Tuesday, May 25, 2010

Apa kata doktor?

Semalam aku ada appointment kat Hospital Putrajaya. Biasalah, pasal sakit aku yg satu tu. Tak sangka pulak appointment kali ni resultnya tak menggembirakan hati aku. Sebabnya hasil result darah yg diambil 2 mggu lepas tak berapa ok. Salah satunya kandungan ubat dlm darah yg aku ambik skrg ni rendah. Sepatutnya dpt antara 50-100
tp aku punya 36 saja, separuh dari sepatutnya. Doktor suggest nak tambahkan dos tuk aku, skrg ni aku mkn 2 biji pagi dan mlm dan doktor nak aku amek 3 kali sehari.
Aku bgtaulah doktor tu baru2 ni aku tergigit lidah waktu tidur dan doktor kata itu tanda sawan aku dtg balik. Dan salah satu sbbnya ialah dos ubat dlm darah tu yg rendah.
Doktor tanya aku ada tertinggal makan ubat ke? mmg pun ada tertinggal hari tu .. so dia bg nasihat .. jgnlah aku tertinggal lagi mkn ubat. Lepas tu dia tgk result darah yg lain, dia bgtahu yg kandungan kolesterol aku tggi .. dan bila kolesterol aku tggi bermakna kandungan darah dlm hati pun akan naik. Itu boleh menyebabkan hati aku boleh rosak .. hu3 .. risaunya aku dgr. Doktor tu tunjuk graf result darah aku .. x konsisten. So dia bg nasihat suh aku kontrol mkn benda berminyak, bergoreng ..
Dan lagi 2 bulan aku kna dtg balik tuk ambik darah lagi, nk tgk resultnya mcm mana. Klu still rendah lagi kandungan dos ubat tu aku mgkin dibekalkan ubat lain sbb dos yg aku ambil skrg ni dah maksimum. En Bard aku tanya adakah bila aku makan ubat sawan tu dia akan hilangkan sakit aku, doktor kata tak .. sawan tu ttp ada cuma ubat tu hanya utk kontrol sawan sahaja. Bila doktor ckp mcm tu aku rasa macam tipis saja harapan aku tuk pregnant lagi :(
Doktor ada tanya samaada aku nak pregnant lagi ke? Aku jawab ya .. tp bukan dlm masa terdekat ni, mgkin 2011@2012 .. Dia bgtau kalau aku nak pregnant kna bgtau dorg dulu sbb bila aku dah pregnant aku tak boleh mkn ubat yg aku mkn skrg sbb ubat tu ada drug skit takut effect kat baby. Aku kna tukar dan klu tak serasi tukar lagi ubat. Ya Allah ... dugaan apakah ini. Tapi aku redha dgn semua yg terjadi. Aku bersyukur sbb aku ada suami yg byk menyokong aku selama ini.
So, skrg ni aku kena berhati2 dan x boleh tertggl mkn ubat.

Tuesday, April 27, 2010

Ceritaku hari ini

Apa nak tulis yer? Dah lah facebook tak bleh bukak hari ni. Dah try berkali2 pun tak lepas gak .. hmm boring tak dpt nak borak2 ngan member2
En bard aku pulak injured sbb men futsal mlm tadi. Aku pulak naik risau sbb hari tu lutut dia, smalam peha pulak. Nasib lah kan sbb dia keeper, mana2 org boleh terjah dia. Hari tu masa main bolasepak org terjah muka dia .. aduhhh. Aku tanya sampai bila bleh main bola lagi? Dia kata selagi larat .. hmmm. Cita2 dia nak tggu Syahmi besar dia nak ajar main bola sepak. Ye lah bang oiii .. jgn cakap ajer tau!
Pagi esok nak bawak Syahmi g klinik timbang berat lagi .. naik tension makcik tau!! mana taknya tiap2 3 bulan kna bawak Syahmi, pastu ngan appointment aku g klinik ntuk cucuk depo ngan appointment aku ngan pakar kat hospital lagi. Bulan Mei nanti aku ada 3 appointment .. ada satu selang 2 hari ajer, lantak lah ko !!
Hujung minggu ni nak balik kg en bard, rasa2nya adalah dekat 3 tahun tak balik .. he3 semenjak en bard aku keje gomen ni tak ada masa nak balik. Balik ngan satu family en bard nak tgk atok dia kat Felda Gedangsa. Nak tgklah keadaan kat sana sbb baru lepas menang pilihanraya kan? Pas2 kalau adik aku jaga kem PLKN kat Sg Selisik bleh singgah tgh jap kot.

