Friday, August 27, 2010

:: malu ... malu ::

aduhh malunya lah aku semalam .. gini kisahnya, ptg smalam aku pening2 lalat pas2 en bard aku ajak g pasar ramadhan aje lah x yah masak so ktorg decide g Dengkil. Mula2 g pasar malam dia yg yg dekat ngan Uptown tu tp x byk pilihan pas2 trus g pasar ramadhan yg dekat pasar dengkil .. hu3 kat cni lah ceritanya.
Kat c2 jlnnya mcm menurun sket pas2 ngan panas terik lagi aku pandang atas terus mata aku berpinar .. masa tu aku pegang tangan aisyah, en bard aku dukung syahmi dan dia dah ke depan. Boleh pulak kat jln nak masuk pasar tu aku terjatuh ... aduhh sadiss betullah !!! kakak kat dpn gerai tu menjerit tgk aku jatuh hi3 .. Ntahlah masa aku jatuh aku rasa mcm aku kat somewhere ajer mcm bukan pijak kat bumi ajer.
Pas2 en bard terus dtg kat aku tarik aku bangun, dia tanya kenapa? aku kata ntah tiba2 aje jatuh pas2 aku tgk rupa2nya ada 1 batu kecil kat c2, mgkin aku terpijak batu tu lah .. En bard aku ckp aku jatuh slow motion jer bukan jatuh terduduk terus .. Ye lah masa mula2 nak jatuh tu aku igt aku bleh imbanglah kononnya, tapi bila aku nak bangun ajer terus aku terduduk .. mcm yg aku ckp tadilah aku mcm bukan ada kat atas tanah ajer .. fikiran aku diawang2an ..
Pagi ni aku g keje ngan kaki yg sakit, pinggang pun sama .. huhuhu aku x nak g pasar dengkil lagilah ...

Thursday, August 26, 2010

:: apa cerita ?? ::

Petang semalam aku off masak sbb perut aku meragam dari pagi, asyiklah nak ke toilet ajer. So cakap ngan en bard g Serdang .. niat di hati nak beli ayam golek .. pergghh ayam golek sana mmg sedap !! dijamin 100% hehehehe .. tp make sure beli ayam golek hidayah tau jgn beli kat gerai lain. Tapak pasar ramadhan tu bersebelahan dengan Balai Polis Serdang dan gerai ayam golek tu kat depan sekali. Kalau tgk ramai org berkumpul tu, hah gerai dia lah ...
Semalam jugak dpt 3 berita .. 2 gembira dan 1 sedih .. Yg gembiranya kakitangan kerajaan dapat Bantuan Khas Kewangan RM500 sebelum raya. Yang ke2 nya bos aku dapat naik pangkat .. tahniah bos!!! Tapi rasa sedih sbb terpaksa berpisah ngan bos .. huhuhu poyo je aku ni. Ye lah bos aku ni sorang yang sporting, senang bergaul dgn kakitangan bawahan mcm kami ni. Tak apalah dah rezeki bos dan satu famili. Tak taulah lps ni sapa penggantinya, sama ke mcm dia atau x itu lain cerita. Selama 10 tahun aku keje ni dah bermacam ragam dan cerita bos2 aku. Lps ni tggl aku ngan bos 2nd aku tu je lah.
Pagi tadi aku sahur air masak ngan kuih semalam je, pastu mnum shake. Ntahlah tahun ni aku sahur x leh makan nasi, kalau makan nasi mesti aku sakit perut. Aisyah pun makan nasi sikit ajer puas aku pujuk bukan apa nnt lps berbuka perut dia masuk angin. Hari ni nak berbuka apa pulak yer? rasanya masak kot??

Wednesday, August 4, 2010

LAMANYA TAK UPDATE BLOG !!

adoyaii !! manalah hilang semangat aku berblog ni?? mana peginya????
nak citer apa ekk?? ada sesetengahnya dah citer dalam FB .. hmmm ...

skrg ni musim durian, last week aku g kuala kangsar umah member - Nor makan durian. Last year pun g umah dia jugak .. mmg best !! tp tahun ni lagi syok sbb 2-2 bos aku follow .. balik pulak sggh bandar makan mee kicap, sedap !!! Nor, nnt klu dah pindah jgn lupa kami tau bila doyan dah berbunga .. he3

ptg smlam aku g HKL sbb nenek aku masuk wad sbb paru2 dia ada jangkitan kuman. Mak teh aku ckp kna stay seminggu sbb doktor nak abiskan antibiotik .. sian nenek aku .. tp aku bersyukur sbb nenek aku tak ada penyakit lain. Nek, kakak doakan nenek cepat sembuh k :)balik dari HKL, mak uda aku pulak call suh dtg umah dia, amek durian. Hmm durian lagik!! tp yg ni durian dusun sendiri .. durian gombak mmg marbeles !!!

rasanya itu dululah yg boleh aku tulis .. tgklah sok2 klu rajin lagik .. hi3 ..

