Sunday, February 26, 2012

JUST TWO OF US

assalamualaikum ..
dah lama rasanya tak update dalam blog ni, nak buat macam mana .. sakit M dah datang hihihi pastu campur pulak ngan keje yang banyak ..

nak cerita baru2 ni aku ngan hasben berdua ajer g JB, last minit punya plan .. tiba2 pulak hasben ajak g JB sempena aniversary kami 15 Februari lepas so hasben soh decide nak pegi mana, dia tukang bawak ajer. fikir2 aku kata nak g JB sebab tak sampai sana lagi ...

so bila dah decide nak g JB hasben suruh aku cari hotel mana nak stay masa kat sana .. cari punya cari aku tertarik ngan satu hotel ni -- Thistle Hotel


hari Sabtu 18 Februari dalam pukul 10 pagi kami gerak dari Putrajaya dan sampai hotel lebih kurang pukul 1 lebihlah .. sampai2 ajer terus check in dan terus dapat bilik .. kebetulan masa tu Tengku Mahkota Johor ada kat situ mmg sibuklah orang2 kat situ ngan bodyguard nya bersepah2 .. kat depan pintu masuk hotel tu ada range rover berplat TMJ

tapi frustlah sebab tak dapat bilik view laut huhuhu dapat menghala rumah2 orang. kitaorg rehat2 dulu kat dalam bilik lepas tu kuar balik nak cari makanan, lapar .... kitaorg makan kat bandar JB ajer, lepas makan jalan2 kat JB City Square pastu terus gi Danga Bay City Mall ada PC Fair .. malam tu lepak pulak kat Danga Bay n pusing2 Bazaar JB .. mak aihhh sakit kaki derr berjalan

esok kami check out awal dlm kul 11 pagi saja je .. g makan kat restoran sebelah hotel, belakang hospital. aku makan nasi beriani ayam .. sedap gak sampai ke petang aku kenyang hihihihi
sebelum balik sempatlah bergambar ngan range rover TMJ

g JB ni tak banyaklah bergambar, nak wat macam mana g berdua ajer dah tu pulak hasben susah sangat nak bergambar hehehe cuma masa balik tu ada peristiwa tak best ... masa benti nak g toilet lupa hentian mana aku jatuh tersungkur x perasan jalan situ tak rata, lutut aku luka ngan pergelangan tangan aku sakit huhuhu

itu ajelah coretan kami kat JB

1 comment: