Monday, February 27, 2012

MINGGU TERAKHIR FEBRUARI

assalamualaikum ...

diam tak diam kita dah masuk minggu akhir bulan Februari .. cepat betul masa berlalu kan, ye lah bulan Februari pun tahun ni 29 hari jer hehehe

tak tau lah nak cerita apa hari ni .. mood ke laut, biasalah hari Isnin. Semalam pun ingat nak pergi Karnival WOW tapi tak jadi sebab hujan sepanjang hari so jawabnya tido lah. Aku sedap membuta dalam bilik yang anak2 aku tengok vcd cite Bujang Terlajak sampai 2 kali ulang .. adoiii .. sib baik citer dia ok hehehehe

malam tu sambil2 tengok konsert Jom Heboh aku iron baju sekolah anak2 aku ngan baju keje aku. sebelum tu jahit name tag Syahmi yang cikgu dia baru bagi .. yang Aisyah punya tak dapat2, berapa lama daa mau tunggu .. nak kata tak bayar dah bayar atlast aku amek name tag dari tudung tahun lepas aku jahit kat tudung baru dia, nampak sikit lah dah pudar tapi tak apa lah janji ada. iron baju pun dekat sejam .. tengok jam dah kul 11.30, anak2 pun dah tido aku layan FB kejap sambil2 tunggu hasben balik kul 12.

Sunday, February 26, 2012

JUST TWO OF US

assalamualaikum ..
dah lama rasanya tak update dalam blog ni, nak buat macam mana .. sakit M dah datang hihihi pastu campur pulak ngan keje yang banyak ..

nak cerita baru2 ni aku ngan hasben berdua ajer g JB, last minit punya plan .. tiba2 pulak hasben ajak g JB sempena aniversary kami 15 Februari lepas so hasben soh decide nak pegi mana, dia tukang bawak ajer. fikir2 aku kata nak g JB sebab tak sampai sana lagi ...

so bila dah decide nak g JB hasben suruh aku cari hotel mana nak stay masa kat sana .. cari punya cari aku tertarik ngan satu hotel ni -- Thistle Hotel


hari Sabtu 18 Februari dalam pukul 10 pagi kami gerak dari Putrajaya dan sampai hotel lebih kurang pukul 1 lebihlah .. sampai2 ajer terus check in dan terus dapat bilik .. kebetulan masa tu Tengku Mahkota Johor ada kat situ mmg sibuklah orang2 kat situ ngan bodyguard nya bersepah2 .. kat depan pintu masuk hotel tu ada range rover berplat TMJ

tapi frustlah sebab tak dapat bilik view laut huhuhu dapat menghala rumah2 orang. kitaorg rehat2 dulu kat dalam bilik lepas tu kuar balik nak cari makanan, lapar .... kitaorg makan kat bandar JB ajer, lepas makan jalan2 kat JB City Square pastu terus gi Danga Bay City Mall ada PC Fair .. malam tu lepak pulak kat Danga Bay n pusing2 Bazaar JB .. mak aihhh sakit kaki derr berjalan

esok kami check out awal dlm kul 11 pagi saja je .. g makan kat restoran sebelah hotel, belakang hospital. aku makan nasi beriani ayam .. sedap gak sampai ke petang aku kenyang hihihihi
sebelum balik sempatlah bergambar ngan range rover TMJ

g JB ni tak banyaklah bergambar, nak wat macam mana g berdua ajer dah tu pulak hasben susah sangat nak bergambar hehehe cuma masa balik tu ada peristiwa tak best ... masa benti nak g toilet lupa hentian mana aku jatuh tersungkur x perasan jalan situ tak rata, lutut aku luka ngan pergelangan tangan aku sakit huhuhu

itu ajelah coretan kami kat JB

Friday, February 3, 2012

AISYAH TURN TO 8 !!!




Alhamdulillah hari ni 3 Februari 2012 genap usia anak sulung ku AISYAH SOFEA BT BADIRULZAMAN yang ke 8 tahun. Rasa macam cepat saja masa berlalu :)
Masih terbayang kesakitan hampir 17 jam saat nak melahirkan dia dan sekarang Aisyah sudah membesar seperti anak2 perempuan yang lain.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .. belajar rajin2 semoga cita2 menjadi polis akan menjadi kenyataan .. insyaAllah. Jadilah anak yang membanggakan keluarga.