Monday, April 26, 2010

Lindungilah anak2ku

Korang semua percaya pada mimpi x? Macam mana kalau dlm mimpi tu ianya mcm betul2 berlaku .. Mungkin mimpi aku ni mainan tidur tp ianya bermain2 di fikiran aku sbb masuk kali ini dah 2 kali aku bermimpi benda yang sama.
Sebelum ni aku pernah mimpi anak aku Aisyah, hilang .. tak balik ke rumah. Aku menangis tersedu-sedan, aku fikir mcm mana ngan anak aku,makan ke dia .. minum ke dia .. tp mimpi aku tu sekejap aje dan sabtu lepas aku mimpi lagi. Kali ni 2-2 anak aku hilang sekali !! Dalam mimpi tu ada org bagitau ada org lelaki bawak anak2 aku. Puas dah kami cari satu kampung tp x jumpa!! Aku menangis mcm org dah putus nyawa! Bila aku nmpk kek .. masa tu mcm ada satu majlis, aku menangis lagi sbb anak2 aku suka makan kek. Lepas tu yg paling buat aku takut dlm mimpi tu aku jumpa baju sekolah anak aku dlm keadaan kotor!! Bila aku gosok baju sekolah aisyah mlm tadi aku menangis tiba2 .. Ya Allah selamatkanlah anak2ku .. Kau lindungilah anak2ku .. dan dlm mimpi tu jugak ayah aku dtg dia bgtau ada org telefon dia pas2 dia dengar suara aisyah tengah menangis ...
Tuhan saja yg tau perasaan aku bila aku tersedar dari mimpi tu .. aku masih terasa lagi tangisan aku .. Bila aku sedar, aku terus menangis .. aku terus pandang anak2 aku yg sedang tidur .. Dalam mimpi tu lah baru aku tau perasaan sorang ibu bila anak dorang hilang. macam mana makan tak lalu, asyik menangis kenangkan nasib anak2.
Sekarang ni mmg aku kawal anak2 aku .. biarlah org kata aku ni kurung anak2 dlm rumah, aku takut!!! Aku sayang anak2 aku, kalau apa2 terjadi pada mereka aku tak tau apa akan jadi pada aku

2 comments:

  1. insyallah ..tade apa2 tuh..
    doa banyak2ye dinda..

    ReplyDelete
  2. betul tu kty .. selalu berdoa tuk anak2

    ReplyDelete