Tuesday, November 30, 2010

-RM500-

apa yang ada dgn RM500?? uiihhh banyak yg boleh dibuat dgn duit sebanyak tu
nak tau kenapa aku cerita pasal duit?? hehehehe .. esok dapat duit RM500 Bantuan Kewangan dari Kerajaan, syukur Alhamdulillah.
dapatlah tampung mana yang tak cukup tuk persekolahan anak2 aku. x sangka pulak yuran sekolah aisyah bleh tahan mahalnya .. aku pun pelik, ada beza ke sekolah kat putrajaya ngan sekolah kat luar sana?? huhhh ..
dah tu road tax ngan insurans kete mati 19.12 ni, sib baik duit tu mmg aku dah ada .. lega sket.
bila nak g sopink ni????

Monday, November 29, 2010

-Happy Birthday-

Hari ini 29 November 2010 hari lahir suami aku yang ke 30 tahun. Selamat hari lahir abang, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
En bard aku tak ada kat sini ... pagi tadi dia dah gerak ke PD ada kursus kat sana sampai hari Jumaat ni. Tapi aku dah wish kul 12 mlm tadi ... Kesian pulak aku tgk dia sbb letih balik dari Perlis x hilang lagi dah g kursus pulak.
Balik dari PD pulak mggu depan 9hb 12 g Sabah, sbb member dia kawin .. Lepas tu barulah en bard aku tak ada apa2 program. Eloklah tu, lps ni nak tumpu kat anak2 pulak .. nak beli barang2 sekolah anak.
Minggu ni mesti boring, tak macam mggu lepas .. ye lah sbb kali ni lama sket en bard aku g.

Friday, November 26, 2010

-KUM KUM-

malam tadi aku anak beranak layan citer hantu kat astro ria .. tajuk dia KUM KUM. huhuhu bleh tahan seram jugak, aisyah sampai tutup2 muka dia ngan tangan. tingat cite dulu2 kata hantu tu suka g rumah org minta susu tuk anak dia. tp mmg real arr Marsha lakonan cuma ada satu scene tu agak keterlaluan sket arr .. scene atas katil dia ngan pelakon lelaki citer tu.
sib baik arr aku tak mimpi apa2 mlm tadi hahahahaha

Thursday, November 25, 2010

-peel anak lelaki aku-

huh!!! pagi tadi syahmi wat hal .. aku dah rasa lain macam ajer tgk dia, rasa mcm kecikkk jer huhuhu. Mula2 aku kejutkan dia bangun tdo suh mandi g taska okay ajer, siap ckp adik nak mandi sendiri. Pas2 masuk bilik (aku 3 beranak tdo luar) dia baring balik atas katil, tak apalah sbb aisyah still dlm bilik air lagik.
Pas2 aku kejut dia lagi sekali tiba2 dia kata tak nak g taska, aku suruh mandi pun x nak. Aku apa lagi angin lah terus bawak dia g masuk bilik air. Bila aku mandi kan mengamuk2 dlm bilik air, aku sabar lagi. Pas2 aku nak pakaikan baju pun satu hal lagi, dia membatukan diri dia .. aku pulak kena tarik dia .. aduhhhh dah lah aku start ari ni tumpang member g keje, tak nak lah org tggu aku.
Aku siapkan bekal tuk dorang adik beradik, aisyah bawak satu syahmi bawak satu. Sampai taska Syahmi wat hal lagi .. dia x nak masuk taska pas2 bekal yg aku bagi tu dia campaknya .. jauh pulak tu. Dia ddk diam tak gerak2 kat satu sudut tu, aku tarik pun tak larat sampai aku terpaksa dukung dia .. itupun dia meronta2 tak nak masuk. Ya Allah masa tu aku tak tau lah .. aku ni cepat baran tp aku igt pesan en bard aku mlm tadi sblum g Perlis, dia bgtau dia tak ada jgn nak marah anak2. Sib baik pengasuh dia ada .. aku tak tau lah aku tgglkan tadi dia nangis ke tidak ... huhuhu

Wednesday, November 24, 2010

-Perlis-

hmm .. malam ni kul 10 en bard aku bertolak ke Perlis tuk sukan Makswip kat sana. Aku doakan semoga perjalanan dorang semua selamat pergi dan balik. En Bard ada kat sana sampai hari Ahad, harap2 dapatlah jumpa ayah dia kat sana.
Pagi2 sok jgnlah aku kelam kabut .. he3 .. aisyah aku tak kisah sangat, aku kejut dia .. dia bangun pas2 terus mandi. Ni syahmi .. aduhhh ... tiap2 hari mesti berdukung turun bawah g taska. Mengantuk katanya pagi2 tu nak jalan .. hadoiii lah. Sakit pinggang aku mendukungnya belum lagi campur ngan mengahnya lagik. Dahlah aku menten ngan high heels nya .. ha3 .. tapi pagi2 dah berpeluh .. mmg aku standby perfume dalam handbag ekekekeke.