Wednesday, November 4, 2009

Cerita hari ini ...

Pagi tadi bangun ajer dari tidur, kepala aku sakit lagi pastu sendi2 aku pun sakit jugak. Tambah lagi dengan loya2 .. apasal pulak ni? Nak tak nak g klinik jugak sbb aku tak tahan sbb dah hampir seminggu keadaan aku macam ni.

Sampai aje kat klinik aku kena tahan dulu kat kaunter depan tu. Aku bgtau lah aku demam, pening kepala, selsema, sakit tekak dan seangkatan dengannya lah. Pastu aku kena pegi kat Klinik Infeksi, aku tgk kat situ tak ramai sangat orangnya. Aku duduklah tunggu giliran aku sambil2 tu aku rasa macam nak pitam .. tak larat sangat2 rasa macam badan aku ni dicucuk2. Bila nombor aku naik, g jumpa MA dalam bilik tu. Dia tanya dah berapa hari demam? Aku cakaplah dari hari Jumaat lepas .. sekejap elok, sekejap tak. Pastu dia tanya sakit2 sendi tak? Aku kata aah .. pastu dia suh g amek darah.

Aku bab2 amek darah ni failed .. bukan sebab aku takut, tapi sure nurse tu susah nak cari urat hehehe .. Bila nurse tu nak cucuk aje, dia tanya 'dah biasa ambik darah?' aku jawablah 'dah biasa .. lagipun 3 bulan sekali mmg kena ambik darah kat hospital'
pastu dia tanya lagi .. 'kenapa? puan ada sakit apa2 ker' aku jawablah pasal sakit aku tu kan. Dok belek2 lengan aku dia kata tak jumpa urat .. hehehe .. aku cakaplah kat hospital pun mmg mcm tu susah nak cari. mula2 dia cucuk tak kuar darah .. last2 dia cucuk kat tempat lain .. baru boleh kuar





lepas ambik darah aku pegi balik duduk kat tempat aku tunggu tadi. Tak sampai 5 minit nama aku kena panggil balik. Alhamdulillah result darah aku ok tapi yg tak sedapnya MA tu kata maybe aku saspek denggi .. huhuhu .. dia bagi aku mc hari ni pastu dia pesan kalau dah makan ubat, badan still sakit2 lagi dia suh datang balik ambik darah lagi sekali. Selalunya lepas 3 hari sbb en bard dulu pun pernah kena denggi, lepas 3 hari kena ambik darah lagi sekali. Tapi aku harap2 segalanya ok .. Insyaallah

Monday, November 2, 2009

Sukan Tadika Along

Baru2 ni hari Sabtu 31 Oktober, ada sukan tadika/taska Putrajaya
Along masuk acara .. bersemangat lah dia nak pergi sukan.
Tapi kebetulan ayah dia pun ada gak sukan Kementerian kat Inspen, Bangi
pening camne aku nak pergi padang ni.
Pastu en bard aku cari nombor teksi dia suh tipon, g naik teksi ajer
So sabtu tu cikgu dia janji 7.15 so kami 3 beranak pun turun sekali hujan ..
dekat pukul 8 baru cikgu dia sampai pastu cikgu dia ajak aku naik sekali ngan dia.
alhamdulillah ...

sampai kat padang hujan still turun lagik .. aduhhh macam mana nak bersukan ni? dah lah masa tu aku masih tak sihat lagi .. Kul 9 baru ahli parlimen putrajaya sampai rasmikan, sian kat budak2 lah sbb berdiri dalam hujan gerimis tu.
So tengok aje lah gambar2 yg sempat aku amek dlm keadaan hujan tu ..









Along masuk 1 acara ajer .. :( aku frust jugaklah sbb banyak acara yg dipertandingkan. Along masuk terompah kura2 .. sib baik dpt nombor 3 .. Org lain aku tgk dpt gak 2,3 acara, aku pun tak tau kenapa cikgu dia macam anti ajer ngan dia.







yg ni pulak bila dah abis sukan .. suma berposing sakan hahh .. hehehe .. gambar ngan piala tak dpt nak amek sbb dorang silap bagi hadiah so esok baru aisyah dpt piala dia. Dah lah budak2 tu hari sabtu lepas merengek2 nak bawak balik piala



Setelah sekian lama ...

Aku rasa macam dah bersawang blog aku ni. Bukan tak nak update, tapi kadang2 tak leh bukak .. tak tau naper? try kat opis pun tak leh .. kat rumah pun kadang2 ok kadang2 tak ok. Hari ni sib baik dapat, lagipun faktor masa pun menjadi satu halangan jugak.

Sebenarnya banyak benda yang nak aku tuliskan disini tapi satu persatu lah aku tuliskan dulu. Aku dari hari Khamis lepas badan aku tak sihat, mula2 kena migrain pastu tekanan darah rendah, demam semua ada lah, complete! Hari ni pun aku tak sihat jugak, tiba2 pulak sakit perut time solat subuh. Sekejap2 masuk toilet, lama2 aku naik letih .. tertido balik. Sib baik aisyah hari ni cuti sbb sabtu lepas ada buat sukan tadika.

Aku puasa hari ni tapi badan aku lembik mcm ni, insyaallah aku cuba kuatkan badan. Kejap lagi nak masak, baru tadi en bard aku antar lauk. Aku ingat nak masak sup ayam ajer lah, lagipun tekak aku sakit lagi tak leh nak telan benda2 keras. Sekarang ni pun tengah hujan .. hujan panas. Kesian anak2 aku nak tgk tv tapi siaran tergendala, biasalah kan .. Astro kalau time hujan lebat. Bayar mahal2 tapi servis macam hampeh!