kat sana.
Pagi2 sok jgnlah aku kelam kabut .. he3 .. aisyah aku tak kisah sangat, aku kejut dia .. dia bangun pas2 terus mandi. Ni syahmi .. aduhhh ... tiap2 hari mesti berdukung turun bawah g taska. Mengantuk katanya pagi2 tu nak jalan .. hadoiii lah. Sakit pinggang aku mendukungnya belum lagi campur ngan mengahnya lagik. Dahlah aku menten ngan high heels nya .. ha3 .. tapi pagi2 dah berpeluh .. mmg aku standby perfume dalam handbag ekekekeke.

Tuesday, November 23, 2010

-anak2ku dah balik-

malam tadi anak2 aku dah balik rumah, aku ngan en bard g ambil dorg kat umah MIL aku. Cukuplah hampir seminggu dorang kat sana, aku ni tak leh lama2 pisah ngan dorang .. hehehe tapi tu lah bila ada asik nak bertekak aje ngan dorang, biasalah kan ...
Syahmi mlm tadi tanya aku 'ibu, kenapa ibu ngan ayah lambat ambik adik? adik rindu kat ibu' .. hahahaha pandai buat ayat tu ... Yang Aisyah pulak tak abis2 tanya bila nak beli baju sekolah. Aku cakap nanti2 lah, bulan depan baru beli.
Hmm .. malam esok en bard aku bertolak ke Perlis sbb ada game bola kat sana sampai hari Ahad. Pas2 balik dari Perlis, hari Isnin g PD pulak sbb ada kursus keselamatan kat sana. Seminggu gak kat sana .. maknanya 2 mggu ni tggl kami 3 beranak je lah.
Sib baik dah start cuti sekolah, kalau tak kelam kabut gak aku nak setelkan anak2 aku tu waktu pagi, pas2 nak jalan kaki lagi g anta Aisyah g sekolah pulak.
Tapi x pe lah, dah biasa kena tinggal ... sekurang2nya anak2 aku ada, x adalah rasa bosan sangat nanti.

Monday, November 22, 2010

-Persiapan Sekolah-

Tahun depan Aisyah masuk darjah 1, Syahmi masuk tadika ... hmm pening gak memikirkan perbelanjaan sekolah dorang tahun depan. Untuk Syahmi tak berapa kisah sangat sbb baru masuk tadika, so perbelanjaan tak sebanyak Aisyah.
Untuk Aisyah ajer yuran sekolah kebangsaan, sekolah agama, buku2 sekolah .. Tu belum masuk yuran transit dorang ke Taska lepas abis sekolah. Alhamdulillah adik2 aku ada yg nak bantu .. ada yg nak sponsor belikan baju sekolah, kasut sekolah. Bila fikir2 balik aku macam tak percaya ajer anak aku dah masuk sekolah rendah tahun depan. Lagi 2 tahun adik dia pulak ... hu3 .. anak2 aku dah makin membesar.
31/12 nanti ada orientasi kat skolah Aisyah, wpun cikgu dah tempatkan kat kelas2 tp hari tu nanti akan ada exam .. kira dorg nak tgk tahap mana dorg boleh sampai. Pas2 baru ditetapkan di kelas2 yg betul. Aku dpt tau tahun ni dorang nak campur budak2 tu x macam tahun lepas, kalau budak2 tu pandai semua dorg kumpulkan satu kelas ... so tahun ni dorang nak ubah. Harap2 nanti Aisyah dptlah buat semua dengan baik .. dia pun dah boleh membaca .. InsyaAllah ...

