Tuesday, April 13, 2010

NAK JADI CIKGU???

he3 .. tajuk aje tu

mlm tadi aku jadi cikgu kat aisyah. cikgu dia bagi homework, aku ingatkan keje2 menulis lah rupa2nya mengeja dan membaca.
aisyah ni sebenarnya dah pandai mengeja, tp tak pandai lagi sebut perkataan yg dieja. So mlm tadi aku ajarlah dia membaca ... fuhhh mmg mencabar betul, sbb???
aku ni jenis tak sabar he3 ... itulah satu2nya perangai yg aku tak bleh nak hilang. sekejap aje aku nak tempered tp smalam tak ada lah aku ajar aisyah marah2 .. agaknya mcm mana lah sorang cikgu tu bleh mengajar 30 org murid kan? aku anak sorang ni pun he3
aisyah ni ada certain2 words yg dia mmg dah pandai baca cuma dia macam keliru sbb ayat2nya lebih kurang sama .. contoh mcm ni

Ini ibu saya
Ibu bawa raga
Ibu bawa roti dan kaya
Ibu beri roti dan kaya pada bapa
Ibu juga beri roti dan kaya pada saya

hahh .. sampai aku ingatlah karangan pendek ni sbb dok ajar aisyah .. ekekek .. kan byk words yg lebih kurang sama. Bila aisyah eja kaya jadi saya .. aduuhhh sabarr aje lah aku .. Bila eja dah betul macam b.a-ba w.a-wa =bawa tp dia tak bleh nak sebut apa yg dieja tu .. Jenuh gak aku mengajar smalam, namu berkat kesabaran dapat jugak aisyah habiskan bacaan dia tu wpun masih tergagap2 lagi ..

LETIH !!!!

entah kenapa semenjak kebelakangan ini aku rasa mcm letih ajer. Balik dari ofis pun mesti nak landing kejap, kdg2 tgh basuh pinggan pun mata bleh terpejam, hmm tak tau lah kenapa?
aku rasa mcm nak amek cuti aje dlm 2,3 hari .. nak g bercuti ke, tenangkan fikiran. Tapi keadaan kat ofis pulak yg tak mengizinkan dan faktor cuti jugak sbb cuti aku dah kurang. Baru bulan April, cuti dah tggl 10 hari .. hu3.
Hmm .. apa2 ajerlah

Friday, February 5, 2010

cukup minggu ni aku cuti

huhuhu ... mggu ni aku langsung tak masuk opis. Mula2 ambik cuti 2 hari sbb syahmi sakit mata pastu sambung emergency leave smalam sbb naik bengkak pulak 2-2 matanya. Pas2 kononnya nak g opis lah tadi, sekali bila kejutkan aisyah suh dia mandi g sekolah tgk2 mata sebelah kanan dia dah sepet ngan bengkak ... aduhhhh!!!! sakit mata jugak sbb ada tahi mata. Tgk mata dia pun naik merah, terus bg sms kat cikgu dia kata aisyah sakit mata so kena ambil mc tuk dia sbb esok dorang kena sekolah tuk gantikan cuti hari raya cina nanti.
Sib baik abis awal kat klinik tadi, kami sampai kul 8 pas2 tuk sakit mata mmg ada kaunter khas tuk pendaftaran. So siap jumpa doktor ngan ambil ubat semua dlm 9.30 abis. selamat .... kalau x selagi tak tengahari tak abis lah. Lepas balik dari klinik g opis aku kejap sbb aku nak isi borang cuti semalam ngan hari ini.
Pegi aje kat meja aku, aduhh duh duhhhh .. byknya benda2 pending!!!!! masak aku mggu depan. Surat nak di pos, nak filing .. belum campur yg ada kelulusan tuh .. huhuhuhu kena siap sediakan mental dan fizikal ni.
lps setel semua kat opis tu baru g makan, abis makan g LCCT pulak sbb en bard g antar member dia nak g sabah. Skang ni kat umah tak tau nak buat apa. Anak2 aku ni smenjak sakit ni senang pulak tdo siang, kalau time cuti tu susah sgt. Agaknya sbb kesan ubat kot? Aku pun kena hati2 gak sbb td doktor tu kata mgkin aku pulak berjankit lps ni .. uhuhuh

Wednesday, February 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE PRINCESS :)



Hari ini 3 Februari 2010 genap sudah usia anak daraku yang ke 6 tahun. Sekejap sahaja rasa dah besar anak aku tu, tahun depan dah masuk darjah 1. Hari ni aku nak bercerita pasal anak sulung aku ni.

