Wednesday, December 1, 2010

-Bollywood dan Kollywood-

malam tadi aku layan chanel 133 B4U, pas2 ada siarkan lagu2 dari filem hindi .. yg best dari filem lama2 hujung2 tahun 90an .. aku sker filem2 tahun tu sbb cite2 dia best, pelakon pun best.

x macam pelakon2 skrg, semuanya nak harapkan seksi ajer .. pas2 citernye pun mesti ada bab2 18sx, tak membina langsung!!!

dulu2 pelakon hindi ni ada keserasian bila berlakon bersama, mcm contoh SRK ngan Kajol. filem dorang semua blockbuster, dah tentu filem dorg yg paling aku minat Dilwale Dulhania Le Jayenge ngan Kabhi Kushi Kabhi Gham ..aku akui dulu aku mmg minat giler ngan filem hindi hahahaha.



Salman Khan pulak serasi ngan Karisma Kapoor .. aku sker filem dorang Dulhan Hum Le Jayenge, Biwi No.1 ngan Hum Saath Saath Hain. Pelakon hindi aku sker dorang ajer yg lain aku kureng sket.

Pastu aku pun minat filem Tamil .. haahhh ... korang jgn ingat aku tak berminat hehehe. Aku start minat filem Tamil masa aku mengandungkan Syahmi hehehe .. aku jatuh cinta sama sorg pelakon lelaki tu. Mata dia bulat, warna coklat .. muka manis jer hihihi .. Nama dia Surya, wife dia pun pelakon gak nama dia Jyothika


Sorang lagi pelakon Tamil yg aku minat Ajith .. dia pun best bila berlakon dan wife dia pun pelakon gak nama dia Shalini tp skrg dah tak nampak pun berlakon



Hahahaha .. itu aje lah aku nak citer hari ni. Tetiba pulak nak post citer pasal Bollywood ngan Kollywood ni .. hehehe. Harap2 korang tak bosan lah yer bila bacanya.

Tuesday, November 30, 2010

-RM500-

apa yang ada dgn RM500?? uiihhh banyak yg boleh dibuat dgn duit sebanyak tu
nak tau kenapa aku cerita pasal duit?? hehehehe .. esok dapat duit RM500 Bantuan Kewangan dari Kerajaan, syukur Alhamdulillah.
dapatlah tampung mana yang tak cukup tuk persekolahan anak2 aku. x sangka pulak yuran sekolah aisyah bleh tahan mahalnya .. aku pun pelik, ada beza ke sekolah kat putrajaya ngan sekolah kat luar sana?? huhhh ..
dah tu road tax ngan insurans kete mati 19.12 ni, sib baik duit tu mmg aku dah ada .. lega sket.
bila nak g sopink ni????

Monday, November 29, 2010

-Happy Birthday-

Hari ini 29 November 2010 hari lahir suami aku yang ke 30 tahun. Selamat hari lahir abang, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
En bard aku tak ada kat sini ... pagi tadi dia dah gerak ke PD ada kursus kat sana sampai hari Jumaat ni. Tapi aku dah wish kul 12 mlm tadi ... Kesian pulak aku tgk dia sbb letih balik dari Perlis x hilang lagi dah g kursus pulak.
Balik dari PD pulak mggu depan 9hb 12 g Sabah, sbb member dia kawin .. Lepas tu barulah en bard aku tak ada apa2 program. Eloklah tu, lps ni nak tumpu kat anak2 pulak .. nak beli barang2 sekolah anak.
Minggu ni mesti boring, tak macam mggu lepas .. ye lah sbb kali ni lama sket en bard aku g.

Friday, November 26, 2010

-KUM KUM-

malam tadi aku anak beranak layan citer hantu kat astro ria .. tajuk dia KUM KUM. huhuhu bleh tahan seram jugak, aisyah sampai tutup2 muka dia ngan tangan. tingat cite dulu2 kata hantu tu suka g rumah org minta susu tuk anak dia. tp mmg real arr Marsha lakonan cuma ada satu scene tu agak keterlaluan sket arr .. scene atas katil dia ngan pelakon lelaki citer tu.
sib baik arr aku tak mimpi apa2 mlm tadi hahahahaha

Thursday, November 25, 2010

-peel anak lelaki aku-

huh!!! pagi tadi syahmi wat hal .. aku dah rasa lain macam ajer tgk dia, rasa mcm kecikkk jer huhuhu. Mula2 aku kejutkan dia bangun tdo suh mandi g taska okay ajer, siap ckp adik nak mandi sendiri. Pas2 masuk bilik (aku 3 beranak tdo luar) dia baring balik atas katil, tak apalah sbb aisyah still dlm bilik air lagik.
Pas2 aku kejut dia lagi sekali tiba2 dia kata tak nak g taska, aku suruh mandi pun x nak. Aku apa lagi angin lah terus bawak dia g masuk bilik air. Bila aku mandi kan mengamuk2 dlm bilik air, aku sabar lagi. Pas2 aku nak pakaikan baju pun satu hal lagi, dia membatukan diri dia .. aku pulak kena tarik dia .. aduhhhh dah lah aku start ari ni tumpang member g keje, tak nak lah org tggu aku.
Aku siapkan bekal tuk dorang adik beradik, aisyah bawak satu syahmi bawak satu. Sampai taska Syahmi wat hal lagi .. dia x nak masuk taska pas2 bekal yg aku bagi tu dia campaknya .. jauh pulak tu. Dia ddk diam tak gerak2 kat satu sudut tu, aku tarik pun tak larat sampai aku terpaksa dukung dia .. itupun dia meronta2 tak nak masuk. Ya Allah masa tu aku tak tau lah .. aku ni cepat baran tp aku igt pesan en bard aku mlm tadi sblum g Perlis, dia bgtau dia tak ada jgn nak marah anak2. Sib baik pengasuh dia ada .. aku tak tau lah aku tgglkan tadi dia nangis ke tidak ... huhuhu