Tuesday, February 2, 2010

2 dalam 1

en bard sampai dari Alor Star pagi tadi pukul 5. Kononnya pagi ni nak pegi Shah Alam sekali x jadi sbb aku tgk en bard aku mcm letih ajer .. so aku biarkan dia rest.
en bard belikan tuk anak2 kami ole2 dari pdg besar bantal peluk upin ipin, comel


utk aku, 2 pasang kerongsang .. pandai gak en bard aku pilih


pastu kul 5ptg kitaorg kuar g NSK selayang cari barang2 wat birthday pack tuk aisyah. Harijadi dia 3hb ni dan genaplah usia anak dara aku tu yg ke 6 tahun .. hmm besar dah, pejam celik pejam celik tahun depan dah masuk darjah satu :)
aku beli jajan aje pas2 esok g kajang nak amek mufin yg aku tempah dari jiran makcik aku ..

Monday, February 1, 2010

gangguan

"hello .. "
"hello .."
"tgh buat apa tu?" (dgn sore menggoda)
"nak ckp dgn sapa ni? salah nombor ni"
"eh, mana ada salah .. betullah nombor ni"
"jgn nak main2 yer, smalam pun awak tpon, hari ni tpon lagi"
"ehh x lah, betullah nombor ni"
"nombor sy 014223****"
"betullah tu"
"ehh sorilah saya tak kenal awak"
dgr bunyi bisiing2 "eh salah nombor lah" pastu terus letak

sapa weiii tpon aku ni?? dah 2 kali smalam loghat utara tadi loghat cam indon ajer tp nombor pangkal sama 010 ... aku bg nombor tu kat en bard, bila en bard aku tipon tau pulak nak minta maaf .. bila aku ckp tadi salah nombor lagi nak main2 ngan aku. Yg semalam faham pulak bila aku kata salah nombor terus minta maaf pas2 letak tpon. Tapi yg 2-2 ni intro dorang sama ajer "TENGAH BUAT APA TU?" dan waktu dowang call lebih kurang ajer, smalam kul 11 mlm yg tadi 10.30 .. geram pulak aku .. huh!!!

Saturday, January 30, 2010

update!!update!!

hehehe ... bukan apa, nak update gambar2 masa konvokesyen aisyah bulan November 2009 yg lepas. Kan sebelum ni tak berkesempatan hehehe .. so kat sini aku nak letaklah gambar2 yg sempat diambil masa acara tu. Oh ye tadika aisyah buat persembahan nyanyian nasyid. Tadika2 lain pun ada gak buat macam persembahan tarian, coral speaking.

so enjoy !!!

yg ni masa mula2 sampai .. posing kat tepi jual bunga2 tuk konvo, dah macam konvo u pulak hahh


selepas dipakaikan tudung oleh cikgunya




waktu persembahan pembukaan dengan semua tadika/taska KEMAS dun Putrajaya .. nyanyi lagu Negaraku, KEMAS, Wilayah Persekutuan




waktu persembahan nasyid. ada gambar blur sbb dorang lupa nak pasang spotlight, pertengahan baru pasang






gambar2 sewaktu nak ambil sijil dan selepas




Tuesday, January 26, 2010

Sudah cukup @ ditangguhkan dulu?




itulah persoalan yg bermain di fikiran aku sekarang .. sebenarnya mcm ni, tadi aku baru balik dari hospital pasal temujanji dgn doktor. so far result darah aku ok dan kesihatan aku pun ok cuma doktor nasihatkan aku jgn tension, stress sgt .. sbb itu salah satu punca ke arah serangan sawan ke atas aku.

masuk bab ke2, pasal pregnant .. aku tanya kat doktor bolehkah kalau aku preggy dlm waktu terdekat ni dan jawapan doktor is NO!! Sepatutnya tahun lps dos ubat aku dah dturunkan tp disebabkan aku kena lagi serangan epilepsi bulan April 2008 doc extend kan lagi ke thn ini. Maknanya tambah lagi setahun aku kena teruskan ubat dgn dos skrg. Dan tahun lps atas nasihat doktor jugak aku kena ambil family planning dan doc suggest injection depo sbb senang 3 bulan sekali ajer.

td doc tu tanya, 'akak mmg nak anak lagi ke?' aku angguk tp aku katalah, tp bkn masa terdekat ni. aku katalah anak no.2 aku dah 4 thn, umur pun dah masuk 30 huhuhuhu .. doc tu bg nasihat klu aku preggy aku kna stop mkn ubat skarg ni selama 3 bulan sbb ubat tu mempengaruhi pembentukan janin .. ye lah ubat tu ada drugs sket dan klu aku stop mkn ubat tu andai kata aku diserang epilepsi semasa preggy kemungkinan oksigen tak sampai ke baby dan kesannya sama ada baby itu cacat atau meninggal. gerun gak aku dgr .. sbb tu doc tu kata tggu aku betul2 bebas dari epilepsi baru boleh fikir pasal anak. tggulah dlm 2@3 tahun lagi.

dan en bard pun mmg dah awal2 kata cukuplah 2 org ni lagipun kami dpt sepasang. dia kata tak sanggup tgk aku sakit bila serangan tu dtg, sebulan dua baru boleh recovery balik kesihatan aku. lgpun dia tak nak ada apa2 risiko di kemudian hari, biar doc kata betul2 sihat baru fikir pasal tambah anak ... tp tak tau pulak masa tu umur aku dah berapa???

hari ini aisyah demam :(

hmm dari mlm tadi lagi aisyah mcm tak sehat, selsema ngan batuk. pastu ayahnya belikan ubat selsema. Pagi tadi masa nak kejutkan pegi sekolah dia kata tak nak pegi sekolah tp bila dipujuk2 baru dia nak g mandi
pastu masa nak pakai baju tak nak pulak g sekolah .. aduhh mcm mana ni? check temperature dia 37.5 pas2 aku bagi mkn ubat, nak pulak g sekolah hmm ... bila antar si sekolah pagi tadi muncung aje mukanya .. selalu bawak botol air g sekolah tp tak nak hari ni. Bukan apa, nak suh dia minum air masak banyak bg ada tenaga sket.
Itulah perangai anak dara aku sorang tu