Monday, February 10, 2014

RUMAH KAMI - WARISAN BESTARI

assalamualaikum ..

hari ni rajinlah pulak nak update blog hahahaha .. kali ni nak cerita pasal rumah kami yang kami beli di Dengkil, Selangor. Nama taman ni Taman Warisan Bestari bawah projek GemaPadu. Rumah ni kami beli tahun 2011 dan dapat kunci bulan Julai 2013. Harganya RM195k kami share loan guna pinjaman perumahan. Aku ambik loan lebih dari hasben sebab kelayakan aku RM160k. Rumah kami single storey saja dan keluasan 20X70.

sebenarnya dah ramai jiran2 berpindah masuk .. kami aje belum lagi, banyak benda nak buat. kami buat sikit2 aje, orang kata buat yang penting2 dulu. kami buat kitchen kabinet ngan grill dulu... 

jom kita layan gambar 



grill ni kami dapat harga RM2,100 ... depan saja berukir2 macam ni tapi belakang grill biasa aje .. kami ikutkan nak ambik yang simple aje sebab budget bawah RM2k saja. nasib baik brother yang buat ni boleh bawak berunding :) 



kitchen kabinet pun kami ambik simple2 aje .. table top melamine .. yang ni semua bawah RM4k. kebetulan masa kami pegi survey kedai ni buat promo akhir tahun .. kabinet 10 kaki atas bawah RM2,900 dpt free hood, dapur, sinki ngan dish rack. Lepas tu kami tambah meja bar dalam RM700 dan upah semua dalam RM3,600.. Kedai ni di Kedai Mara Kajang, sebelah dengan Metro Kajang .. nama kedainya Anggun Kabinet rasanya .. lupa huhuhu. Kat kedai ni pun boleh buat bayaran ansuran mudah :)

lepas ni nak cari lampu2 dan kipas pulak .. harap2 sebelum raya dapatlah pindah rumah baru. tak sanggup potong 2 rumah huhuhu .. dengan potong kuarters lagi .. tapi semuanya bergantung pada hasben aku sebab dia akan berkursus Polis Bantuan. sebab tu kami tak boleh pindah lagi sebab rumah baru kami ni tak ada kemudahan pengangkutan lagi. Lagipun aku kan tak boleh drive .. so tunggu dia habis kursus lepas tu baru pindah. dengar2 nya kursus tu bulan Mac nanti, 2 bulan tak ada di rumah.

2 comments:

  1. boleh bg no bro grill yg psg rumah encik/puan ni x?

    ReplyDelete
  2. salam puan boleh pm nombor tukang wat grill ngan kedai kitchen kabinet...harga KC siap pasang wat piping semua ke?

    ReplyDelete