Wednesday, June 23, 2010

Dari Jemariku .....

Perbualan petang semalam di rumah
antara aku dan along (aisyah)

along : ibu, kawan along kat sekolah kan ibu dia mengandung
aku : abis tu?
along : mmm .. along pun nak adik jugak
aku : (termenung skejap) betul ke along nak adik? adik (syahmi) x nak ada adik
along : biarlah, along nak adik .. nak adik pompuan, nnt klu adik pompuan tu dah besar, adik lelakilah pulak
waduh2 ... pas2 aku tanya syahmi pulak cepat2 dia geleng kepala .. tak setuju lah tu.
hmmm kesian pulak aku tgk along, lgpun aku tgk mmg dia ni jenis suka budak2 .. kat umah abis adik dia tu dia gomol, peluk, cium ..
sabarlah ye along, tgk lah nanti keadaan ibu macam mana k :)

Tuesday, May 25, 2010

Apa kata doktor?

Semalam aku ada appointment kat Hospital Putrajaya. Biasalah, pasal sakit aku yg satu tu. Tak sangka pulak appointment kali ni resultnya tak menggembirakan hati aku. Sebabnya hasil result darah yg diambil 2 mggu lepas tak berapa ok. Salah satunya kandungan ubat dlm darah yg aku ambik skrg ni rendah. Sepatutnya dpt antara 50-100
tp aku punya 36 saja, separuh dari sepatutnya. Doktor suggest nak tambahkan dos tuk aku, skrg ni aku mkn 2 biji pagi dan mlm dan doktor nak aku amek 3 kali sehari.
Aku bgtaulah doktor tu baru2 ni aku tergigit lidah waktu tidur dan doktor kata itu tanda sawan aku dtg balik. Dan salah satu sbbnya ialah dos ubat dlm darah tu yg rendah.
Doktor tanya aku ada tertinggal makan ubat ke? mmg pun ada tertinggal hari tu .. so dia bg nasihat .. jgnlah aku tertinggal lagi mkn ubat. Lepas tu dia tgk result darah yg lain, dia bgtahu yg kandungan kolesterol aku tggi .. dan bila kolesterol aku tggi bermakna kandungan darah dlm hati pun akan naik. Itu boleh menyebabkan hati aku boleh rosak .. hu3 .. risaunya aku dgr. Doktor tu tunjuk graf result darah aku .. x konsisten. So dia bg nasihat suh aku kontrol mkn benda berminyak, bergoreng ..
Dan lagi 2 bulan aku kna dtg balik tuk ambik darah lagi, nk tgk resultnya mcm mana. Klu still rendah lagi kandungan dos ubat tu aku mgkin dibekalkan ubat lain sbb dos yg aku ambil skrg ni dah maksimum. En Bard aku tanya adakah bila aku makan ubat sawan tu dia akan hilangkan sakit aku, doktor kata tak .. sawan tu ttp ada cuma ubat tu hanya utk kontrol sawan sahaja. Bila doktor ckp mcm tu aku rasa macam tipis saja harapan aku tuk pregnant lagi :(
Doktor ada tanya samaada aku nak pregnant lagi ke? Aku jawab ya .. tp bukan dlm masa terdekat ni, mgkin 2011@2012 .. Dia bgtau kalau aku nak pregnant kna bgtau dorg dulu sbb bila aku dah pregnant aku tak boleh mkn ubat yg aku mkn skrg sbb ubat tu ada drug skit takut effect kat baby. Aku kna tukar dan klu tak serasi tukar lagi ubat. Ya Allah ... dugaan apakah ini. Tapi aku redha dgn semua yg terjadi. Aku bersyukur sbb aku ada suami yg byk menyokong aku selama ini.
So, skrg ni aku kena berhati2 dan x boleh tertggl mkn ubat.