Monday, April 26, 2010

Lindungilah anak2ku

Korang semua percaya pada mimpi x? Macam mana kalau dlm mimpi tu ianya mcm betul2 berlaku .. Mungkin mimpi aku ni mainan tidur tp ianya bermain2 di fikiran aku sbb masuk kali ini dah 2 kali aku bermimpi benda yang sama.
Sebelum ni aku pernah mimpi anak aku Aisyah, hilang .. tak balik ke rumah. Aku menangis tersedu-sedan, aku fikir mcm mana ngan anak aku,makan ke dia .. minum ke dia .. tp mimpi aku tu sekejap aje dan sabtu lepas aku mimpi lagi. Kali ni 2-2 anak aku hilang sekali !! Dalam mimpi tu ada org bagitau ada org lelaki bawak anak2 aku. Puas dah kami cari satu kampung tp x jumpa!! Aku menangis mcm org dah putus nyawa! Bila aku nmpk kek .. masa tu mcm ada satu majlis, aku menangis lagi sbb anak2 aku suka makan kek. Lepas tu yg paling buat aku takut dlm mimpi tu aku jumpa baju sekolah anak aku dlm keadaan kotor!! Bila aku gosok baju sekolah aisyah mlm tadi aku menangis tiba2 .. Ya Allah selamatkanlah anak2ku .. Kau lindungilah anak2ku .. dan dlm mimpi tu jugak ayah aku dtg dia bgtau ada org telefon dia pas2 dia dengar suara aisyah tengah menangis ...
Tuhan saja yg tau perasaan aku bila aku tersedar dari mimpi tu .. aku masih terasa lagi tangisan aku .. Bila aku sedar, aku terus menangis .. aku terus pandang anak2 aku yg sedang tidur .. Dalam mimpi tu lah baru aku tau perasaan sorang ibu bila anak dorang hilang. macam mana makan tak lalu, asyik menangis kenangkan nasib anak2.
Sekarang ni mmg aku kawal anak2 aku .. biarlah org kata aku ni kurung anak2 dlm rumah, aku takut!!! Aku sayang anak2 aku, kalau apa2 terjadi pada mereka aku tak tau apa akan jadi pada aku

Thursday, April 22, 2010

Jom mandi2

Sebenarnya ni entry 2 mggu lepas, bawak anak2 pegi mandi kolam kat Presint 9.
Mula2 syahmi cam teruja nak g mandi, last2 aisyah aje yg mandi sbb dia takut nak masuk air .. nak tau kenapa??? tgk gambar kat bawah ni ye :


kan ada gambar ikan besar tu ... hahhh syahmi takut nak masuk dalam tu sbb itulah. Dia kata ada ikan besar gerak2 ... he3 ye lah bila air tu berkocak gambar ikan tu mcm beralun lah .. mcm2 ..


jadinya dia duduk aje kat tepi kolam tu tgk along dia mandi ...




aisyah yg seronok main air

Wednesday, April 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY MY PRINCE !!


Pejam celik pejam celik hari ni genap sudah umur Syahmi yang ke 4 tahun. Hmm sekejap saja rasanya anak aku tu dah besar, tahun depan dah nak masuk tadika.

Syahmi dilahirkan pada 14 April 2006 jam 8.16 pagi di Hospital Putrajaya. Due sebenarnya 17 April, awal beberapa hari aje .. 3 hari sblum tu aku dah masuk wad sbb ada kuar tanda lendir campur darah tp perut aku tak sakit. En bard nak gak bawak aku g spital, aku cakap aku x nak sbb tak sakit lagi ... dan aku rasa mesti kena tahan wad punya. Tp dah en bard paksa gak aku g gak lah spital, g melenggang ajer.