Friday, November 19, 2010

-denggi-

sekarang ni kan musim denggi makin menjadi2 ... dan aku salah sorang mangsanya yang kena .. huhuhu 2 minggu aku demam .. start 1hb ari tu. 3hb aku g klinik masa tu aku baru 2 hari demam, doktor x nak amek darah dulu sbb dia kata aku baru nak demam. Petang tu aku sejuk menggigil2, demam panas wpun dah makan ubat .. aku rasa adalah dlm 3 kali aku kena macam tu. X tahan sgt tgh mlm g emergency Hospital Putrajaya. Yg peliknya bila g spital temperature aku turun, padahal kat rumah dah nak hampir 40 darjah dah. Bila doktor check, dia pun x nak amek darah sbb baru 2 hari tp dia kata klu demam lagi dlm 2 hari datang balik spital.

So aku dpt mc aje pas2 dpt ubat demam. Balik dari spital tu lah bermula penderitaan aku huhuhu .. seksanya kena denggi ni .. bygkan tak lalu nak makan, pas2 asik nak muntah ajer .. bila aku nak bangun, mesti aku rasa melayang nak jatuh. En Bard aku ajak g spital tp hari Ahad tu mcm dah elok sket sbb aku telan ubat migrain sbb x tahan sgt sakit kepala. So Isnin tu aku dtg opis, tapi .... aku lembik balik kat opis. Bygkan dgn muntah ntah berapa kali pas2 sejuk menggigil. Kebetulan ari tu aku ada appointment kat spital sbb nak tau result darah yg aku amek ari tu. G spital semua ok tp aku ada tiroid pulak .. aduh, mcm2 dugaan aku. Pasal tiroid tu lah buat kadar metabolisma aku rendah, sbb tu aku cepat letih, mudah jatuh sakit pas2 berat aku naik. Pas2 aku bgtau pasal aku dah demam dekat seminggu, doktor kuarkan surat rujuk ke emergency. Sib baiklah dia tak suh g klinik kesihatan .. g emergency aku terus masuk wad semi kritikal amek darah pas2 x sampai 5 minit nama aku kena panggil balik. MA tu terus cakap .. 'puan, conform puan kena denggi .. kena tahan wad lah ye' huhuhu ... terus kena masuk air. Pas2 doktor dtg, dia bgtau kenapa baru dtg spital .. sbb platlet aku dah jatuh sampai 36 pas2 darah aku pekat sangat2. Kalau aku lewat dtg kemungkinan besar aku bleh kena denggi berdarah .. Ya Allah ... takut aku dengar.

So Isnin 8hb tu waktu lunch hour aku kena tahan wad .. Wad yg aku masuk tu 3 org kena denggi. Masa tu aku mmg lembik sgt2 .. tak hirau org sekeliling dah .. Dah lah tu minum air kena sukat, buang air pun kena sukat. Kena sorong mesin lagi .. seksanya aku masa tu. Petang tu En Bard aku masakkan sup ketam, org kata bleh naikkan platlet darah. Mmg betul pun sbb esoknya platlet aku naik 40. Hari Rabu 10hb aku dah bleh kuar spital .. lega rasanya. Aku dpt mc sampai 15hb, dpt duduk rehat kat rumah. Aku malas nak ddk spital lama2 .. risaukan anak2 aje. Sib baik masa tu jatuh hari cuti En Bard, dan Aisyah terpaksa ponteng sekolah sehari. Kesian tgk dia sbb masa tu dah nak hujung2 sekolah kan ...
Alhamdulillah, skrg ni kesihatan makin pulih sikit. Sekarang ni aku fobia ngan nyamuk .. huhuhu

Wednesday, October 20, 2010

-FACEBOOK DAH KENA BLOCKED-

nak bagitau ni, FB kat opis ni dah kena blocked so tak dptlah nak berkomunikasi ngan korang2 lagi ... huhuhu ... tak taulah lagi apa2 citer terbaru dari semua kawan2. Pada sapa2 yg kenal tu maybe bleh cari aku kat sini ker, fon aku ker ... mana yg tak tau tu gi mana ya???? nak berFB kat umah, aku dah potong berukband aku sbb lombab!!!!
skang ni apa2hal aku hapdet kat sini ajer lah yer ....