Wednesday, February 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE PRINCESS :)



Hari ini 3 Februari 2010 genap sudah usia anak daraku yang ke 6 tahun. Sekejap sahaja rasa dah besar anak aku tu, tahun depan dah masuk darjah 1. Hari ni aku nak bercerita pasal anak sulung aku ni.

Aisyah Sofea adalah nama yang aku beri .. nama Aisyah tu mmg aku suka dari zaman aku bujang lagi dan aku berangan nak letakkan nama itu tuk anak aku nanti bila dah kawen. Sofea tu timbul masa aku nak dekat2 bersalin, byk pilihan tp Sofea jugak yang melekat dalam kepala aku dan en bard pun tak bantah.

Aisyah lahir pada pukul 1.18 pagi setelah aku menempuhi kontraksi selama 17jam. Namun alhamdulillah kesakitan yang aku tempuhi tu, aku cukup senang untuk melahirkan dia. X sampai 15 minit aku masuk labour room, aku dah bersalin dan untuk melahirkan dia hanya mengambil masa tak sampai 5 minit sahaja. Memang cukup senang .. syukur alhamdulillah.. Hilang semua kesakitanku bila dapat melihat cahayamata pertama kami.

Kehadirannya sungguh menggembirakan hati ke2-2 keluarga kami, lagi2 family aku maklumlah cucu sulung pas2 perempuan pulak tu .. Menjaga Aisyah sewaktu kecil pun senang, tak banyak ragam. Betullah orang kata bila tiba kita dah menjadi seorang ibu, segala2nya kita akan tahu sendiri.

Sekarang aisyah dah besar dan aku nampak dah nampak ciri2 seorang kakak, pelindung tuk adik dia. Wpun adik dia tu selalu buli aisyah apa yg aku nmpak aisyah selalu mengalah dan dlm apa2 hal pun mmg dia selalu mengalah. Kadang2 aku kesian tgk dia tp mmg dah perangai adik nya mcm tu. Aku ngan en bard pun pening kepala tgk perangai yg sorang tu. dan aku tgk aisyah pun seorang anak yg bijak, oh ye aisyah bertangan kidal .. dlm family kami tak ada yg kidal. Apa yg kita ajar senang utk dia ikuti semua. Bab berpakaian pun dia ambil kesah, kalau g sopink baju tuk anak2 .. mesti tunjuk kat dia .. mana taknya, dia bgtahu 'ibu, along tak nak pakai skirt nnt nmpk tuutt ...' pastu tshirt pun dia tak nak yg bertali halus atau pun yg nmpk ketiak, adalah baju dia 2,3 helai yg terdedah kat depan dia tak nak pakai dah .. hhuhuhu
alhamdulillah ... harap2 sampai ke besar lah dia mcm tu .. tp aku nak gak tgk dia pakai gaun ke skirt ke nmpk lah sket cam anak dara .. ni asek2 tshirt ngan jeans atau slack ajer. tahun depan darjah 1 pun dia ada ckp nak pakai tudung g sekolah.

Apa yg aku harap semoga Aisyah satu hari nnt dpt membanggakan kami dan semoga dpt capai cita2nya yg ingin menjadi seorang polis :)Insyaallah .. kami sebagai ibubapa berdoa semoga semuanya selamat untuk dirinya.

2 comments:

  1. selamat hari jadi utk aisyah ..semoga aisyah berjaya dalam apa jua yg dia ceburi amin ..

    ReplyDelete