G spital doktor check dah bukak 2cm so kna tahan wad. Masalahnya aku mmg tak ada rasa apa2 kontraksi lagik .. So ddklah aku dlm 2 hari kat spital .. tiap2 pagi asek kna seluk ajer. Masa hari ke3 aku sepatutnya dah boleh discaj sbb tak ada tanda2 nak bersalin, doktor pun dah bagi kebenaran balik. Tp sbelum tu dia seluk lagi pas2 dia boleh pulak cakap 'tak yah baliklah, saya dah bukakkan jalan' ahh sudah .. start dari tu perut aku asek2 tegang aje, aku igtkan tak ada apa2lah. Ye lah kan sakit bersalin anak sulung perut aku memulas2 mcm nak buang air besar, yg ni pulak jenis kejap2 tegang, mengeras aje. Masa nurse dtg nak check dia perasan perut aku menegang ngan mengeras pas2 dia bgtau 'puan, ni tanda2 nak bersalin, klu kerap sangat bgtau ye' hu3 ye ker?

pas2 aku suh en bard belikan aku kopi pekat sbb tu petua dari nenek aku, tuk ilangkan rengat, alah yg sakit lepas bersalin tu. aisyah dulu aku tak kena rengat ni.
mlm tu lps en bard balik perut aku asek2 keras aje tp aku diamkan aje sbb boleh tahan lagi, pas2 nurse dtg dia tgk muka aku .. dia tanya kenapa puan? aku jawab tak ada apa2 hehehe .. nurse tu senyum aje dia kata kalau kerap sakit bgtau .. aku angguk aje. dlm kul 6pg aku dah tak tahan sgt terus kuar bilik cari nurse tu, nurse tu nmpak aje muka aku dia tanya 'dah tak tahan ke? jom kita g bilik belakang' nurse tu mcm dah tau aje he3 .. mmg baik nurse tu nama pun sama ngan aku. g belakang tu ada sorang doktor pompuan tgh pecahkan ketuban sorang patient ni, makk aihhh kuyup kain dia aku tgk. Bila turn aku aje doktor check baru 4cm tp dia pecahkan gak air ketuban, bila doktor kuar nurse tu pulak check dia kata pun baru 4cm, dia tak nak tolak ke labour room lagi sbb nnt aku kna tggu lama .. mmg pun aku pun x nak trn lagik. Nurse tu seluk dia kata kepala baby jauh lagi pas2 suh aku teran bagi kepala ke bawah sket. Dalam kul 7.15 aku ditolak ke labour room.

En. Bard smpai kul 8 time tu aku dah suku dlm proses dah hu3 .. dah lah aku kembar darah, pedih sangat masa tu. Alhamdulillah bersalinkan Syahmi pun sekejap aje .. tak sampai 15 minit ... tp sakitnya masa tu Tuhan aje yg tau .. mmg beza lahirkan aisyah ngan syahmi .. Bab menjaga syahmi dalam pantang pun senang, ya lah dah ada pengalaman kan? Syahmi ni aku berani mandikan dia time aisyah dulu dlm pantang aku tak berani. Dan Syahmi pun mmg bayi yang baik, tak byk ragam ... g mana2 pun tak pernah nak mengamuk2 menangis ke apa ke .. bwk g klinik pun elok diamnya klu aisyah dulu g klinik misti bawak en bard sbb aku tak leh handle sorang2 he3.

Tapi dah umur 3 tahun lebih anak aku tu dah berubah perangai, org kata barulah nampak perangai 'jantan' perangai budak2 lelaki lah. Along dia senang2 aje dia buli pas2 suka paksa along dia wat itu ini. Kalau Along dia tak nak ikut cakap dia hahh dia tarik rambutlah, cubitlah x pun dia kejar satu rumah. Kesian aku tgk Aisyah. Tapi satu je sikap Syahmi yg still menten - pemalu he3 mcm ayahnya.

Itulah serba sedikit cerita pasal Amirul Syahmi bin Badirulzaman :)