Aisyah Sofea adalah nama yang aku beri .. nama Aisyah tu mmg aku suka dari zaman aku bujang lagi dan aku berangan nak letakkan nama itu tuk anak aku nanti bila dah kawen. Sofea tu timbul masa aku nak dekat2 bersalin, byk pilihan tp Sofea jugak yang melekat dalam kepala aku dan en bard pun tak bantah.

Aisyah lahir pada pukul 1.18 pagi setelah aku menempuhi kontraksi selama 17jam. Namun alhamdulillah kesakitan yang aku tempuhi tu, aku cukup senang untuk melahirkan dia. X sampai 15 minit aku masuk labour room, aku dah bersalin dan untuk melahirkan dia hanya mengambil masa tak sampai 5 minit sahaja. Memang cukup senang .. syukur alhamdulillah.. Hilang semua kesakitanku bila dapat melihat cahayamata pertama kami.

Kehadirannya sungguh menggembirakan hati ke2-2 keluarga kami, lagi2 family aku maklumlah cucu sulung pas2 perempuan pulak tu .. Menjaga Aisyah sewaktu kecil pun senang, tak banyak ragam. Betullah orang kata bila tiba kita dah menjadi seorang ibu, segala2nya kita akan tahu sendiri.

Sekarang aisyah dah besar dan aku nampak dah nampak ciri2 seorang kakak, pelindung tuk adik dia. Wpun adik dia tu selalu buli aisyah apa yg aku nmpak aisyah selalu mengalah dan dlm apa2 hal pun mmg dia selalu mengalah. Kadang2 aku kesian tgk dia tp mmg dah perangai adik nya mcm tu. Aku ngan en bard pun pening kepala tgk perangai yg sorang tu. dan aku tgk aisyah pun seorang anak yg bijak, oh ye aisyah bertangan kidal .. dlm family kami tak ada yg kidal. Apa yg kita ajar senang utk dia ikuti semua. Bab berpakaian pun dia ambil kesah, kalau g sopink baju tuk anak2 .. mesti tunjuk kat dia .. mana taknya, dia bgtahu 'ibu, along tak nak pakai skirt nnt nmpk tuutt ...' pastu tshirt pun dia tak nak yg bertali halus atau pun yg nmpk ketiak, adalah baju dia 2,3 helai yg terdedah kat depan dia tak nak pakai dah .. hhuhuhu
alhamdulillah ... harap2 sampai ke besar lah dia mcm tu .. tp aku nak gak tgk dia pakai gaun ke skirt ke nmpk lah sket cam anak dara .. ni asek2 tshirt ngan jeans atau slack ajer. tahun depan darjah 1 pun dia ada ckp nak pakai tudung g sekolah.

Apa yg aku harap semoga Aisyah satu hari nnt dpt membanggakan kami dan semoga dpt capai cita2nya yg ingin menjadi seorang polis :)Insyaallah .. kami sebagai ibubapa berdoa semoga semuanya selamat untuk dirinya.

Tuesday, February 2, 2010

AQUARIA KLCC

baru2 ni kami sekeluarga pergi Aquaria KLCC, lama dah planning nak pegi tp disebabkan harga tiket yg 'boleh tahan' tu kitaorg post pone sampailah dah ok baru dpt pegi. kira ok lah g sana wpun harga tiket tuk 4 beranak RM100, kawasannya tak lah besar mana tp yg best bila dpt masuk dlm tunnel tu .. bleh tgk ikan2 besar lalu atas kepala kita. kat sini aku letak gambar sket tp sori sbb gambar x berapa clear sgt dan gambar2 yg byk aku dan aisyah hehehe .. syahmi takut nak bergambar

belakang tu ikan piranha