Wednesday, August 12, 2009

Minggu boring !!!

huhuhuhu .. tak tau nak tulis apa dalam blog ni
aku pun tak sihat lagi ni .. isnin ngan selasa lepas aku demam
g klinik suhu badan aku 38 .. sib baik tak lepas 39 lagik
tapi demam lah tu, pastu doktor kata ada jangkitan kat tekak aku
patutlah tekak aku sakit sampai tak kuar sore hari ahad baru2 ni

anak aku aisyah pun demam gak .. hari Ahad lepas panas sangat badan dia
en bard aku kan tak ada g johor, sib baik mak aku ada so g klinik ngan mak aku
doktor check suhu badan aisyah dah lepas 39 terus masuk ubat melalui punggung tu
hari ni baru aisyah pergi tadika .. itupun batuk2 lagik
ikutkan aku tak nak bagi dia pegi, tapi ye lah kan .. dah berapa ari tinggal sekolah

dan yang buat aku boring lagi .. en bard aku g Perlis .. huhhuhu .. malam tadi kul 11 dorang gerak naik bas kementerian. Pagi tadi dia call aku kul 6.30, aku tanya dah sampai ke dia kata belum. Alor star pun tak sampai lagik. Kul 8.30 pagi baru sampai Arau, tu pun nak tergelak aku sbb destinasi petama dorang g padang besar .. apa ada pagi2 tu .. hehehehe .. dorang kata tak tau nak g mana sbb check in kan pukul 12 tghari .. Dorang duduk kat hotel yang dekat ngan jeti Kuala Perlis. Hmm .. dpt lah en bard aku tu makan laksa kuala .. hari tu makan tak puas arr ...

So weekend ni aku 3 beranak duduk kat rumah aje lah .......

Saturday, August 8, 2009

Sakit tekak

Malam tadi aku batuk2 ... sakit tekak dan bangun aje sore aku dah serak .. alahai .. nak jerit2 kat anak2 pun sakit. Bila sms en bard, dia risau dah .. tp aku tak nak bagi dia risau, so aku cakap ngan dia tak ada apa2 nak dibimbangkan. Ye lah nanti berdesup dia dari JB balik gombak ambek aku. Tapi tadi dia bgtau kalau tak baik lagi esok dia balik nak bawak aku g klinik.
Harap2 tak ada apa2lah kan .. Mgkin jerebu kot .. aku kurang minum air masak. Hmm kat umah mak aku ni apa yg aku nak buat selain tido .. hehehhe .. sib baik ada bawak balik keje, aku siapkan ajerlah dulu ...

Friday, August 7, 2009

Jerebu dan H1N1

Hmm .. skang ni 2 benda ni lah yang makin menjadi2 .. Semalam dah ada satu kes kematian sbb H1N1 di Putrajaya .. pastu ada dgr2 kabar angin kata staf imigresen pun ada kena. Risaulah dengan keadaan sekarang ni, nak kuar rumah g jalan2 pun dah tak ada mood.

Jerebu .. hmm makin teruk kat putrajaya ni. Tekak pun sakit, mata pun sakit. Bau asap lagi .. huiishhh ... macam2 lah kan. Kalau duduk kat balkoni rumah aku tu .. nmpak asap ajer. Anak2 pun aku tak bagi main kat luar sekarang ni. Keselamatan keluarga yang penting!

Semalam adik bongsu aku demam, suh dia g klinik tp doktor tak kata apa2 .. demam biasa ajer. Pastu aku tgk dia ok ajer .. malam dah kuar. Harap2 semuanya ok.

Thursday, August 6, 2009

Cerita malam ini

Rasa macam banyak aje aku nak cerita hari ini. Saat ini aku baru abis buat keje opis yang aku bawak balik ... huhuhuhu itu pun tak abis lagik. Sib baiklah ada lappy ni, senang aku tak yah wat OT selalu, lgpun en bard aku tu seminggu ni sibuk aje ngan training tarik tali sbb hari sabtu ni dia ada game kat Johor. Tapi malam ni g lawan bolasepak pulak kat padang MSN, Bukit Jalil. Ingat tadi nak ikut tp pk2 balik malaslah .. dah lah aku bawak balik keje opis tp tak buat, kan rugi namanya tu. Lgpun sok aku balik rumah mak aku, tak apa lah sbb weekend pun en bard aku tak ada kat rumah. Biarlah balik awal2 .. takut nanti tak ada masa nak balik pulak.
Hmm .. mggu depan bulan en bard g Perlis ada sukan MAKSWIP start 12hb sampai 16hb .. yang ni wakil Kementerian pulak acara bola sepak .. huhhh sangap lah aku anak beranak kat rumah. Bila time macam ni rasa rugi pulak tak pandai bawak kereta kan? Nampak gaya aku tak dpt lah pegi Floria tu, tp x per lah dlm keadaan H1N1 ni wat aku tak selesa nak pegi tempat ramai2 orang ni. Lagilah dengan keadaan jerebu yang merunsingkan .. ye lah, dah lah mata aku ni akhir2 ni rasa mcm melekit2, macam ada selaput .. bila tgk jerebu lagilah problem mata aku.
Berbalik kisah en bard aku yang bz aje tu, kadang2 aku terasa macam kitaorg ni dah jauhhh sangat. Ye lah, dia g training .. sampai kat rumah pukul 11 malam. Pastu anak2 ngan aku tido, dia tak tido .. sama ada dia tgk tv atau layan internet. Esoknya bangun pagi g keje, tengahari balik rumah .. dapatlah jumpa sekejap pastu petang g training balik malam. Kesian pulak kat anak2 aku, rasa mcm kekurangan kasih sayang pulak ... (aku pun) hehehehhe .. rasa mcam tak ada ruang dah bagi kami. Macam sebelum2 ni lepas makan, tgk tv sama2 .. main2 ngan anak. Weekend pun dia keje, kalau cuti pulak ada aje agendanya. Sebab tu anak2 aku bila ayah dia ada kat rumah dorang mengada2 .. kononnya nak tarik perhatian lah tu .. tapi mmg betul pun kan?
Minggu depan pulak, g Perlis .. hampir seminggu. Hmmm .. apa boleh buat, dah itu minat dia. Takkan aku nak halang kan?? Sebelum kawin lagi aku dah tau kesukaan dia, lagipun semenjak en bard aku tu keje gomen lah dia aktif balik dalam bersukan. Dengan sukan jugaklah dia dah ke sana sini. Baju anak2 aku tak kemas lagi ni, hehehehhe biasalah ibu dorang ni ske kemas last minit. Esok balik rumah tghari sempatlah aku kemas baju dorang. Baju aku pun bukannya banyak sangat. owhhh nak kemas barang2 en bard lagik .... Hmm anak2 aku ni tak nak lah pulak mata dorang nak tido nih, dah pukul berapa dah ni?? Ok lah itu ajer aku nak bebel malam2 jumaat ni.

Monday, August 3, 2009

Lamanya tak update blog ...

Hmm seminggu dua ni mmg hari2 yang betul2 mencabar diri aku. Ada yang buat aku jadi seorang yg kerdil dalam dunia yang besar ini. Kenapa hati aku disakiti, kenapa aku dianiayai? Bukan kah aku pun manusia biasa juga .. tak lari dari buat kesilapan? Besar sangatkah kesalahan aku itu? Mujurlah aku ada keluarga dan masih ada rakan2 lain yang memberi semangat kepada aku. Biarlah .. mungkin hari ini adalah hari aku, percayalah ... hari mereka akan tiba jua satu hari nanti.