Wednesday, December 22, 2010
-APA ITU TIROID-
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Kenapa tiba2 aku nak bercerita pasal tiroid? Sbb hasil pemeriksaan darah sebanyak 2 kali doktor bagitau aku ada simptom2 tiroid. Aku x tau sbb apa tp hormon T4 aku tu tak balance dan aku dah start makan ubat since bulan lepas.
Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
-Perempuan
-Genetik
-Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
-Usia lebih 60 tahun
-Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
-Hipertiroidisme / Tirotoksikosis - seseorang itu akan jadi cergas
-Hipotiroidisme - seseorg itu akan jadi lemah
Tanda-tanda orang yang menghidapi tiroid:
-Bengkak di leher
-Cirit birit
-Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
-Gementar dan gelisah, terketar-ketar
-Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
-Kesuburan turun
-Penumpuan kurang-Mata menjadi besar (bulging)
-Angin yang tidak menentu
-Kejang otot-Oesteoporosis (kereputan tulang)
-Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
-Suhu badan naik, tak tahan panas
-Rambut tidak kuat
-Sukar bernafas
-Sukar tidur
-Tekanan darah naik
-Turun berat badan walaupun selera naik
-Lemah
yg aku bold kan kat atas tu kebanyakannya tanda2 yang aku alami sekarang ni dan yg kerap aku alami jari2 aku menggigil. Minggu depan aku ada appointment untuk x-ray, doakanlah tak ada apa2. Harap result x ray tu okay .. aku dah tak sanggup asyik nak makan ubat ajer. Berat aku sekarang ni naik bukan sbb aku kuat makan tp sbb mcm2 ubat aku telan tiap2 hari. Aku tak nak hidup bergantung pada ubat saja .. aku nak kembali normal macam dulu.
Tuesday, December 21, 2010
-anak buah baru-
-MAHA 2010-
penat berjalan ... luas tempatnya. Tapi masa x mencukupi so x dptlah nak bergambar byk2 so apa yg ada kat sini itu aje lah yer ... hihihihi.
nangka gergasi
Friday, December 10, 2010
-minggu sibuk-
sbb sibuk ngan kursus .. hari ni last day
Thursday, December 2, 2010
-Jalur Lebar dengan TM-
Pakej Jalur Lebar Dengan Netbook - T&C
Pakej Jalur Lebar TM dengan Netbook (luar kawasan USP) (“Pakej”) ini terbuka kepada semua penduduk warganegara Malaysia di kawasan yang telah dikenal pasti oleh TM sahaja dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5000 sebulan bagi kawasan bandar dan RM3000 bagi kawasan luar bandar.
Tempoh minimum langganan adalah selama 24 bulan.
Jaminan untuk modem WiFi adalah selama 12 bulan.
Pakej ini terbuka kepada pelanggan yang memiliki talian tetap TM sahaja.
Tidak sah untuk Streamyx-in-a-box (SIB).
TM akan menghantar bil bulanan sebaik sahaja perkhidmatan berjaya diaktifkan.
Sebarang kekurangan dan kecacatan Netbook akan ditanggung oleh pihak pembekal (HP atau Nadi Ayu, yang mana tergunapakai) sepanjang tempoh jaminan selama 12 bulan.
Netbook akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja sebaik sahaja Streamyx dipasang dan diaktifkan serta tambahan 5 hari diperlukan untuk penghantaran ke kawasan terpencil cth: perlu menaiki bot / melalui jalan lori.
Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
Pelanggan Komputer 1Malaysia akan terus membayar harga yang sama selepas 24 bulan manakala pelanggan HP akan membayar harga yang sama seperti pelanggan Komputer 1Malaysia hanya selepas 24 bulan.
Pelanggan akan dikecualikan daripada membayar yuran pengaktifan sebanyak RM75 dan yuran pemasangan sebanyak RM88 serta mendapat potongan harga yuran langganan sebanyak 50% untuk bulan pertama.
Bagi permohonan Streamyx dengan talian tetap TM baru:
Deposit Perkhidmatan : RM75
Duti Setem: RM10
Tiada yuran Penyambungan: RM50
Pendawaian Dalaman: RM30 –RM50 (Dibayar kepada kontraktor pemasangan)
5 meter pertama – RM50
Caj untuk setiap 1 meter seterusnya – RM5/meter
TM dan/atau wakilnya berhak untuk menolak permohonan daripada pelanggan yang dirasakan tidak layak untuk pakej ini.
Terma & syarat pakej ini adalah tertakluk juga kepada terma & syarat perkhidmatan Streamyx. Terma & syarat perkhidmatan Streamyx juga terpakai ke atas terma & syarat pakej ini.
ada sapa2 tak yg dah melanggan pakej jalur lebar kat atas ni? mcm mana pendapat korang? ok ke tak? best ke tak? aku sblum ni pakai celcom broadband tp sbb lembab mcm siput aku dah terminetkan nya. nak cuba jalur lebar TM ni pulak ..
Wednesday, December 1, 2010
-Bollywood dan Kollywood-
x macam pelakon2 skrg, semuanya nak harapkan seksi ajer .. pas2 citernye pun mesti ada bab2 18sx, tak membina langsung!!!
dulu2 pelakon hindi ni ada keserasian bila berlakon bersama, mcm contoh SRK ngan Kajol. filem dorang semua blockbuster, dah tentu filem dorg yg paling aku minat Dilwale Dulhania Le Jayenge ngan Kabhi Kushi Kabhi Gham ..aku akui dulu aku mmg minat giler ngan filem hindi hahahaha.
Pastu aku pun minat filem Tamil .. haahhh ... korang jgn ingat aku tak berminat hehehe. Aku start minat filem Tamil masa aku mengandungkan Syahmi hehehe .. aku jatuh cinta sama sorg pelakon lelaki tu. Mata dia bulat, warna coklat .. muka manis jer hihihi .. Nama dia Surya, wife dia pun pelakon gak nama dia Jyothika
Sorang lagi pelakon Tamil yg aku minat Ajith .. dia pun best bila berlakon dan wife dia pun pelakon gak nama dia Shalini tp skrg dah tak nampak pun berlakon
Hahahaha .. itu aje lah aku nak citer hari ni. Tetiba pulak nak post citer pasal Bollywood ngan Kollywood ni .. hehehe. Harap2 korang tak bosan lah yer bila bacanya.